Pertempuran Balikpapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertempuran Balikpapan membabitkan tentera Australia yang menyerang Balikpapan di persisiran tenggara Borneo, yang bermula pada 1 Julai 1945. Terdapat sesetengah pihak yang menyifatkan bahawa ia merupakan pembaziran tenaga manusia Australia kerana perperangan hanya berlanjutan enam minggu selepas itu. Bagaimanapun perlu diingat bahawa tiada siapa yang tahu bahawa bom atom akan memendekkan perperangan sekurang-kurangnya 1 tahun.

Selama dua minggu sebelumnya pihak penyapu periuk api Berikat telah membersihkan sejumlah besar periuk api yang diletakkan di pelabuhan Balikpapan oleh kedua pihak. Satu konvoy sejumlah 100 buah kapal mendaratkan Brigade ke 18 dan ke 21 di selatan bandar Balikpapan.

Battalion ke 16 dan ke 27 merupakan pasukan pertama mendarat di Klandasan, di selatan pinggir Balikpapan. Kemaraan mereka berbeza dengan banyaknya: dengan Battalion ke 27 mara dengan laluan mudah sementara Battalion ke 16 menerima penentangan sengit.

Sehari selepas pasukan Australia mengambil alih Gunung Malang, lapangan terbang Sepinggang jatuh ketangan Battalion ke 14 tanpa penentangan. Brigade ke 25 menerima tentangan hebat dari tentera Jepun yang berkubu dibukit sekeliling.

Pada 4 Julai, walaupun ditentang hebat oleh pasukan Jepun yang bersembunyi di bukit sekeliling, pasukan Australia menawan lapangan terbang Manggar. Beberapa meriam tentera laut yang dimiliki musuh menyebabkan kerosakan besar kepada kereta kebal Australia, oleh itu pada malam itu peronda Australia menyerang dan merampas kedudukan meriam tersebut. Di Utara Brigade ke 25 sedang mara sepanjang Lebuh raya Milford berhadapan dengan tentangan sengit. Unit Australia mengalami banyak kerugian sepanjang 4 Julai dan 9 Julai.

Menjelang 21 Julai tentera Jepun telah berundur melalui perkampungan di Batuchampar, bertempur dengan gigih sepanjang masa. Apabila pihak musuh berundur kearah bukit pasukan Australian memutuskan untuk tidak ikut sama.

Perbatasan lain di operasi Balikpapan di buka di sebelah barat Teluk Balikpapan pada 5 Julai. Ia bertujuan untuk menghapuskan sebarang tentangan pihak Jepun yang mampu mengancam kapal-kapal yang memenuhi teluk tersebut. Tentangan sebenar tidak bermula sehingga 7 Julai, dan itupun separuh hati. Batalion ke 9 mara dengan mudah dengan hanya pertempuran sekali-sekala dengan musuh.