Pertempuran Itali (Perang Dunia Kedua)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Itali
Sebahagian daripada Kancah Mediterranean dan Timur Tengah dalam Perang Dunia Kedua

Tentera AS mendarat di Salerno pada tahun 1943.
Tarikh10 Julai 1943 – 2 Mei 1945
Lokasi
Keputusan Kemenangan Pihak Bersekutu
Keruntuhan Kerajaan Itali.
Pihak yang terlibat
United Kingdom United Kingdom
Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Perancis Bebas Perancis Bebas
Poland Poland
Kanada Kanada
 Kesatuan Afrika Selatan
Raj British Raj British
New Zealand New Zealand
Kerajaan Itali (1861–1946) Kerajaan Itali
 (dari 8 September 1943)
Brazil Brazil
Yunani Greece
Australia Australia
Czechoslovakia Czechoslovakia
Jerman Nazi Jerman Nazi
Kerajaan Itali (1861–1946) Kerajaan Itali
 (sehingga 8 September 1943)
Republik Sosial Itali Republik Sosial Itali
 (sehingga 25 April 1945)
Komandan dan pemimpin
Amerika Syarikat Dwight D. Eisenhower (sehingga Januari 1944)
United Kingdom Henry Maitland Wilson (Jan hingga Dis 1944)
United Kingdom Harold Alexander
 (dari Disember 1944)
Jerman Nazi Albert Kesselring
Jerman Nazi Heinrich von Vietinghoff #
Kerajaan Itali (1861–1946) Republik Sosial Itali Benito Mussolini 
Republik Sosial Itali Rodolfo Graziani #
Kerugian dan korban
Sicily: 22,000 mangsa
Semenanjung Itali: 114,000 mangsa; Komanwel British: 198,000 mangsa; Jumlah mangsa sekutu: 59,151 terbunuh, 30,849 hilang dan 230,000 cedera. Amerika: 119,279 mangsa; Brazil: 2,211 mangsa; British: 89,436 mangsa; Tentera Kolonial British: 448 mangsa; Kanada: 25,889 mangsa; Perancis: 27,625 mangsa; Greece: 452 mangsa; India, 19,373 mangsa; Itali: 4,729 mangsa; New Zealand; 8,668 mangsa; Poland: 11,217 mansa; Afrika Selatan: 4,100 mangsa
8,011 pesawat digunakna
Sicily: 165,000 mangsa(30,000 adalah orang Jerman)
Semenanjung Itali: 336,650 mangsa iaitu 46,800 terbunuh, 208,240 hilang dan 168,570 cedera.
~152,940 orang awam terkorban

Pertempuran Itali merupakan salah satu pertempuran terpenting dalam Perang Dunia Kedua dengan operasi Pihak Berikat di Itali yang bermula dari 1943 hingga penamat Perang Dunia Kedua di Eropah. Pertempuran ini merupakan operasi yang bertanggungjawab untuk semua Tentera Darat Bersekutu dalam penaklukan Mediterranean dan ia telah dirancang untuk penaklukan Sicily dan kempen di tanah besar Itali sehingga penyerahan kalah pasukan Jerman di Itali pada Mei 1945.

Pertempuran ini telah dianggarkan bahawa antara September 1943 dan April 1945, sebanyak 60,000 orang tentera Bersekutu dan 50,000 tentera Jerman terkorban di Itali. Pertempuran ini melibatkan banyak pasukan untuk menewaskan tentera Jerman dan Itali di Semenanjung Itali. Kerajaan Itali pada asalnya menyertai Jerman namun, kemuncak tentera Berikat menewaskan Jerman menyebabkan Kerajaan Itali menyertai Pihak Berikat semula sejak Perang Dunia Pertama.

Pada tahun 1943, Adolf Hitler memaksa Benito Mussolini untuk menubuhkan negara boneka dari Jerman Nazi supaya Jerman dapat menahan serangan tentera Berikat. Pada mulanya, Mussolini menolak tawaran Hitler, namun Hitler kecam Mussolini sehingga penubuhan Republik Sosial Itali pada 23 September tahun yang sama. RSI adalah negara boneka terakhir Nazi sebelum berakhirnya peperangan.

Negeri-negeri bebas seperti San Marino dan Vatican juga telah mengalami kerosokan akibat serangan Sekutu kerana kedua-dua wilayah tersebut adalah dikelilingi oleh Itali.