Pertempuran Kepulauan Paracel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pertempuran Hoang Sa (Vietnam)
Pertempuran Xisha (China:中越西沙海战)
Pertempuran Kepulauan Paracel
HoangSa3.PNG
Tarikh 19 Januari, 1974
Lokasi Kepulauan Paracel
Hasil
  • Kemenangan China
  • China mendapat kawalan ke atas Kepulauan Paracel dan perairan sekitarnya
  • Pertikaian di antara China dan Vietnam berlanjutan
Yang berperang
Naval Ensign of the People's Republic of China.svg Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat Flag of South Vietnam Navy.png Tentera Laut Republik Vietnam
Komander dan pemimpin
Tidak diketahui Kolonel (Kepten Tentera Laut) Hà Văn Ngạc
Kekuatan
4x korvet
2x pengejar kapal selam Kelas Hainan
batalion marin
jumlah militia yang tidak diketahui
3x frigat
1x korvet
platun komando
pasukan pemusnah
platun militia
Kerugian
4x korvet rosak.
18 orang terbunuh
1x korvet karam
1x frigat rosak teruk
2x frigat rosak kecil
53 orang terbunuh
16 orang cedera
48 orang ditawan

Pertempuran Kepulauan Paracel meruakan satu pertempuran yang berlaku di antara pasukan tentera laut dari Republik Rakyat China dan Republik Vietnam (Vietnam Selatan) di Kepulauan Paracel pada 19 Januari, 1974. Pertempuran berlaku apabila China menduduki pulau-pulau yang sebelumnya dituntut oleh Vietnam.

Latar belakang sejarah[sunting | sunting sumber]

Kepulauan Paracel yang kecil dan tidak berpenghuni, dikenali sebagai Quan Dao Hoang Sa (Quần Đảo Hoàng Sa) di dalam bahasa Vietnam (Kepulauan Hoang Sa) dan Xisha Qundao (西沙群島) di dalam bahasa China (Kepulauan Xisha), terletak di Laut China Selatan kira-kira 200 batu daripada pantai tanah besar Asia terdekat. Ekoran tiadanya penduduk asli, pemilikan kepulauan ini kerap menjadi pertikaian sejak awal kurun ke-20.

Selepas era pemerintahan penjajahan Perancis (sekitar 1887-1954), perjanjian Geneva 1954 telah memberi kawalan pentadbiran kepulauan ini kepada Republik Vietnam yang baru di selatan. Penyusunan ini disediakan, diperhati, dan ditandatangani oleh sejumlah negara, termasuk Republik Rakyat China,[1] walaubagaimanapun negara ini telah menyuarakan tuntutan lama ke atas kepulauan ini.

Di sebalik pengistiharan pertikaian yang masih berlangsung, kerajaan Vietnam Selatan terus mengekalkan penempatan pusat pemerhatian cuaca kecil di Pulau Pattle, pulau terbesar di dalam gugusan ini. Tiada tindakan dilakukan oleh Tentera Pembebasan Rakyat bagi memindahkan kehadiran ini. Menjelang tahun 1973, selepas Perjanjian Damai Paris, Amerika Syarikat dengan ketara mengurangkan dan akhirnya memotong bantuan ketenteraan kepada sekutunya. Akibatnya, kehadiran Tentera Laut Vietnam Selatan di Kepulauan Paracel dikurangkan menjadi satu platun tentera.

Pada 16 Januari, enam pegawai Tentera Darat Vietnam Selatan dan seorang pemerhati Amerika dihantar ke Kepulauan Paracel dalam satu tugas pemeriksaan. Mereka menjumpai dua orang "nelayan pukat tunda berperisai" berada di Pulau Drummond membantu pasukan Tentera Pembebasan Rakyat yang menduduki pulau ini. Tambahan lagi, tentera China didapati berada di sekitar kubu berdekatan Pulau Duncan, bersama sebuah kapal pendaratan yang berlabuh terus di pantai dan tambahan dua buah bot bersenjata peluru berpandu Kelas Kronstad di dalam jarak penglihatan pulau ini. Penemuan ini dilaporkan kepada ibupejabat wilayah di Da Nang dan serta merta kepada Saigon. Kerajaan Republik Vietnam memutuskan untuk cuba mengusir pasukan tentera Pembebasan Rakyat.[2][3]

Pada Januari, 1974, kapal tentera laut Vietnam Selatan dihantar bagi bersemuka dengan armada Angkatan Laut Pembebasan Rakyat.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^  Security Implications of Conflict in the South China Sea: Exploring Potential Triggers of Conflict A Pacific Forum CSIS Special Report, của Ralph A. Cossa, Washington, D.C. Center for Strategic and International Studies, 1998, trang B-2
  2. ^  Nhân Dân No. 1653, 22 September 1958 [1]
  3. ^  Dyadic Militarized Interstate Disputes Data (DyMID), version 2.0 tabulations
  4. ^  Hải Chiến Hoàng Sa, Bão biển Đệ Nhị Hải Sư, Australia, 1989, page 101
  5. ^  DyMID
  6. ^  This warship is formerly USCGC Chincoteague (WHEC-375), and was transferred to South Vietnam and renamed RVNS Tran Binh Trong (HQ-5). It was later transferred to the Philippines and renamed RPS Andres Bonifacto (PF-7) in 1975 when South Vietnam fell.
  7. ^  This warship is formerly USS Bering Strait (AVP-34), and was transferred to South Vietnam and renamed RVNS Ly Thuong Kiet (HQ-16). It was later transferred to the Philippines and renamed RPS Diego Silang (PF-9) in 1975 when South Vietnam fell.
  8. ^  This warship is formerly USS Forster (DE-334), loaned to South Vietnam on 25 September 1971 and renamed Tran Khanh Du (HQ-4). Captured by North Vietnamese after the fall of Saigon and was renamed Dai Ky (HQ-03).
  9. ^  This warship is formerly USS Serene (AM-300), and was transferred to South Vietnam 24 January 1964. It was re-designated as RVNS Nhut Tao (Nhật Tảo).
  10. ^  Counterpart, A South Vietnamese Naval Officer's War Kiem Do and Julie Kane, Naval Institute, Press, Annapolis, Maryland, 1998, chương 10.
  11. ^  Thế Giới Lên Án Trung Cộng Xâm Lăng Hoàng Sa Của VNCH. Tài liệu Tổng cục Chiến tranh Chính trị, Bộ Tổng tham mưu QLVNCH, Sài Gòn, 1974, trang 11.
  12. ^  西沙海战――痛击南越海军, Xinhua, 20 January 2003, online
  13. 西沙海战详解[图], online.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Robert B. Asprey, War in the Shadows, IUniverse, 2002. ISBN 0595225942. Retrieved on 4-23-2009.
  2. Thomas J. Cutler, The Battle for the Paracel Islands, Naval Institute Press, Annapolis, MD. Retrieved on 4-24-2009.
  3. Monique Chemillier-Gendreau, Sovereignty Over the Paracel and Spratly Islands, p.3, Martinus Nijhoff Publishers, 2000. ISBN 9041113819. Retrieved on 4-24-2009.
  • New York Times, "Saigon Reports Clash with China". 1/19/74.
  • New York Times, "Saigon Says China Bombs 3 Isles and Lands Troops". 1/20/74.
  • New York Times, "Saigon Says Chinese Control Islands, But Refuses to Admit Complete Defeat". 1/21/74.
  • New York Times, "U.S. Cautioned 7th Fleet to Shun Paracels Clash". 1/22/74.
  • New York Times, "23 Vietnamese Survivors of Sea Battle Are Found". 1/23/74.
  • New York Times, "Peking Reports Holding U.S. Aide". 1/26/74.
  • New York Times, "American Captured on Disputed Island is Freed by China". 1/31/74.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]