Pertempuran Aegospotami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pertempuran Aegospotami pada tahun 405 BC merupakan kemusnahan tentera laut Athens dalam Perang Peloponnesian, dan membawa kepada kekalahan terakhir Athens kepada Sparta pada tahun berikutnya.

Pertempuran Aegospotami
Conflict Perang Peloponnesian
Tarikh 405 BC
Tempat Aegospotami
Keputusan Kemenangan Sparta
Pejuang
Athen Sparta
Komander
Conon Lysander
Kekuatan
170 kapal Tidak diketahui
Mangsa
161 kapal Tidak diketahui

Pertempuran Aegospotami pada tahun 405 BC merupakan kemusnahan tentera laut Athens dalam Perang Peloponnesian, dan membawa kepada kekalahan terakhir Athens kepada Sparta pada tahun berikutnya.

Selepas kemenangan Athen di Kepulauan Arginusae, Conon membawa angkatannya ke kuala sungai kecil dekat Aegospotami di Hellespont. Angkatan Sparta berada berhampiran di seberang Hellespont, dan selama empat hari Conon mengayuhkan angkatannya keseberang, cuba untuk bertempur dengan Sparta, yang hanya berdiam diri. Pada hari kelima, selepas mengulangi pergerak ini sekali lagi, pihak Athen kembali, mendaratkan kapal mereka dan bepecah untuk mencari makanan, Aegospotami terlalu kecil untuk memiliki pasar.

Bagaimanapun, komander Sparta Lysander telah menghantar beberapa kapal yang berperanan sebagai peninjau, mengekori kapal Athen dan balik membuat lapuran. Apabila mendapat berita bahawa kapal-kapal tersebut tidak dikawal, dengan pantas Lysander membawa tenteranya keseberang dan membakar hampir kesemua 170 kapal Conon, hanya 9 berjaya melepaskan diri, kapal pemerintah Paralus kembali ke Athen sementara yang lain berundur ke Cyprus.

Angkatan ini merupakan hampir keseluruhan kuasa tentera laut Athen, yang juga merupakan asas Kerajaan Athen, jadi apabila Lysander berlayar ke pelabuhan Athen, Piraeus dan mengadangnya, tiada orang datang membantu, dan selepas bertahan selama beberapa bulan, Athen menyerah. Dinding pertahanan Athen diruntuhkan, dan Sparta menubuhkan kerajaan baru di Athen, dengan itu mengakhiri Perang Peloponnesian.