Pertempuran Kepulauan Aegates

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pertempuran Kepulauan Aegates
Pertempuran sebelum Pertempuran Drepana
Pertempuran selepas (tiada)
Pertikaian Perang Punik Pertama
Tarikh 10 Mac 241 SM
Tempat Di tengah laut Sicily barat
Keputusan Kemenangan Rom;
akhir Perang Punik Pertama
Pejuang
Republik Rom Carthage
Komander
Gaius Lutatius Catulus Hanno Agung
Kekuatan
k.k. 200 kapal k.k. 250 kapal
Mangsa
30 kapal tenggelam 50 kapal tenggelam
70 kapal ditawan

Pertempuran Kepulauan Aegates atau Aegusa (persisiran pantai barat Sicily, 10 Mac 241 SM) merupakan pertempuran laut terakhir antara angkatan Carthage dan Republik Rom, semasa Perang Punik Pertama. Keputusannya adalah kemenangan mutlak Rom yang mengakhiri pertelingkahan tersebut.


Sebelumnya[sunting | sunting sumber]

Beberapa tahun sebelum pertempuran kepulauan Aegates adalah perkembangan senyap Perang Punic Pertama. Rom kekurangan angkatan kapal-- apa yang ada pada permulaan perang telah dimusnahkan dalam pertempuran Drepana dan dalam ribut selepasnya-- bagaimanapun Carthage tidak menggunakan peluang yang ada. Perang tergantung, tertumpu pada operasi darat skala kecil di Sicily. Bagaimanapun, general Carthage Hamilcar Barca dengan perlahan mengukuhkan kedudukan di pulau tersebut dan kemungkinannya disebabkan oleh ini, pada tahun 242 BC Rom memutuskan membina satu angkatan pengganti dan mengambil kembali keunggulan tentera laut.

Walaupun dengan keputusan tersebut selepas 20 tahun berperang, kewangan Repablik dalam keadaan merudum dengan perbendaharaan negara kosong. Pergerakan mashyur dibentuk untuk menyelesaikan masalah ini menurut cara Rom, rakyat yang kaya, samaada bersendirian atau secara berpakat memutuskan untuk menunjukkan semangat patriotik dan membiayai pembinaan satu kapal setiap satu. Hasilnya satu angkatan 200 kapal quinquereme, dibina, dilengkapkan, dan kendalikan tanpa perbelanjaan awam.

Angkatan baru ini bersedia pada tahun 241 BC dan diserahkan kepada konsul Gaius Lutatius Catulus, dibantu oleh praetor Quintus Valerius Falto. Kesemua nasib malang dialami masa lalu dijadikan pengalaman. Semua kapal adalah lebih tahan cuaca , kerana senjata corvus telah ditinggalkan. Catulus dan Falto juga cuba melatih anak kapal dalam pergerakan dan latihan sebelum meninggalkan perairan selamat dan keputusannya adalah angkatan yang berada pada keadaan kemuncak persediaan.

Sementara itu, di Carthage, berita mengenai aktiviti musuh idak dibenarkan berlalu tanpa balas. Angkatan baru Carthaginian juga dibina berjumlah 250 kapal perang, kemungkinannya tidak cukup kaki tangan, dan dilancarkan di Mediterranean di bawah pemerintahan komandor Hanno (general yang dikalahkan di Agrigentum dan Ecnomus).

Kepulauan Aegates[sunting | sunting sumber]

Pergerakan Catulus pertama adalah menghadang Lilybaeum sekali lagi, dengan menyekat pelabuhannya dan hubungan ke Carthage.Tujuannya adalah untuk memutuskan bekalan makanan dan komunikasi Hamilcar Barca. Angkatan Carthaginian sampai untuk menyelamatkan Lilybaeum tidak lama kemudian. Hanno memutuskan untuk berhenti berhampiran Kepulauan Aegates, Lilybaeum menunggukan arah angin yang sesuai untuk membawanya do Lilybaeum. Bagaimanapun angkatan ini ditemui oleh Peninjau Rom dan Catulus menamatkan penghadangannya ( seige ) untuk bersemuka dengan musuh.

Pada pagi 10 March, angin bertiup mambantu Carthaginian dan Hanno immediately made sail. Catulus then measured the risk of attacking with the wind in his prow versus the risk of letting Hanno reach Sicily and relieve Hamilcar Barca and Lilybaeum. Despite the unfavourable conditions, the consul decided to intercept the Carthaginians and ordered battle formation. Perhaps due to the carried provisions and their extra weight, or to the inexperience of hurriedly levied crews, Hanno did not take advantage of the favourable wind and lost the battle that followed. More than half of the Carthaginian fleet was captured or sunk, the rest escaped when the wind changed.

Berakhirnya Perang Punic Pertama[sunting | sunting sumber]

Selepas menang, Catulus memperbarui pengepungan dan menakluk Lilybaeum, menyingkirkan Barca dan tenteranya di Sicily, yang bertaburan antara beberapa tempat pertahanan yang masih dikuasai oleh Carthage. Tanpa sumber untuk membina angkatan laut yang lain dan ketiadaan cara untuk membekalkan tentera daratnya, Carthage mengaku kalah dan menandatangani perjanjian perdamaian dengan Rom, menamatkan Perang Punic Pertama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]