Persefahaman Basel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Basel Accord atau Persefahaman Basel merujuk kepada persefahaman penyeliaan bank (cadangan mengenai aturan dan perundangan bank), Basel I dan Basel II yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Basel berkenaan Penyelian Bank - (Basel Committee on Banking Supervision - BCBS). Ia dikenali sebagai Basel Accords (nama khas) kerana BCBS mengekalkan setiausahanya di Bank of International Settlements di Basel, Switzerland dan jawatankuasa bersidang di sana.

Jawatankuasa Basel[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Basel terdiri dari perwakilan dari bank pusat dan pihak berkuasa pengawal (regulatory authorities) bagi negara-negara G10, bersama negara lain (khususnya Luxembourg dan Spanyol). Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa bagi menguatkuasakan cadangan, sungguhpun kebanyakan negara ahli (dan yang lain) cenderung bagi melaksanakan polisi Jawatankuasa Basel. Ini bererti bahawa cadangan dilaksanakan melalui peraturan dan perundangan kebangsaan (atau seluruh Persekutuan Eropah), dan bukannya sebagai hasil cadangan jawatankuasa Basel - dengan itu terdapat tempoh masa terluang antara cadangan dan perlaksanaannya menurut undang-undang pada peringkat kebangsaan.

Ejaan[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Basel dinamakan sempena bandar Basel di Swiss. Dalam terbitan awal, jawatankuasa ini kadang kala menggunakan ejaan Inggeris "Basle" atau ejaan Perancis "Bâle," nama yang kadang-kala masih digunakan dalam akhbar. Akhir-akhir ini, Jawatankuasa akur kepada penduduk Jerman majoriti kawasan tersebut dan menggunakan ejaan "Basel."

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]