Persetiaan Versailles

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Persetiaan Versailles juga dikenali sebagai Triti Versailles merupakan satu daripada lima perjanjian yang ditandatangani semasa Persidangan Keamanan Paris atau Paris Peace Conference yang bermula pada 12 Januari 1919. Perundingan ini diketuai oleh lima kuasa besar yang berjaya menewaskan Kuasa Pusat atau Central Powers iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Tokoh yang utama dalam perundingan ini termasuklah Georges Clemenceau (Perancis) David Lloyd George (Britain), Vittorio Orlando (Itali), dan Woodrow Wilson (Amerika Syarikat).

Hasilnya, lima perjanjian telah dimeterai dan ia diberi nama berdasarkan lima bandar suburbs di sekitar Paris iaitu Versailles, St Germain, Trianon, Neuilly dan Serves.

Syarat utama[sunting | sunting sumber]

Fail:WilsonVersailles.jpg
Woodrow Wilson dengan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Amerika

Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling komprehensif, dimana sebahagian kuasa besar telah bersetuju untuk menghukum Jerman dan negara lain yang tewas dalam Perang Dunia I. Antara syarat dan terma yang utama ialah:

  1. Penyerahan kesemua tanah jajahan atau koloni Jerman sebagaimana yang dimandatkan oleh Liga Bangsa (League of Nations):
  2. Wilayah Alsace-Lorraine dipulangkan kepada Perancis;
  3. Penyerahan Eupen-Malmedy kepada Belgium, Memel kepada Lithuania, daerah Hultschin kepada Czechoslovakia,
  4. Poznania, iaitu sebahagian Prussia Timur dan Upper Silesia diserah kepada Poland;
  5. Danzig dijadikan bandar yang bebas;
  6. Plebiscites (sejenis pungutan suara) diadakan di sebelah utara Schleswig untuk menyelesaikan isu sempadan Denmark-Jerman;
  7. Pendudukan dan status istimewa bagi wilayah Saar di bawah kawalan Perancis;
  8. Pendudukan Rhineland yang dijadikan kawasan bebas tentera selama limabelas tahun ;
  9. Jerman membayar hutang perang sebanyak £6,600 juta;
  10. Pengharaman ke atas penggabungan Jerman dan Austria;
  11. Menerima pengakuan kesalahan Jerman kerana menyebabkan Perang Dunia I;
  12. Provisi untuk perbicaraan bekas Kaiser dan pemimpin perang yang lain;
  13. Tentera Jerman terbatas kepada 100,000 orang tanpa tentera kerahan, kereta kebal, artileri berat, bekalan gas beracun, kapal terbang dan "airship";
  14. Tentera Laut Jerman hanya boleh memiliki kapal di bawah sesaran 10,000 tan untuk "kapal berperisai", dan tidak boleh memiliki kapal selam;

Perjanjian Versailles merupakan satu tamparan yang cukup hebat kepada rakyat Jerman yang bangga dengan kegemilangan mereka yang lampau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]