Persatuan Pengimport dan Pemborong Ikan Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persatuan Pengimport dan Pemborong Ikan Perak merupakan NGO yang memperjuangkan nasib para pengimport dan pemborong ikan di negeri Perak.[1]

Kenaikan harga peti ikan[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2009, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar menyatakan LKIM mewartakan penguatkuasaan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) 2006 yang tertangguh. Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia, Datuk Yusoff Ismail menyatakan penggunaan KIBFG akan menyebabkan harga ikan akan meningkat mulai 1 Mac 2010.

Mulai 1 Mac 2010, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mewajibkan penggunaan KIBFG yang bertujuan memastikan kualiti ikan lebih selamat, bersih dan segar sejajar dengan pembaharuan dalam industri perikanan.

Harga kotak 30 kg sekarang adalah RM28 manakala peti ikan KIBFG mencecah RM120. Kotak KIBFG bagi 100 kg iaitu RM205 sedangkan harga biasa hanya RM150.Oleh itu pengimport dan pemborong ikan membantah kerana harga kotak ikan berinsulasi tinggi terlalu mahal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]