Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) merupakan badan antara kerajaan tetap yang ditubuhkan pada 1969. UNCTAD merupakan organ utama Perhimpunan Agung PBB dalam menangani isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan.
Menurut laman web rasmi UNCTAD, matlamat pertubuhan ini adalah untuk "memaksimumkan peluang perdagangan, pelaburan dan pembangunan negara-negara sedang membangun dan membantu mereka mengintegrasikan diri dalam ekonomi dunia dengan saksama."
Kini, UNCTAD mempunyai 193 negara ahli dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland. UNCTAD mempunyai 400 orang kakitangan dan belanjawan sebanyak AS$75 juta setahun. Setiausaha Agungnya ialah Dr. Supachai Panitchpakdi dari Thailand, iaitu bekas ketua pengarah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
Persidangan UNCTAD [sunting]
Persidangan UNCTAD diadakan setiap empat tahun:
- UNCTAD 8 diadakan di Colombia pada 1992
- UNCTAD IX diadakan di Midrand, Afrika Selatan pada 1996
- UNCTAD X diadakan di Bangkok, Thailand pada 2000
- UNCTAD XI diadakan di Sao Paulo, Brazil pada 2004
- UNCTAD XII diadakan di Accra, Ghana pada 2008
- UNCTAD XIII akan diadakan di Qatar pada 2012
Pautan luar [sunting]
|
||||||||||||||||