Pertempuran Karbala
|
||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||
Sebahagian daripada |
|---|
| Ahl al-Kisa |
| Empat Sahabat |
|
Salman Al-Farisi |
| Kepercayaan & Amalan |
|
Pewaris Muhammad |
| Pandangan |
| Sejarah |
|
Sejarah Syiah |
| Hari Suci |
|
Aidilfitri · Aidiladha |
| Cabang |
Pertempuran Karbala terjadi pada 10 Muharram, 61 H (10 Oktober, 680) di Karbala, di Iraq masa kini. Pertempuran ini berlaku antara penyokong Husain bin Ali dengan tentera Khalifah Yazid bin Muawiyah. Ketika itu ramai ahli keluarga Nabi Muhammad terbunuh kerana menjadi penyokong dan pengikut setia Husain bin Ali. Yazid bin Muawiyah atau Yazid I adalah dari Dinasti Umaiyah.
Seramai 72 orang, tua dan muda menyertai rombongan Hussein bin Ali ke Kufah dan kesemuanya terbunuh dalam satu pengepungan Ramai wanita dan kanak-kanak telah ditangkap. Tentera Khalifah Yazid pula seramai 30,000 orang di bawah pimpinan Umar bin Saad. Lebih 88 tentera Yazid terbunuh dalam pertempuran selama 3 hari itu.
Lokasi pertempuran ialah di sebuah gurun berhampiran Sungai Furat.
Husain bin Ali ialah cucu lelaki Nabi Muhammad s.a.w. Pertempuran ini dianggap oleh orang Syiah sebagai titik pemisah antara pengikut sebenar Allah dengan yang tidak. Pengikut Syiah menjadikan peristiwa ini untuk memburuk-burukkan Khalifah Yazid kerana Khalifah Yazid tidak menerima 'ahlul bait' sedangkan mereka adalah ahli keluarga Rasulullah. Pertempuran ini dianggap antara titik perpisahan antara Syiah dan Sunnah.
Orientalis Barat mengambil kesempatan dari ketidakpuashatian orang Syiah ini untuk memburuk-burukkan Khalifah Yazid sebagai kejam dan zalim. Kononnya Husain bin Ali telah disembelih oleh Yazid. Sedangkan ramai sejarawan sendiri mendapati Husain dibunuh oleh orang Syiah dari Kufah sendiri , bukan oleh tentera Khalifah Yazid.
Pertempuran ini dikenang setiap tahun oleh orang Islam Syiah dan sebahagian oleh orang Islam Sunnah. Hari tersebut dikenali sebagai Hari Asyura, iaitu pada hari ke-10 setiap bulan Muharam. Di Malaysia dan banyak tempat di dunia bubur asyura dimasak dan dijamu kepada orang ramai.
Isi kandungan |
[sunting] Latar belakang
Selepas Khalifah Usman Affan dibunuh dalam satu pemberontakan, Ali bin Abu Talib dilantik sebagai Khalifah. Tetapi dasar-dasar Ali tidak disenangi ramai pihak terutamanya oleh Muawiyah bin Abu Suffian (Muawiyah 1). Ekoran itu terjadi 3 pertempuran yang dikenali sebagai Perang Unta, Perang Siffin dan Pertempuran Nahrawan.
Puak Khawarij yang dianggap berkecuali, tidak menyokong Ali dan tidak menyokong Muawiyah telah mengambil keputusan membunuh Khalifah Ali dan Muawiyah sebagai jalan penyelesaian. Tetapi Muawiyah sempat melarikan diri dan terselamat. Akhirnya Muawiyah menjadi khalifah. Khalifah Muawiyah menjadi khalifah pertama dalam Dinasti Umaiyah.
Selepas itu, Hasan bin Ali mula mengumpul penyokong dan ketenteraan bagi menentang Muawiyah. Tetapi penyokongnya hanyalah dari kalangan ahli keluarga Rasulullah sahaja. Hasan setuju berdamai selepas perjanjian dengan Muawiyah, bahawa Hasan akan dilantik sebagai khalifah selepas kematian Muawiyah. Perjanjian ini dikenali sebagai Majlis Syura untuk melantik khalifah seterusnya.
Bagaimanapun Muawiyah cuba menaikkan anaknya Yazid sebagai khalifah seterusnya kerana lebih bijak, alim dan mempunyai ketokohan. Muawiyah mahu semua penyokongnya melantik Yazid selepas kematiannnya.
Sebaik sahaja Muawiyah meninggal dunia, majoriti orang Islam seperti Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair termasuk Hussein bin Ali menerima Yazid sebagai khalifah yang baru. (kalau ini benar, mengapa Hussein bin Ali dibunuh?)
[sunting] Lihat juga
[sunting] Rujukan
- Kennedy, Hugh -- The Armies of the Caliphs: Military and Society in the Early Islamic State, Routledge, 2001
[sunting] Pautan luar
[sunting] Pautan Shi'a
- Islam and Karbala
- Ashura.com
- More history on the battle of Karbala
- Who killed Imam Hussain
- http://www.imamalinet.net/vigenam/moharam1422/en/e2.htm
- http://www.islam.tc/ask-imam/view.php?q=8134
- http://www.ummah.net/Al_adaab/ahlibayt/shahadat_hussain.html
- http://www.geocities.com/~abdulwahid/ahlibayt/history_ofkarbala.html