Persiaran Gurney

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Persiaran Gurney

Persiaran Gurney ialah suatu sesiaran pinggir laut popular di George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Jalan ini juga merupakan antara tumpuan pelancong paling popular di Pulau Pinang, terkenal dengan makanan "gerai penjaja" yang sebelum ini terletak di sepanjang pinggir laut, dan kini dipindahkan ke suatu medan selera berdekatan. Sebelum ini dikenali dengan nama New Coast Road, ia siap dibina pada 1936 di tepi pantai yang ketika itu dikenali sebagai North Beach, dan dinamakan semula pada 1952 bersempena Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya (1950–1951), yang dibunuh gerila Parti Komunis Malaya semasa Darurat Tanah Melayu.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Timothy Tye. "Gurney Drive, George Town, Penang". Penang Travel Tips. Diperoleh pada 27 September 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]