Pertanian gurun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hutan bertanam berhampiran Tel Aviv

Pertanian gurun pada umumnya tergantung pada pengairan, kerana ia merupakan cara termudah untuk memekarkan gurun. Di California, Lembah Imperial merupakan contoh baik apa yang boleh dilakukan. Australia, entiti Israel, dan Tanduk Afrika juga merupakan tempat dengan pertanian gurun yang menarik.

Satu masalah berkaitan dengan tanaman tumbuhan tradisional di gurun ialah kekurangan air tanah. Pengairan titis merupakan satu cara untuk mengurangkan jumlah air yang diperlukan. Satu lagi cara ialah dengan menanam tanaman yang sesuai dengan iklim gurun, seperti jojoba, pokok kurma dan sitrus.

Pertanian tanpa pengairan (Gurun Sonora)[sunting | sunting sumber]

Orang asli Amerika di Gurun Sonora telah lama mengamalkan (dan masih mengamalkan) pertanian gurun tanpa pengairan. Ini bergantung banyak terhadap salji musim sejuk dan hujan dan corak cuaca musim tengkujuh musim panas yang melembapkan angin tropika dari Teluk Mexico ke Mexico utara dan negeri Arizona, Utah, New Mexico dan Colorado di barat daya Amerika Syarikat. Angin lembap ini, bersama dengan kepanasan matahari dari tanah, dapat menyebabkan pembentukan ribut petir yang cukup besar yang dapat membanjiri sesetengah kawasan dengan jumlah air hebat dalam masa yang singkat. Sementara permukaan tanah kering dengan cepat, dan banyak air yang mengalir ke anak sungai dan dasar sungai yang kering, banyak juga air yang diserap masuk ke lapisan tanah atas. Untuk mengambil kesempatan keadaan ini, adalah penting untuk tanaman bermula awal pada musim, di mana mereka menggunakan embun air musim sejuk dari ribut Lautan Pasifik yang berasal dari Teluk Alaska dan ribut Musim Sejuk Pasifik lain dari kawasan-kawasan tropik ("Ekspres Nanas"). Tunas awal dari biji yang ditanam (kebanyakannya kacang, labu, dan jagung) dilindungi dengan menanam dalam lubang-lubang galian yang kecil, di mana tunas-tunas ini lebih dekat dengan air musim sejuk yang tertinggal dalam tanah dan dilindungi dari fros awal musim bunga. Walaupun telah berjaya digunakan untuk suatu tempoh (kemungkinannya) sehingga 14,000 tahun, terdapat banyak kesukaran besar dengan bentuk pertanian ini sejak kemarau bermula pada 2002, dengan pemanasan sejagat disyaki menukar corak cuaca, dan dengan masalah kekurangan air tanah oleh kerana pengekstrakan untuk pertanian pengairan konvensional moden, halaman metropolitan, tujuan industri, dan talian paip batu arang (talian paip kini telah dihentikan melalui tindakan oleh pihak berkuasa Navajo).

Orang asli Amerika yang telah mengamalkan pertanian ini termasuklah Anasazi silam dan tidak lagi wujud, Hopi yang telah lama wujud, Tewa, Zuni, dan puak berdaerah yang lain, termasuk Navajo yang secara relatif baru tiba (sekitar 1400 M). Puak-puak yang pelbagai ini dicirikan pada umumnya oleh penakluk Sepanyol pada daerah itu sebagai Indian Sinagua, sinagua bermakna "tanpa air", walaupun istilah ini tidak digunakan untuk orang asli Amerika yang moden di daerah tersebut.

Disebabkan pergantungan besar pada cuaca, suatu unsur yang dianggap di luar kawalan manusia, banyak kepercayaan agama, upacara, dan sembahyang timbul dalam penanaman tanaman, terutamanya dalam penanaman empat jenis jagung utama, dicirikan oleh warna mereka: merah, kuning, biru dan putih. Kemunculan jagung sebagai tanda kerohanian sering dapat dilihat dalam tangan bentuk mambang "Yeh" yang terdapat pada tikar Navaho, dalam upacara berkaitan dengan "Maiden Jagung" dan Kachina lain Hopi, dan dalam pelbagai objek sakti milik puak-puak yang mendiami kawasan itu.

Pertanian gurun di Mesir[sunting | sunting sumber]

Lebih dari sedekad yang lalu, Mesir telah mensasarkan unuk menjalankan pertanian secara besar-besaran di gurun disebabkan besarnya kawasan gurun di Mesir. Bekalan air untuk pertanian gurun di Mesir kebanyakannya bergantung kepada penggalian perigi. Pengairan dilakukan dengan titisan air berbeza dengan pengairan penenggelaman yang digunakan di lembah Sungai Nil yang telah dugunakan para petani Mesir selama beribu-ribu tahun.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]