Persidangan Meja Bulat Indonesia-Belanda 1949

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini adalah sebahagian daripada
Sejarah Indonesia
Sejarah Indonesia.png
Prasejarah Indonesia
Kerajaan Hindu-Buddha
Kutai (abad ke-4)
Tarumanagara (358–669)
Kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga ke-11)
Wangsa Sailendra (abad ke-8 hingga ke-9)
Kerajaan Sunda (669–1579)
Kerajaan Medang (752–1045)
Kerajaan Kediri (1045–1221)
Kerajaan Dharmasraya (abad ke-12 hingga ke-14)
Kerajaan Singhasari (1222–1292)
Kerajaan Majapahit (1293–1500)
Kerajaan Islam
Kesultanan Ternate (1257–kini)
Kesultanan Melaka (1400–1511)
Kesultanan Demak (1475–1548)
Kesultanan Aceh (1496–1903)
Kesultanan Banten (1526–1813)
Kesultanan Mataram (1500-an-1700-an)
Era kolonialisme
Portugis (1512–1850)
VOC (1602-1800)
Belanda (1800–1942)
Kemunculan Indonesia
Kebangkitan Nasional (1899-1942)
Pendudukan Jepun (1942–1945)
Pengisytiharan Kemerdekaan (1945)
Revolusi Nasional (1945–1950)
Pasca-merdeka
Era Order Lama (1950–1959)
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Gerakan 30 September (1965)
Demokrasi Dipimpin (1959–1966)
Era Order Baru (1966–1998)
Era Reformasi (1998–kini)

Persidangan Meja Bulat Indonesia-Belanda 1949 (atau dikenali sebagai Konferensi Meja Bundar dalam Bahasa Indonesia dan Nederlands-Indonesische rondetafelconferentie van 1949 dalam Bahasa Belanda) ialah mesyuarat di antara perwakilan Kerajaan Belanda dan Republik Indonesia, dari 23 Ogos hingga 2 November 1949. Persidangan tersebut telah diadakan di The Hague, Belanda. Sebelum itu, terdapat beberapa siri mesyuarat di antara perwakilan tertinggi kedua-dua belah pihak, iaitu Perjanjian Linggadjati (1947), Perjanjian Renville (1948) dan Perjanjian Roem–van Roijen (1949). Persidangan tersebut berakhir dengan Kerajaan Belanda mengiktiraf kemerdekaan penuh Indonesia, dan juga penyerahan hak kedaulatan Kepulauan Hindia Timur Belanda kepada Republik Indonesia Syarikat.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Januari 1949,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersetuju mengeluarkan resolusi mengutuk tindakan ketenteraan Belanda keatas Pasukan Tentera Republik Indonesia,dan mendesak pemulihan semula Kerajaan Indonesia.Selain daripada itu,mereka juga mendesak agar diadakan semula persidangan untuk menamatkan konflik secara aman.Sebelum itu,dua perjanjian terdahulu (Perjanjian Linggadjati dan Perjanjian Renvile) terbatal apabila kedua-dua belah pihak saling bertelagah mengenai syarat-syarat yang termaktub dalam perjanjian tersebut.

Selepas pengumuman Perjanjian Roem-van Roijen yang ditandatangani pada 6 Julai 1949,dimana ianya menerima pakai resolusi PBB,Dr.Mohammad Roem (Wakil Indonesia yang menandatangani perjanijan Roem-van Roijen) berkata bahawa pemimpin-pemimpin Republik Indonesia yang tinggal dalam buangan di Bangka,akan menyertai persidangan tersebut untuk mempercepatkan lagi proses penyerahan kedaulatan.

Sejurus kepulangan pemimpin-pemimpin Republik Indonesia daripada buangan di Jogjakarta pada 6 Julai,pada pertengahan kedua Julai dan dari 31 Julai hingga 2 Ogos,Persidangan Antara Indonesia diadakan diantara kesemua komponen pihak berkuasa Republik Indonesia Syarikat yang akan diisytiharkan kelak,dan kesemua pihak bersetuju dengan prinsip dan rangka asas Perlembagaan.

Setelah perbincangan awal dianjurkan oleh Suruhanjaya PBB bagi Indonesia di Jakarta mencapai persetujuan,lokasi Persidangan tersebut bakal diadakan di The Hague.

Persidangan[sunting | sunting sumber]

Sesi persidangan sedang berjalan

Persidangan tersebut bermula secara rasmi pada 23 Ogos,dan ketika persidangan tersebut,kedua-dua belah pihak telah mencapai kata sepakat dalam beberapa isu iaitu Piagam Pemindahan Hak Kedaulatan,Statut Kesatuan,Perjanjian Ekonomi dan Perjanjian dari segi sosial dan juga ketenteraan.

Namun begitu,mereka gagal untuk mencapai kata sepakat mengenai dua perkara; iaitu status Wilayah Papua Barat dan hutang piutang Pentadbiran Hindia Timur Belanda.

Perbincangan mengenai hutang dalaman dan luaran Pentadbiran Hindia Timur Belanda juga dibincangkan,dan kedua-dua belah pihak memiliki jumlah tersendiri,menyebabkan perbalahan sama ada Republik Indonesia seharusnya bertanggungjawab keatas hutang yang dialami oleh Pihak Belanda selepas mereka menyerah kalah kepada Jepun pada 1942.Namun begitu,apabila PBB dan Suruhanjaya PBB mengenai Indonesia masuk campur untuk menyelesaikan masalah tersebut,Pihak Indonesia bersetuju untuk melangsaikan separuh daripada hutang tersebut,sebagai bayaran untuk pemindahan hak kedaulatan keseluruhan gugusan kepulauan tersebut.Pada 24 Oktober,Delegasi Indonesia bersetuju untuk mengambil alih hutang Kerajaan Hindia Timur Belanda, sekurang-kurangnya berjumlah 4.3 bilion Guilders Belanda.

Isu Papua Barat[sunting | sunting sumber]

Sepanjang persidangan tersebut,kedua-dua belah pihak saling berbalah sama ada patutkah Papua Barat diserap masuk kedalam Republik Indonesia,atau kekal sebagai Wilayah Jajahan Belanda.Indonesia mendakwa Papua Barat adalah sebahagian daripada wilayah Hindia Timur Belanda,manakala Belanda menyangkal dakwaan Indonesia,dengan mengatakan bahawa Papua Barat tidak mempunyai perhubungan etnik dengan mereka.Biarpun pendapat umum Belanda mengatakan bahawa mereka harus menyerahkan Papua Barat kepada Indonesia,namun kerajaan Belanda enggan berkompromi,dengan alasan sekiranya mereka bersetuju dengan dakwaan Indonesia,perjanjian tersebut tidak dapat dimeterai.Akhirnya kedua-dua belah pihak bersepakat untuk mengadakan perbincangan mengenai Papua Barat,setahun selepas selesainya pemindahan hak kedaulatan Hindia Timur Belanda kepada Indonesia.

Namun begitu,Papua Barat masih lagi di bawah penguasaan Belanda,lantas menyebabkan Indonesia berasa tidak puas hati dengan tindakan tersebut.Papua Barat akhirnya digabungkan ke dalam Indonesia melalui Operasi Trikora (singkatan perkataan Tri Komando Rakyat),iaitu penaklukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) keatas Papua Barat pada 1962.

Berakhirnya persidangan & penyerahan hak kedaulatan kepada Indonesia[sunting | sunting sumber]

J.H. Maarseveen, Sultan Hamid II dan Dr. Mohammad Hatta menandatangani Perjanjian Meja Bulat, 2 November 1949

Persidangan tersebut berakhir dengan rasminya di Bangunan Parlimen Belanda pada 2 November 1949,dan pada 27 Disember 1949,Belanda dengan secara rasminya menyerahkan hak kedaulatan Wilayah Hindia Timur Belanda kepada Kerajaan Indonesia.


Pengiktirafan 1945 sebagai Hari Kemerdekaan Indonesia oleh Belanda[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Ogos 2005,Akhirnya Parlimen Belanda secara rasminya mengiktiraf 17 Ogos adalah tarikh Kemerdekaan Rasmi Republik Indonesia.Sebelum itu,mereka hanya mengiktiraf 27 Disember 1949 sebagai tarikh penyerahan kedaulatan setelah tewas dalam konflik berdarah selama empat tahun,sejurus selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia pada penghujung Perang Dunia Kedua.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Hasil-Hasil Konperensi Medja Bundar sebagaimana diterima pada Persidangan Umum yang kedua Terlangsung Tangal 2 Nopember 1949 di Ridderzaal di Kota 'S-Gravenhage (Results of the Round Table Conference as Accepted at the Plenary Session on 2 November 1949 at the Knight's Hall [Parliament Building] in the Hague) (1949?), Printed/published? by Kolff, Djakarta
  • Ide Anak Agung Gde Agung (1973) Twenty Years Indonesian Foreign Policy: 1945-1965 Mouton & Co ISBN 979-8139-06-2
  • Kahin, George McTurnan (1952) Nationalism and Revolution in Indonesia Cornell University Press, ISBN 0-8014-9108-8
  • Ricklefs, M.C. (1993) A History of Modern Indonesia Since c.1300, 2nd Edition. London: MacMillan, pp. 224–225. ISBN 0-333-57689-6.
  • Taylor, Alastair M. (1960) Indonesian Independence and the United Nations. Ithaca, N.Y.: Cornell University Press.