Persekutuan Bola Sepak ASEAN
| Persekutuan Bola Sepak ASEAN | |
|---|---|
| Penubuhan | 31 Januari 1984[1] |
| Jenis | Pertubuhan sukan |
| Ibu pejabat | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
| Keahlian | 12 ahli persatuan |
| Presiden | DYMM Sultan Ahmad Shah |
| Laman web | http://www.aseanfootball.org/ |
Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) ialah pertubuhan sekumpulan negara dalam Konfederasi Bola Sepak Asia dari bahagian Asia Tenggara. ASEAN bermaksud Persatuan Negara-negara Asia Tenggara. AFF telah ditubuhkan pada 1984 oleh negara Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Brunei menyertai pada tahun yang sama. Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam menyertai AFF pada 1996.[2]
Pada 1996, pertubuhan ini mengadakan Kejohanan Bola Sepak ASEAN dan sejak dari itu ia telah berkembang menjadi sebuah kejohanan yang mengagkat martabat bola sepak Asia Tenggara.
Kini, AFF masih mengembangkan pengaruhnya dengan Timor Leste menyertai pertubuhan ini pada 2004 dan Australia pada 1 Januari 2006. Australia menghantar pasukan muda mereka semasa Kejohanan Bola Sepak Remaja ASEAN.
Pada 7 Ogos, 2008, AFF dengan rasminya mengumumkan bahawa Suzuki menjadi penaja baru untuk pertandingan perdana mereka, Kejohanan Bola Sepak ASEAN
Isi kandungan |
Presiden AFF [sunting]
Berikut adalah presiden-presiden AFF sejak penubuhannya pada tahun 1984:-
- ?
- ?
- ?
- YM Tengku Ahmad Rithaudeen (1996-2011)
- [[ YM Sultan Ahmad Shah (2011-kini)[3]
Pertubuhan ahli [sunting]
Indonesia 1984
Malaysia 1984
Filipina 1984
Singapura 1984
Thailand 1984
Brunei 1984
Kemboja 1996
Laos 1996
Myanmar 1996
Vietnam 1996
Timor-Leste 2004
Australia (jemputan) 2006
Pertandingan [sunting]
Lelaki [sunting]
- Kejohanan Bola Sepak ASEAN (dulu Piala Tiger kini Piala Suzuki AFF)
- Kejohanan Kelab ASEAN
- Bola Sepak Lelaki Sukan SEA
Belia [sunting]
Wanita [sunting]
Futsal [sunting]
Lihat juga [sunting]
- Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)
- Konfederasi Bola Sepak Asia Timur (EAFF)
- Konfederasi Bola Sepak Asia Selatan (SAFF)
- Konfederasi Bola Sepak Asia Barat (WAFF)
Notakaki [sunting]
Pautan luar [sunting]
|
|||||||||||||||||