Pertempuran Antietam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Antietam
Sebahagian daripada Perang Saudara Amerika

Pertempuran Antietam, oleh Kurz & Allison, menggambarkan pemandangan pertempuran di Jambatan Burnside
TarikhSeptember 17, 1862 (1862-09-17)
Lokasi
Keputusan Secara taktikalnya tergantung; Kemenangan strategik kemenangan pihak Union[1]
Pihak yang terlibat
 Amerika Syarikat (Union) Templat:Country data CSA (Confederacy)
Komandan dan pemimpin
George B. McClellan Robert E. Lee
Kekuatan
75,500 "hadir berkhidmat"[2] 38,000 "engaged"[2]
Kerugian dan korban
12,401
(2,108 terbunuh
 9,540 cedera
 753 ditawan/hilang)[3]
10,316
(1,546 terbunuh
 7,752 tercedera
 1,018 ditawan/terbunuh)[3]


Pertempuran Antietam (/[invalid input: 'icon']ænˈttəm/; juga dikenali sebagai Pertempuran Sharpsburg, terutama di Selatan Amerika Syarikat, berlangsung pada 17 September 1862, berhampiran Sharpsburg, Maryland, dan Anak Sungan Antietam (“Antietam Creek”), sebagai sebahagian Kempen Maryland”, merupakan pertempuran utama pertama dalam Perang Saudara Amerika Syarikat yang berlangsung di tanah Utara Amerika Syarikat. Ia merupakan pertempuran paling berdarah dalam sehari dalam sejarah Amerika Syarikat, dengan sekitar 23,000 korban.[4]

Selepas mengejar Jeneral Robert E. Lee dari Tentera Negeri Konfederate ke Maryland, Tentera Union Major Jeneral George B. McClellan melancarkan serangan terhadap tentera Robert E. Lee dalam kedudukan berkubu di belakang Anak Sungai Antietam (Antietam Creek). Pada subuh 17 September, Kor Maj. Jen. Joseph Hooker membuat serangan kuat pada sisi kiri Robert E. Lee. Serangan dan serangan balas berlangsung merentasi padang tanaman jagung Miller dan pertempuran berelangsung sekitar Geraja New Dunkers. Serangan pihak Union terhadap Jalan Terbenam akhirnya menembusi tengah Konfederate, tetapi kelebihan pihak Kebangsaan tidak digunakan. Pada waktu petang, Kor Union Maj. Jen. Ambrose Burnside menyertai aksi dan menawan jambatan batu merentasi Anak Sungai Antietam dan mara pada sisi Konfederate. Pada ssat genting, division Konfederate Maj. Jen. A.P. Hill tiba dari Harpers Ferry dan melancarkan serangan balas mengejut, mengundurkan Burnside dan mengakhiri pertempuran. Sungguhpun diatasi dari segi bilangan pada nisbah dua berbanding satu, Robert E. Lee menggunakan keseluruhan pasukannya, sementara McClellan menghantar kurang dari tiga per empat tenteranya, membolehkan Robert E. Lee menghentikan kemaraan tentera Kebangsaan. Pada waktu malam, kedua tentera mengukuhkan garisan mereka. Sungguhpun mengalami bilangan korban yang banyak, Robert E. Lee meneruskan bertempuran kecil dengan McClellan sepanjang 18 September sementara mengalihkan tenteranya yang keletihan ke selatan Sungai Potomac. [5]

Sungguhpun memiliki bilangan tentera yang lebih ramai, serangan McClellan gagal untuk mencapai penumpuan tentera, membolehkan Robert E. Lee menangkis dengan pergerakan tentera dan memindahkan garisan dalaman untuk menangani setiap cabaran. Sungguhpun mampu menggerakkan pasukan simpanan yang mencukupi bagi mengambil peluang kejayaan tempatan, McClellan gagal memusnahkan tentera Robert E. Lee. Walaubagaimanapun, serangan Robert E. Lee ke atas Maryland kemudiannya berakhir, dan dia mampu mengundurkan tenteranya balik ke Virginia tanpa gangguan dari McClellan yang lebih berhati-hati. Sungguhpun pertempuran itu secara taktikal tiada penentu, kemenangannya cukup penting untuk memberikan keyakinan pada Presiden Abraham Lincoln untuk mengumumkan Pengisytiharan Pembebasan (“Emancipation Proclamation”), yang menjauhkan kerajaan British dan Perancis dari membuat rancangan bagi mengesahkan pihak Konfederate.

Latarbelakang dan Kempen Maryland[sunting | sunting sumber]

Kempen Maryland, aksi 3 September hingga 15 September 1862.
  Confederate
  Union

Tentera Virginia Utara Robert E. Lee—terdiri daripada 55,000 orang[6]—memasuki negeri Maryland pada 3 September 1862, berikutan dengan kemenangan mereka dalam Second Bull Run pada 30 Ogos. Bersemangat dengan kejayaan ini, pemimpin Konfederate bertujuan membawa perang ke dalam jajahan musuh. Penjajahan Lee ke atas Maryland bertujuan bagi dilaksanakan serentak dengan penjajahan Kentucky oleh tentera Braxton Bragg dan Kirby Smith. Ia juga perlu dari segi logistik, kerana ladang di Virginia utara telah disapu licin dari makanan. Berdasarkan kejadian seperti rusuhan Baltimore pada musim bunga 1861 dan fakta bahawa Presiden Lincoln perlu melintasi Bandar ini dengan menyamar dalam perjalanannya keperlantikannya, ia dijangka bahawa penduduk Maryland akan mengalu-alukan pasukan Konfederate dengan baik. Mereka menyanyikan lagu "Maryland, Maryland kami!" ketika mereka berbaris, tetapi menjelang musim luruh 1862 semangat pro-Union semakin meningkat, terutama di bahagian barat negeri Maryland. Orang awam bersembunyi dalam rumah mereka ketika tentera Lee berbaris melalui Bandar mereka, sementara Tentera Potomac dialu-alukan. Sesetengah ahli politik Konfederate, termasuk Presiden Jefferson Davis, percaya kemungkinan pengesahan kuasa asing akan meningkat sekiranya mereka menang di tanah Utara; kejayaan sedemikian mungkin mendapatkan pengesahan dan sokongan kewangan dari Great Britain danPerancis, sungguhpun tidak terdapat bukti bahawa Lee memikirkan bahawa pihak Selatan patut merancang rancangan ketenteraannya berdasarkan kemungkinan ini.[7]

Ketika 75,500-orang Tentera Potomac McClellan bergerak bagi memintas Lee, dua tentera Union (Koperal Barton W. Mitchell dan Sarjen Pertama John M. Bloss[8] of the 27th Indiana Volunteer Infantry) menjumpai salinan rancangan tempur Lee yang tersalah letak —Special Order 191—membaluti tiga cerut. Arahan menunjukkan bahawa Lee telah memecahkan tenteranya dan membahagi secara geografik (ke Harpers Ferry, West Virginia, dan Hagerstown, Maryland), dengan itu menjadikan setiap satunya terasing dan boleh dikalahkan sekiranya McClellan mampu bergerak dengan cukup pantas. McClellan menunggu sekitar 18 sebelum memutuskan untuk mengambil peluang dari perisikan ini dan mengalih pasukannya, dengan itu membazirkan peluang bagi mengalahkan Lee dengan mutlak.[9]

Terdapat dua pertempuran penting dalam kempen Maryland sebelum pertempuran utama di Antietam: Maj. Gen. Thomas J. "Stonewall" Jackson's menawan Harpers Ferry dan serbuan McClellan melalui Gunung Rabung Biru (“Blue Ridge Mountains”) dalam Pertempuran Gunung Selatan. Yang sebelumnya adalah penting kerana sebahagian besar tentera Lee tiada pada permulaan pertempuran Antietam, menghadiri penyerahan diri garrison Union; dan yang berikutnya kerana pertahanan kukuh Konfederate di dua laluan melalui gunung melewatkan kemaraan McClellan cukup untuk Lee menumpukan sisa tenteranya di Sharpsburg.[10]

Pasukan bertentangan[sunting | sunting sumber]

Konfederate[sunting | sunting sumber]

Confederate corps commanders

Tentera Virginia Utara Jeneral Lee diatur dalam dua kor infantri yang besar.[11]

Kor Pertama, di bawah Maj. Jen. James Longstreet, terdiri daripada division berikut:

Kor Kedua, di bawah Maj. Jen. Thomas J. "Stonewall" Jackson, terdiri dari division:

Unit baki adalah Kor Kalaveri, di bawah Maj. Jen. J.E.B. Stuart, dan artileri simpanan, diperintah olah Brig. Jen. William N. Pendleton. Kor Kedua diatur dengan artileri digabung dengan setiap division, berbeza dengan Kor Pertama, yang menyimpan artilerinya di tahap kor.

Union[sunting | sunting sumber]

Komander kor Union
Lincoln bersama McClellan dan kaki-tangannya di ladang Groveselepas pertempuran. Orang terkenal (dari kiri) adalah 5. Alexander S. Webb, Ketua Staf, Kor V; 6. McClellan;. 8. Dr. Jonathan Letterman; 10. Lincoln; 11. Henry J. Hunt; 12. Fitz John Porter; 15. Andrew A. Humphreys; 16. Kapt. George Armstrong Custer.

Tentera Potomac Maj. Jen. George B. McClellan, ditambah dengan unit diserap dari Tentera Virginia John Pope, termasuk enam kor infantri.[12]

Kor Tentera Union, di bawah Maj. Jen. Joseph Hooker, terdiri dari division berikut:

  • Brig. Jen. Abner Doubleday (brigade Kol. Walter Phelps, Brig. Jen. Marsena R. Patrick dan John Gibbon, dan Lt. Kol. J. William Hofmann).
  • Brig. Jen. James B. Ricketts (brigade Brig. Jen. Abram Duryée, Kol. William A. Christian, dan Brig. Jen. George L. Hartsuff).
  • Brig. Jen. George G. Meade (brigade Brig. Jen. Truman Seymour, Kol. Albert Magilton dan Lt. Kol. Robert Anderson).

The II Corps, di bawah Maj. Gen. Edwin V. Sumner, terdiri dari division:

  • Maj. Gen. Israel B. Richardson (brigade di Brig. Jen. John C. Caldwell, Brig. Jen. Thomas F. Meagher, and Kol. John R. Brooke).
  • Maj. Gen. John Sedgwick (brigade di bawah Brig. Jens. Willis A. Gorman, Oliver O. Howard, and Napoleon J.T. Dana).
  • Brig. Jen. William H. French (brigade di bawah Brig. Jen. Nathan Kimball, Kol. Dwight Morris, and Brig. Jen. Max Weber (general)|Max Weber).

The V Corps, di bawah Maj. Gen. Fitz John Porter, terdiri dari division:

  • Maj. Gen. George W. Morell (brigade di bawah Kol. James Barnes, Brig. Jen. Charles Griffin, and Kol. T.B.W. Stockton).
  • Brig. Jen. George Sykes (brigade di bawah Lt. Kol. Robert C. Buchanan, Major Charles S. Lovell, and Kol. Gouverneur K. Warren).
  • Brig. Jen. Andrew A. Humphreys (brigade di bawah Brig. Jen. Erastus B. Tyler and Kol. Peter H. Allabach).

The VI Corps, di bawah Maj. Gen. William B. Franklin, terdiri dari division:

  • Maj. Gen. Henry W. Slocum (brigade di bawah Kol. Alfred T.A. Torbert, Kol. Joseph J. Bartlett, and Brig. Jen. John Newton).
  • Maj. Gen. William Farrar Smith|William F. "Baldy" Smith (brigade di bawah Brig. Jens. Winfield S. Hancock and William T. H. Brooks and Kol. William H. Irwin).
  • A division from the IV Corps di bawah Maj. Gen. Darius N. Couch (brigade di bawah Brig. Jens. Charles Devens, Jr., Albion P. Howe, and John Cochran).

The IX Corps, di bawah Maj. Gen. Ambrose E. Burnside (Brig. Jen. Jacob D. Cox exercised operational command during the battle), terdiri daripada division:

  • Brig. Jen. Orlando B. Willcox (brigade di bawah Kols. Benjamin C. Christ and Thomas Welsh).
  • Brig. Jen. Samuel D. Sturgis (brigade di bawah Brig. Jens. James Nagle and Edward Ferrero).
  • Brig. Jen. Isaac P. Rodman (brigade di bawah Kols. Harrison S. Fairchild and Edward Harland).
  • Division Kanawha, di bawah Kol. Eliakim P. Scammon (brigade di bawah Kols. Hugh Ewing and George Crook).

The XII Corps, di bawah Maj. Gen. Joseph K. Mansfield, terdiri dari division:

  • Brig. Jen. Alpheus S. Williams (brigade di bawah Brig. Jens. Samuel W. Crawford and George H. Gordon).
  • Brig. Jen. George S. Greene (brigade di bawah Lt. Kol. Hector Tyndale, Kol. Henry J. Stainrook, dan Kol. William B. Goodrich).

Division kalavari Brig. Jen. Alfred Pleasonton terdiri dari brigade Maj. Charles J. Whiting dan Kols. John F. Farnsworth, Richard H. Rush, Andrew T. McReynolds, and Benjamin F. Davis.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Pandangan menyeluruh Pertempuran Antietam.

Berhampiran bandar Sharpsburg, Lee menyusun pasukan yang ada di belakang anak sungai Antietam dibelakang rabung rendah, bermula pada 15 September. Sungguhpun ia merupakan kedudukan bertahan yang berkesan, ia bukanlah tidak mampu ditembusi. Muka buminya menawarkan perlindungan yang baik bagi tentera infantri, dengan rel dan tembok batu, unjuran batu kapur, lekuk dan berlopak. Anak sungai di hadapan mereka hanyalah halangan kecil, seluas antara 60 hingga 100 kaki (18–30 m)lebar, dan boleh diharungi di kebanyakan tempat dan direntangi oleh tiga jambatan batu setiap sebatu (1.5 km). Ia juga merupakan kedudukan runcing kerana belakang Konfederate dihalangi oleh Sungai Potomac dan hanya satu tempat menyeberang, Harungan Boteler di Shepherdstown, West Virginia, yang berdekatan sekiranya pengunduran perlu dilakukan. (Harungan Williamsport, Maryland, berada 10 batu (16 km) barat laut dari Sharpsburg dan telah digunakan oleh Jackson dalam pergerakannya ke Harpers Ferry. Kedudukan pasukan Union semasa pertempuran menjadikan ia tidak pratikal bagi menimbang pengunduran kearah tersebut.) Dan pada 15 September, pasukan di bawah pemerintahan lansung Lee terdiri dari tidak lebih 18,000 orang, hanya satu per tiga saiz tentera Kebangsaan.[13]

Dua division pertama Union tiba pada petang 15 September dan kebanyakan baki tentera sampai pada lewat petang itu. Sungguhpun begitu, sekiranya pihak Union menyerang serta-merta pada pagi 16 September mereka akan memiliki kelebihan besar bilangan, sikap berhati-hati biasa McClellan dan keyakinannya bahawa Lee memiliki seramai 100,000 di Sharpsburg menyebabkan dia melewatkan serangannya sehari.[14] Tempoh ini memberikan pihak Konfederates lebih banyak masa bagi menyediakan kedudukan pertahanan dan membenarkan kor Longstreet untuk tiba dari Hagerstown dan Jackson, tanpa division A.P. Hill, untuk tiba dari Harpers Ferry. Jackson mempertahankan rusuk kiri (utara), berpasak di Potomac, Longstreet di sebelah rusuk kanan (selatan), berpasak di Antietam, garisan yang sepanjang sekitar 4 batu (6 km). (Ketika pertempuran berlangsung dan Lee mengalih unit, persempadanan kor ini bertindan agak banyak.)[15]

Pada petang 16 September, McClellan memerintah Kor Hooker untuk menyeberangi Anak sungai Antietam dan menyiasat kedudukan musuh. Dividion Meade berhati-hati menyerang kedudukan Konfederates di bawah pimpinan Hood berhampiran East Woods (“Hutan Timur”). Selepas gelap, tembakan artileri berterusan ketika McClellan terus mengatur kedudukan tenteranya. Rancangan McClellan adalah bagi mengatasi kedudukan rusuk kiri musuh. Dia mencapai keputusan ini berdasarkan tatarajah jambatan menyeberangi Antietam. Jambatan bawah (yang kemudiannya digelar Jambatan Burnside) dikawal oleh kedudukan Konfederate di permatang yang mengadapnya. Jambatan tengah, di jalan ke Boonsboro, Maryland, merupakan tumpuan tembakan artileri dari tanah tinggi berhampiran Sharpsburg. Tetapi jambatan atas adalah 2 batu (3 km) ketimur dari meriam Konfederate dan boleh diseberangi dengan selamat. McClellan merancang untuk menggunakan lebih dari separuh tenteranya begi menyerang, bermula dengan dua kor, disokong oleh kor ketiga, dan sekiranya perlu kor ke empat. Dia bertujuan bagi melancarkan serangan serentak dengan serangan ke rusuk kanan Konfederate dengan kor ke lima, dan dia bersedia untuk menyerang kedudukan tengah dengan tentera simpanannya sekiranya mana-mana serangannya berjaya.[16] Pertempuran kecil di East Woods (“Hutan Timur “) bertindak menyedarkan matlamat McClellan kepada Lee, yang menyediakan kedudukan pertahanannya setaranya. Dia memindahkan orang-orangnya ke rusuk kiri dan menghantar perutusan penting kepada kedua komandernya yang belum tiba di medan perang: Lafayette McLaws dengan dua division dan A.P. Hill dengan satu division.[17]

Rancangan McClellan tidak diselaras dengan baik dan dilaksanakan dengan lemah. Dia memberikan setiap orang bawahannya hanya arahan bagi kor mereka sendiri, bukannya arahan umum menggambarkan keseluruhan rangan pertempuran. Muka bumi medan pertempuran menjadikan ianya sukar bagi komander tersebut untuk memantau kejadian di luar sector mereka, dan ibupejabat McClellan terletak lebih dari sebatu di belakang (di rumah Philip Pry, timur anak sungai), menyukarkannya bagi mengawal kor berasingan. Dengan itu, pertempuran berlangsung keesokkan harinya sebagai tiga pertempuran tidak teratur, secara berasingan: pagi di sebelah utara medan pertempuran, tengah hari di kedudukan tengah, dan petang di selatan medan pertempuran. Kelemahan penyelarasan dan penumpuan pasukan McClellan hampir mengenepikan kelebihan dua-pada-satu yang dimiliki pihak Union dan membenarkan Lee untuk mengalihkan pasukan pertahanannya bagi menangani setiap serangan.[18]

Pagi[sunting | sunting sumber]

Serangan oleh Kor I, 5:30 hingga 7:30 pagi.

Pertempuran bermula pada subuh (sekitar 5:30 pagi.) pada 17 September dengan serangan di Hagerstown Turnpike oleh Kor I Union di bawah Joseph Hooker. Matlamat Hooker adalah platau di mana terletaknya Gereja Dunker, bagunan bercat putih serdahana, milik sect tempatan Baptists Jerman. Hooker memiliki anggaran 8,600 orang, lebih sedikit berbanding 7,700 tentera bertahan di bawah pimpinan Stonewall Jackson, dan kelebihan kecil ini lebih dari diatasi oleh kedudukan pertahanan Konfederat yang kuat.[19] Division Abner Doubleday bergerak kearah kanan Hooker, James Ricketts bergerak ke sebelah kiri kearah Hutan Timur (“East Wood”), dan division Simpanan Pennsylvania dibawah pimpinan George Meade diletakkan di tengah dan kebelakang sedikit. Pertahanan Jackson terdiri dari division di bawah Alexander Lawton dan John R. Jones dalam barisan dari Hutan Barat (“West Wood”), merentasi Turnpike, dan sepanjang hujung selatan Ladang jagung Miller. Empat brigade dikekalkan sebagai simpanan di dalam Hutan Barat (“West Wood”).[20]

Ketika tentera Union pertama muncul dari Hutan Utara (“North Woods”) dan keladang Jagung, pertempuran artileri berlangsung. Tembakan Konfederate datangnya dari bateri artileri berkuda di bawah Jeb Stuart di sebelah barat dan empat bateri di bawah Kol. Stephen D. Lee di tanah tinggi seberang menyeberangi the pike dari Gereja Dunker ke selatan. Tembakan balas Union datangnya dari Sembilan bateri di rabung belakang Hutan Utara dan empat bateri 20-paun rifle Parrott, 2 batu (3 km) timur dari Antietam Creek.Bedilan menyebabkan korban yang ramai pada kedua pihak dan digambarkan oleh Kol. Lee sebagai "neraka artileri."[21]

Melihat kilauan boynet pihak Konfederate tersembunyi di Ladang Jagung, Hooker menghentikan kemaraan tentera infantrinya dan membawa empat bateri artileri, yang kemudiannya membedil peluru padu dan penabor melepasi kepala pasukan infantry Federal, menyelubungi lading jagung. Serta merta lading jagung meledak kacau-bilau ketika pertempuran ganas berlansung di kawasan tersebut. Lelaki menghentak kepala sesame sendiri dengan bontot senapang dan menikam musuh dengan boynet. Pegawai menunggang kuda yang berpeluh dan menyumpah dan menjeritkan arahan yang tiada siapa boleh dengarkan dalam hiruk pikuk. Rifel menjadi panas dan tersekat akibat terlalu banyak menembak. Udara dipenuhi dengan hujan peluru dan bedilan.[22]

Mayat tentera Konfederate dari Brigade Louisiana pimpinan Starke, di Turnpike Hagerstown, utara Gereja Dunker. Gambar oleh Alexander Gardner.

Brigade Pertama Pennsylvanians Meade, dipimpin Brig. Jen. Truman Seymour, mula maju melalui Hutan Timur dan berbalas tembakan dengan brigade Kolonel James Walker dari Alabama, Georgia, dan Carolina Utara. Ketika orang Walker mengasak Seymour kebelakang, dengan bantuan tembakan artileri Lee, division Ricketts memasuki lading jagung, juga dibedil oleh artileri. Brigade Brig. Jen. Abram Duryée berbaris masuk lansung dalam tembakan Kolonel Marcellus Douglass brigade Georgia. Menerima tembakan sengit dari jarak 250 ela (230 m) dan tanpa kelebihan akibat ketiadaan tentera sokongan, Duryée terpaksa berundur.[20]

Tentera sokongan yang dijangkakan oleh Duryée —brigade di bawah pimpinan Brig. Jen. George L. Hartsuff dan Kol. William A. Christian—berhadapan dengan masalah untuk sampai ke kedudukan mereka. Hartsuff tercedera akibat bedilan, dan Christian turn dari kuda dan lari kebelakang dengan ketakutan. Apabila tentera kembali bersemangat dan maju ke Ladang Jagung, mereka berhadapan dengan tembakan infantry dan arteleri yang sama seperti mereka yang sebelumnya. Ketika bilangan tentera Union yang lebih ramai mula memberika hasil, Brigade "Harimau" Louisiana di bawah pimpinan Harry Hays memasuki pertempuran dan memaksa tentera Union berundur ke Hutan Timur. Korban yang dialami oleh Infantri Massachusetts ke-12, 67%, merupakan yang tertinggi bagi sebarang unit pada hari itu.[23] Pasukan harimau akhirnya diundurkan apabila pasukan Federal membawa masuk bateri rifle ordnance 3-inci dan menundanya langsung ke Ladang Jagung, bedilan langsung yang mengorbankan Harimau, yang kehilangan 323 orang dari bilangan keseluruhan 500 orang.[24]

...tembakan paling ramai korban semasa perang. Rifle berkecai ditangan tentera, kanten dan beg sandang berlunagn dengan peluru, yang mati dan cedera berguguran berpuluh-puluhan.

Kapten Benjamin F. Cook dari Infantri Massachusetts ke-12, mengenai serangan oleh Louisiana Tigers di Ladang Jagung[25]

Ketika Ladang Jagung kekal seri berdarah, kemajuan pihak Federal sejauh beberapa ratus ela di sebelah barat adalah lebih berjaya. Brig. Jen. John Gibbon's 4th Brigade of Doubleday's division (yang baru dinamakan Brigade Besi) mula maju turun dan merentangi turnpike, ke lading jagung, dan di Hutan Barat, menyingkirkan pasukan Jackson.[26] Mereka dihentikan oleh serbuan 1,150 orang dari Brigade Starke, memberikan tembakan sengit dari 30 ela (30 m). Brigade Konfederate berundur selepas terdedah pada tembak balas sengit dari Brigade Besi, dan Starke cedera membawa maut.[27] Kemaraan pihak Union di Gereja Dunker diteruskan dan membuka ruang yang luas pada barisan pertahanan Jackson, yang goyah hampir berkecai. Sungguhpun mengalami korban yang tinggi, kor Hooker membuat kemajuan yang baik.

Pasukan sokongon Konfederate tiba sejurus selepas 7 a.m. Divisions di bawah McLaws dan Richard H. Anderson tiba selepas perbarisan waktu malam dari Feri Harpers. Sekitar 7:15, Jeneral Lee mengerakkan Brigade Georgia di bawah George T. Anderson dari rusuk kanan tentera untuk membantu Jackson.Pada 7 a.m., division Hood yang terdiri dari 2,300 orang maju melalui Hutan Barat dan menolak tentera Union balik kembali melalui Ladang Jagung. Pasukan Texan menyerang dengan lebih ganas kerana ketika mereka dipanggil dari kedudukan simpanan mereka terpaksa meninggalkan makan pagi panas yang pertama mereka dapat selama beberapa hari. Mereka dibantu oleh tiga brigade dari division D.H. Hill yang tiba dari Ladang Mumma, tenggara Ladang Jagung, dan oleh brigade Jubal Early, bergerak melalui Hutan Barat dari ladang Nicodemus, di mana mereka telah menyokong artileri berkuda Stuart. Sesetengah pegawai dari Brigade Besi mengumpulkan tentera disekeliling Meriam artileri Bateri B, Arteleri Ke-4 U.S., dan Gibbon sendiri memastikan bahawa unit sebelumnya tidak kehilangan satu kaison ‘’caisson’’ sekalipun.[28] Orang-orang Hood menanggung serangan utama, dan dengan itu mengalami korban besar —60% korban—tetapi mereka Berjaya menghalang baris pertahanan dari roboh dan menghalang Kor I. Apabila ditanya oleh rakan pegawai di mana divisennya berada, Hood menjawab, "Maut di lapangan."[29]

Orang-orang Hooker juga turut ramai terkorban tetapi tanpa mencapai matlamat mereka. Selepas dua jam dan dengan 2,500 korban, mereka kembali di tempat mereka bermula. Ladang Jagung, satu kawasan seluas sekitar 250 ela (230 m) dalam dan 400 ela (400 m) lebar, merupakan gambaran kemusnahan yang tidak dapat digambarkan. Ia dianggarkan bahawa Ladang Jagung bertukar tangan tidak kurang dari 15 kali pada waktu pagi.[30] Major Rufus R. Dawes, yang mengambil alih pimpinan Brigade Besi ke-6 Regimen Wisconsin semasa pertempuran, kemudiannya membandingkan pertempuran sekitar Turnpike Hagerstown dengan tembok batu dalam Pertempuran Fredericksburg, Spotsylvania's "Bloody Angle", dan kandang penyembelihan semasa Pertempuran Cold Harbor, menegaskan bahawa " Turnpike Antietam mengatasi semua mereka dalam bukti jelas penyembelihan."[31] Hooker meminta bantuan 7,200 orang dari Kor XII Mansfield.

... setiap tunggul jagung di utara dan sebahagian besar ladang terpotong rapat seperti menggunakan pisau, dan tentera konfederata terkorban terbaring dalam barisan sebagaimana mereka berdiri dalam kedudukan mereka sejurus sebelumnya.

Maj. Jen. Joseph Hooker[22]

Serbuan oleh Kor XII, 7:30 hingga 9:00 a.m.

Separuh dari orang- orang Mansfield adalah recruit baru, dan Mansfield turut tidak berpengalaman, hanya mengambil alih pimpinan hanya dua hari sebelumnya. Sungguhpun dia merupakan veteran 40 tahun perkhidmatan, dia tidak pernah memimpin sejumlah besar tentera dalam pertempuran. Bimbang bahawa orang- orangnya akan lari apabila ditembak, dia menggerakkan mereka dalam formasi yang dikenali sebagai "lajur kompeni, kedudukan rapat," formasi rapat di mana sesuatu regimen diatur sepuluh barisan dalam berbanding dua barisan biasa. Ketima orang-orangnya memasuku Hutan Timur, mereka menjadi sasaran arteleri yang bagus, "hampir sebaik sisi bangsal." Mansfield snediri ditembak di perut dan mati keesokan harinya. Alpheus Williams mengambil alih pemerintahan Kor XII.[32]

Para rekrut baru Division 1 Mansfield ini tidak membuat sebarang kemajuan terhadap garis pertahanan Hood, yang diperkukuh oleh division D.H Hill di bawah Colquitt dan McRae. Division ke-2 Kor XII, di bawah George Sears Greene, bagaimanapun, melepasi pertahanan McRae, yang melarikan diri kerana salah sangka bahawa mereka hampir terperangkap oleh serangan sisi. Bukaan pada baris pertahanan ini memaksa Hood dan orang-orangnya, yang sedikit, untuk berkumpul semula di dalam hutan Barat, di mana mereka memulakan hari itu[23]. Greene berjaya mencapai Gereja Dunker, objektif asal Hooker, dan menghalau keluar bateri Stephen Lee. Tentera Persekutuan memegang kebanyakan kedudukan di sebelah timur lebuh raya tol.

Hooker cuba untuk mengumpul sisa-sisa Kor I yang bertaburan untuk meneruskan serangan, tetapi penembak tepat Konfederate nampak kuda putih yang mudah dilihat dan Hooker ditembak pada kaki. Pemerintahan Kor I-nya jatuh pada Jeneral Meade, kerana orang bawahan Hookers yang kanan, James B . Ricketts, juga turut cedera. Tetapi dengan Hooker berundur dari medan pertempuran, tidak ada jeneral lain yang tinggal dengan kuasa untuk menyatukan tentera di bawah Kor I dan XII. Orang-orang Greene menjadi sasaran tembakan senjata api sengit dari Hutan Barat dan mengundurkan diri daripada Gereja Dunker.

Gereja Dunker di Antietam
Gereja Dunker selepas 17 September 1862. Di sini kedua-dua tentera Persekutuan dan Konfederate terbaring maut di medan pertempuran.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ NPS; see the discussion of "strategic victory" in the Aftermath section.
  2. ^ a b Eicher, p. 363. Sears, p. 173, cites 75,000 Union troops, with an effective strength of 71,500, with 300 guns; on p. 296, he states that the 12,401 Union casualties were 25% of those who went into action and that McClellan committed "barely 50,000 infantry and artillerymen to the contest"; p. 389, he cites Confederate effective strength of "just over 38,000," including A.P. Hill's division, which arrived in the afternoon. Priest, p. 343, cites 87,164 men present in the Army of the Potomac, with 53,632 engaged, and 30,646 engaged in the Army of Northern Virginia. Luvaas and Nelson, p. 302, cite 87,100 Union engaged, 51,800 Confederate. Harsh, Sounding the Shallows, pp. 201-02, analyzes the historiography of the figures, and shows that Ezra A. Carman (a battlefield historian who influenced some of these sources) used "engaged" figures; the 38,000 excludes Pender's and Field's brigades, roughly half the artillery, and forces used to secure objectives behind the line.
  3. ^ a b Sears, pp. 294-96; Cannan, p. 201. Confederate casualties are estimates because reported figures include undifferentiated casualties at South Mountain and Shepherdstown; Sears remarks that "there is no doubt that a good many of the 1,771 men listed as missing were in fact dead, buried uncounted in unmarked graves where they fell." McPherson, p. 129, gives ranges for the Confederate losses: 1,546–2,700 dead, 7,752–9,024 wounded. He states that more than 2,000 of the wounded on both sides died from their wounds. Priest, p. 343, reports 12,882 Union casualties (2,157 killed, 9,716 wounded, 1,009 missing or captured) and 11,530 Confederate (1,754 killed, 8,649 wounded, 1,127 missing or captured). Luvaas and Nelson, p. 302, cite Union casualties of 12,469 (2,010 killed, 9,416 wounded, 1,043 missing or captured) and 10,292 Confederate (1,567 terbunuh, 8,725 tercedera pada September 14–20, tambah sekitar 2,000 hilang atau ditawan).
  4. ^ McPherson, p. 3.
  5. ^ NPS.
  6. ^ McPherson, p. 100; Eicher, p. 337; Sears, p. 69 "perhaps 50,000".
  7. ^ Sears, pp. 65-66; McPherson, pp. 88-95.
  8. ^ Sears, p. 112; McPherson, p. 108.
  9. ^ McPherson, p. 109.
  10. ^ McPherson, pp. 110-12.
  11. ^ Eicher, p. 337; O.R. Series 1, Vol. XIX part 2 (S# 28), p. 621; Luvaas and Nelson, pp. 294-300; Esposito, map 67; Sears, pp. 366-72. Sungguhpun kebanyakan sejarahwan, termasuk Rekod Rasmi, merujuk organisasi ini sebagai Kor, ia tidak dijadikan secara rasmi sehingga 6 November 1862, selepas Kempen Maryland. Unit Longstreet dirujuk sebagai Sayap Kanan, Sayap Kiri Jackson, bagi kebanyakan 1862. (Jeneral. Lee merujuk dalam perutusan rasmi ini sebagai "pemerintah". Lihat, sebagai contoh, Luvaas dan Nelson, p. 4. Lee used this term because a Confederate law forbade the creation of army corps. It had been intended as a states' rights measure to ensure that governors would retain some control over the troops from their state, and Lee lobbied strongly for repeal of this law.) Harsh, Sounding the Shallows, pp. 32-90, states that D.H. Hill was temporarily in command of a "Center Wing" with his own division commanded initially by Brig. Jen. Roswell S. Ripley, and the divisions of Maj. Gen. Lafayette McLaws and Brig. Jen. John G. Walker. The other references list him strictly as a division commander.
  12. ^ Sears, pp. 359–66; Welcher, pp. 786–88; Eicher, p. 338.
  13. ^ Bailey, p. 60.
  14. ^ Sears, p. 174.
  15. ^ Sears, pp. 164, 175-76.
  16. ^ Bailey, p. 63.
  17. ^ Harsh, Taken at the Flood, pp. 366-67; Sears, p. 174.
  18. ^ Sears, pp. 169-74.
  19. ^ Sears, p. 181.
  20. ^ a b Wolff, p. 60.
  21. ^ Sears, p. 190.
  22. ^ a b Bailey, p. 70.
  23. ^ a b Wolff, p. 61.
  24. ^ Bailey, pp. 71, 73.
  25. ^ Bailey, p. 71.
  26. ^ Dawes, pp. 88-91.
  27. ^ Bailey, p. 75.
  28. ^ Dawes, pp. 91-93.
  29. ^ Bailey, p. 79.
  30. ^ Bailey, p. 81.
  31. ^ Dawes, p. 95.
  32. ^ Bailey, pp. 79-80.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Armstrong, Marion V. Disaster in the West Woods: General Edwin V. Sumner and the II Corps at Antietam. Sharpsburg, MD: Western Maryland Interpretive Association, 2002.
  • Bailey, Ronald H., and the Editors of Time-Life Books. The Bloodiest Day: The Battle of Antietam. Alexandria, VA: Time-Life Books, 1984. ISBN 0-8094-4740-1.
  • Cannan, John. The Antietam Campaign: August–September 1862. Mechanicsburg, PA: Stackpole, 1994. ISBN 0-93828-991-8.
  • Dawes, Rufus R. A Full Blown Yankee of the Iron Brigade: Service with the Sixth Wisconsin Volunteers. Lincoln: University of Nebraska Press, 1999. ISBN 0-8032-6618-9. First published 1890 by E. R. Alderman and Sons.
  • Douglas, Henry Kyd. I Rode with Stonewall: The War Experiences of the Youngest Member of Jackson's Staff. Chapel Hill: University of North Carolina Press, 1940. ISBN 0-8078-0337-5.
  • Eicher, David J. The Longest Night: A Military History of the Civil War. New York: Simon & Schuster, 2001. ISBN 0-684-84944-5.
  • Esposito, Vincent J. West Point Atlas of American Wars. New York: Frederick A. Praeger, 1959. OCLC 5890637. The collection of maps (without explanatory text) is available online at the West Point website[pautan mati kekal].
  • Frassanito, William A. Antietam: The Photographic Legacy of America's Bloodiest Day. Gettysburg, PA: Thomas Publications, 1978. ISBN 1-57747-005-2.
  • Harsh, Joseph L. Sounding the Shallows: A Confederate Companion for the Maryland Campaign of 1862. Kent, OH: Kent State University Press, 2000. ISBN 0-87338-641-8.
  • Harsh, Joseph L. Taken at the Flood: Robert E. Lee and Confederate Strategy in the Maryland Campaign of 1862. Kent, OH: Kent State University Press, 1999. ISBN 0-87338-631-0.
  • Jamieson, Perry D. Death in September: The Antietam Campaign. Abilene, TX: McWhiney Foundation Press, 1999. ISBN 1-893114-07-4.
  • Kalasky, Robert. "Union dead...Confederate Dead'." Military Images Magazine. Volume XX, Number 6, May–June 1999.
  • Kennedy, Frances H., ed. The Civil War Battlefield Guide. 2nd ed. Boston: Houghton Mifflin Co., 1998. ISBN 0-395-74012-6.
  • Luvaas, Jay, and Harold W. Nelson, eds. Guide to the Battle of Antietam. Lawrence: University Press of Kansas, 1987. ISBN 0-7006-0784-6.
  • McPherson, James M. Crossroads of Freedom: Antietam, The Battle That Changed the Course of the Civil War. New York: Oxford University Press, 2002. ISBN 0-19-513521-0.
  • Priest, John Michael. Antietam: The Soldiers' Battle. New York: Oxford University Press, 1989. ISBN 0-19-508466-7.
  • Sears, Stephen W. Landscape Turned Red: The Battle of Antietam. Boston: Houghton Mifflin, 1983. ISBN 0-89919-172-X.
  • Tucker, Phillip Thomas. Burnside's Bridge: The Climactic Struggle of the 2nd and 20th Georgia at Antietam Creek. Mechanicsburg, PA: Stackpole Books, 2000. ISBN 0-8117-0199-9.
  • Welcher, Frank J. The Union Army, 1861–1865 Organization and Operations. Vol. 1, The Eastern Theater. Bloomington: Indiana University Press, 1989. ISBN 0-253-36453-1.
  • Wolff, Robert S. "The Antietam Campaign." In Encyclopedia of the American Civil War: A Political, Social, and Military History, edited by David S. Heidler and Jeanne T. Heidler. New York: W. W. Norton & Company, 2000. ISBN 0-393-04758-X.
  • National Park Service battle description

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Ballard, Ted. Battle of Antietam: Staff Ride Guide. Washington, DC: United States Army Center of Military History, 2006. OCLC 68192262.
  • Carman, Ezra Ayers. The Maryland Campaign of September 1862. Vol. 1, South Mountain. Edited by Thomas G. Clemens. El Dorado Hills, CA: Savas Beatie, 2010. ISBN 978-1-932714-81-4.
  • Carman, Ezra Ayers. The Maryland Campaign of September 1862: Ezra A. Carman's Definitive Account of the Union and Confederate Armies at Antietam. Edited by Joseph Pierro. New York: Routledge, 2008. ISBN 0-415-95628-5.
  • Gallagher, Gary W., ed. Antietam: Essays on the 1862 Maryland Campaign. Kent, OH: Kent State University Press, 1989. ISBN 0-87338-400-8.
  • Jermann, Donald R. Antietam: The Lost Order. Gretna, LA: Pelican Publishing Co., 2006. ISBN 1-58980-366-3.
  • Harsh, Joseph L. Confederate Tide Rising: Robert E. Lee and the Making of Southern Strategy, 1861–1862. Kent, OH: Kent State University Press, 1998. ISBN 0-87338-580-2.
  • Murfin, James V. The Gleam of Bayonets: The Battle of Antietam and the Maryland Campaign of 1862. Baton Rouge: Louisiana State University Press, 1965. ISBN 0-8071-0990-8.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 39°28′24″N 77°44′41″W / 39.4732°N 77.7447°W / 39.4732; -77.7447