Pertempuran Actium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Actium, 2 September 31 SM, oleh Lorenzo A. Castro, dilukis pada tahun 1672.

Pertempuran laut Pertempuran Actium berlaku pada 2 September 31 SM, berhampiran Actium di Greece, semasa Perang Terakhir Republik Rom antara Marcus Antonius dan Octavian (kemudiannya menjadi Maharaja Rom Augustus). Angkatan Octavian diperintah oleh Marcus Vipsanius Agrippa, dan angkatan Antony disokong oleh armada isterinya, Cleopatra, ratu Mesir Ptolemy. Pertempuran itu dimenangi oleh pihak Octavian dan tarikh ini sering digunakan sebagai menandakan permulaan Empayar Rom.

Kedua angkatan bertembung di luar Teluk Actium, setiap pihak mempunyai sekitar 200 kapal (jumlah keseluruhan diberikan oleh pihak berkuasa silam amat berbeza). Kapal berat octeres Antony cuba menghampiri dan memusnahkan kapal musuh dengan menggunakan artileri; Kapal Octavian yang lebih ringan dan mudah bergerak, kemungkinannya quinquereme, menggunakan taktik skirmishing dengan mahir. Ketika pertempuran Cleopatra dengan tiba-tiba mengundurkan angkatan skuadronnya dan Antony berundur bersamanya. Pengundurannya tidak disedari, dan pertempuran berterusan seri, sehinggakan angkatan Antony berjaya dibakar dan dengan itu lebur.

Setahun selepas pertempuran ini, Antony dan Cleopatra kedua-dua membunuh diri.

Koordinat: 38°56′04″N 20°44′19″E / 38.93444°N 20.73861°E / 38.93444; 20.73861