Persekutuan Sukan Ekuestrian Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Templat:Infobox sport governing body

Persekutuan Sukan Ekuestrian Antarabangsa (Bahasa Perancis: Fédération Équestre Internationale; FEI) merupakan lembaga sukan ekuestrian antarabangsa.

Ibu pejabat FEI terletak di Lausanne, Switzerland. FEI menyediakan tatatertib untuk membela kebajikan kuda serta mencegah penderaan atau penyalahgunaan dadah.

Jurus-jurus[sunting | sunting sumber]

FEI mencakupi tujuh jurus ekuestrian dan para-ekuestrian dalam pengawalseliaan pertandingan antarabangsa:

Dua jurus yang berikut pula adalah di bawah penyeliaan serantau:

FEI tidak menyelia atau menggubal peraturan untuk lumba kuda atau polo, tetapi dalam hal polo, ia telah memeterai memorandum persefahaman dengan Persekutuan Polo Antarabangsa.

Acara[sunting | sunting sumber]

Sukan Olimpik dan Paralimpik[sunting | sunting sumber]

Sukan melompat, dressage dan eventing merupakan sebahagian acara Olimpik sejak 1912. Dressage para-ekuestrian pula menyertai Sukan Paralimpik sejak 1996.

Sukan Ekuestrian Sedunia FEI[sunting | sunting sumber]

FEI menganjurkan Sukan Ekuestrian Sedunia FEI setiap empat tahun sejak 1990. Gagasan Sukan Ekuestrian Sedunia timbul pada pertengahan 1980-an dan menerima sokongan padu daripada Presiden FEI ketika itu, iaitu Putera Philip, Duke Edinburgh.

Sukan Ekuestrian Sedunia merangkumi Kejohanan Dunia dalam kesemua jurus global FEI.[1]

Piala Dunia[sunting | sunting sumber]

Piala Dunia FEI merupakan siri ekuesterian dalam bangunan yang diadakan di seluruh dunia dengan liga-liga kelayakan yang menjurus kepada pusingan akhir di setiap jurus. Piala Dunia FEI bermula dengan show jumping pada tahun 1978 dan semenjak itu dilanjutkan kepada jurus-jurus dressage, sukan kereta kuda dan sukan pelana.

Kejohanan sedunia, sebenua dan serantau[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Dunia, Sebenua dan Serantau FEI dianjurkan dalam kesemua jurus dan kategori umur FEI. Antaranya:

  • World Eventing Championships for Young Horses (Kejohanan Eventing Kuda Muda Sedunia)
  • FEI World Driving Championships for Four-in-Hand (Kejohanan Kereta Kuda Berempat Sedunia)
  • FEI World Driving Championships for Singles (Kejohanan Kereta Kuda Tunggal Sedunia)
  • FEI World Endurance Championships for Seniors (Kejohanan Lumba Lasak Kuda Senior Sedunia)
  • FEI World Vaulting Championships for Seniors (Kejohanan Sukan Pelana Kuda Senior Sedunia)
  • FEI World Para-Equestrian Driving Championships (Kejohanan Kereta Kuda Para-Ekuestrian Sedunia)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

FEI ditubuhkan pada 1921 dengan persatuan pertubuhan-pertubuhan kebangsaan dari Belgium (BEL), Denmark (DEN), Perancis (FRA), Itali (ITA), Jepun (JPN), Norway (NOR), Sweden (SWE) dan Amerika Syarikat (USA). Kini, terdapat 132 buah persatuan ekuestrian kebangsaan yang bersekutu dengan FEI.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]