Pertempuran Penting Perang Vietnam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Beberapa Pertempuran Penting Perang Vietnam memberikan kesan dan impak kepada cara perlaksanaan dan dasar menjalankan peperangan di Vietnam.

1961[sunting | sunting sumber]

Ops Chopper

Helikopter CH21B Shawnee

Dilancarkan pada 12 Januari 1962, Ops Chopper adalah operasi yang signifikan kerana operasi ini buat pertama kalinya melibatkan penggunaan helikopter Tentera Darat Amerika di medan Vietnam. Dalam Ops Chopper ini, 1,000 orang askar payung terjun Tentera Vietnam Selatan diangkut menggunakan helikopter CH-21 Shawnee untuk menyerbu sebuah sasaran dipercayai ibu pejabat Viet Cong kira-kira 16 kilometer dari Saigon. Helikopter yang digunakan adalah sebahagian daripada hantaran 82 buah helikopter CH-21 Shawnee yang sampai 12 hari sebelum tarikh pelancaran Ops Chopper.

Kumpulan Viet Cong terkejut dengan serangan yang dibuat dan dikalahkan dengan teruk. Tetapi Viet Cong mendapat pengajaran yang kemudiannya digunakan dengan berkesan menentang askar Amerika. Askar Payung Terjun Vietnam dapat menawan pemancar radio sulit yang dicari-cari sekian lama. Ops Chopper membuka lembaran baru pergerakan tentera dengan udara, kerana sebelum itu helikopter hanya digunakan sebagai pengangkut askar yang cedera. Amerika membuat kajian penggunaan helikopter sebagai cara pengangkutan memasuki medan tempur, dan dalam tahun 1952 telah menubuhkan 12 batalion helikopter untuk mengkaji konsep ini.

1962[sunting | sunting sumber]

Ops Ranchhand

1963[sunting | sunting sumber]

Pertempuran di Ap Bac[sunting | sunting sumber]

Ap Bac : CH-21 dan Huey terhempas di sawah padi

Pada 2 Januari, 1963 pertempuran besar-besaran yang pertama berlaku di Ap Bac di antara pasukan ARVN (Tentera darat Republik Vietnam) seramai 1,400 orang anggota dan pasukan Komunis Vietnam Selatan seramai 350 orang. Tentera ARVN mengalami kekalahan teruk dan mengalami 83 anggota terkorban dan 108 orang lain cedera sementara pihak tentera Komunis berjaya melepaskan diri dengan hanya 18 orang anggota terkorban.

Pertempuran Ap Bac dalam tahun 1963 menunjukkan peningkatan insurgensi di Vietnam Selatan kesan daripada perolehan anggota, senjata dan bekalan daripada Vietnam Utara. Pemberontakan kini dibuat secara terang-terangan. Presiden Ngo Dinh Diem kian dibenci oleh rakyat kerana kerajaannya menganjurkan nepotisme dan korupsi. Kerajaan Presiden Ngo Dinh Diem juga berat sebelah kepada minoriti beragama Kristian dengan membelakangkan kumpulan majoriti yang beragama Buddha. Kerajaan Amerika Syarikat mulai yakin bahawa Presiden Diem tidak akan berupaya menewaskan Vietnam Utara. Bahkan Amerika Syarikat mengesyaki Presiden Ngo Dinh Diem akan membuat perjanjian dengan Vietnam Utara.

1964[sunting | sunting sumber]

Insiden Teluk Tonkin

Gambar Foto diambil Dari USS Maddox Semasa Serangan oleh 3 Buah bot Penyerang Torpedo Vietnam Utara

Dalam insiden ini Presiden Johnson mendakwa kapal pemusnah USS Maddox dan USS C. Turner Joy dari Pasukan Petugas Tentera Laut Amerika telah diserang oleh bot penyerang pembawa torpedo milik Vietnam Utara. Sebelum itu, tidak ada sengketa secara berdepan di antara Amerika Syarikat dan Vietnam Utara. Kesahihan dakwaan serangan ini menjadi bahan perdebatan sehingga kini. (Laporan yang disebarkan oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (National Security Agency) dalam tahun 2005 menunjukkan tidak ada serangan dibuat pada 4 Ogos 1964 seperti yang didakwa Johnson)

1965[sunting | sunting sumber]

Pertempuran Lembah Ia Drang

Leftenan Kolonel Hal Moore Selepas Pertempuran Ia Drang

Tetapi kuasa tembak yang ditunjukkan oleh pasukan Amerika semasa Pertempuran Lembah Ia Drang (lihat filem “We Were Soldiers”) menyebabkan PAVN mengalami kerugian besar. Selepas itu PAVN tidak lagi mencabar tentera Amerika dalam peperangan konvesional di mana tentera Amerika dapat menggunakan taktik perang dan kuasa tembak mereka yang jauh lebih baik daripada apa yang boleh digunakan oleh PAVN di Vietnam Selatan.

Pertempuran di Lembah Ia Drang melibatkan Divisyen Kavalri Udara memaparkan pertama kalinya pertemuan di antara formasi tentera Amerika dengan unit pasukan regular PAVN. Batalion Pertama, Rejimen ke-7 Kavalri (Bn 1/7) di bawah pimpinan Lt. Kolonel Hal Moore menggunakan pergerakan dengan helikopter, bantuan pengeboman dari udara dan bantuan tembakan artileri medan dengan berkesan untuk menyerang dan menewaskan Rejimen ke-33, ke-66 dan ke-320 PAVN. [7] Selepas 3 hari bertempur, Bn 1/7 Kavalri mengalami 79 anggota terbunuh dan 121 cedera, tetapi berjaya memaksa Divisyen PAVN tersebut berundur kerana mengalami jumlah korban yang terlalu tinggi.

PAVN mempelajari bahawa kuasa tembakan artileri Amerika boleh diatasi dengan membuat tempur berhampiran kedudukan tentera Amerika supaya mereka tidak dapat memanggil bantuan artileri kerana mungkin terkena kedudukan sendiri. Keberkesanan taktik ini dilihat pada keesokan harinya apabila PAVN menggunakan taktik untuk membuat serang hendap menewaskan Bn 2/7 Kavalri di LZ Albany, dan pada 17 November 1965. Dalam pertempuran itu, tentera Amerika mengalami 155 terbunuh and 126 cedera, jumlah paling ramai terbunuh dalam sesuatu hari di sepanjang Perang Vietnam.

Pertempuran di Lembah Ia Drang penting kerana memberikan manfaat pengajaran kepada PAVN; walaupun mengalami jumlah korban yang tinggi, mereka mempelajari cara mana mengatasi kelebihan kuasa tembakan yang ada di tangan pasukan tentera Amerika. Lt. Kolonel Hal Moore sendiri berpendapat bahawa pertempuran itu berkeputusan seri. Selepas Pertempuran di Lembah Ia Drang, PAVN tidak lagi mencabar pasukan Amerika dalam pertempuran terbuka.

Ops Rolling Thunder

Rolling Thunder adalah siri misi pengeboman yang berterusan ke atas sasaran-sasaran di Vietnam Utara, dan dilaksanakan oleh unit-unit Tentera Udara Amerika dan Tentera Laut Amerika. Tujuan misi pengeboman ini adalah untuk (a) mematahkan semangat juang rakyat Vietnam Utara, (b) memusnahkan pusat-pusat industri di Vietnam Utara, (c) memusnahkan sistem pertahanan udara Vietnam utara, khususnya sistem misil darat ke udara di sekitar Hanoi, dan (d) untuk menyekat pergerakan anggota dan bekalan di Laluan Ho Chi Minh.

Tetapi Pentadbiran Johnson menghadkan kawasan operasi pesawat pengebom yang ditugaskan. Umpamanya, Pelabuhan Haiphong dan kawasan sempadan China tidak dibenarkan diserang, walaupun kawasan tersebut merupakan pintu masuk bekalan ketenteraan ke Vietnam. Kawasan tertentu seperti Dewan Perwakilan di Hanoi juga tidak dibenarkan diserang. Kawasan Awam juga dikecualikan daripada serangan. Vietnam Utara menggunakan kesempatan menempatkan bekalan tentera di kawasan awam dan kawasan yang dikenalpasti tidak boleh diserang oleh Tentera Udara Amerika untuk dijadikan tempat simpanan bekalan dan tempat penempatan kelengkapan tentera. Umpamanya, meriam anti kapal terbang diletakkan di kawasan sekolah kerana tidak mungkin diserang oleh Tentera Udara Amerika.

Kehebatan serangan ditingkatkan hanya secara beransur-ansur, tetapi pada kecepatan yang terlalu lembab sehingga membolehkan Vietnam Utara menyesuaikan diri dan taktik peperangan mereka sejajar dengan peningkatan misi pengeboman.

Pada 31 Mac, 1968 selepas Serangan Tet, Rolling Thunder dihadkan kawasan serangannya untuk menggalakkan Vietnam Utara mengadakan perundingan damai. Misi pengeboman digantung sepenuhnya pada 31 Oktober 1968 sejurus sebelum Pemilihan Presiden Amerika Syarikat 1968.

1966[sunting | sunting sumber]

Pertempuran Long Tan

1968[sunting | sunting sumber]

Pengepungan Khe Sanh

Pergerakan PAVN dibolehkan kerana pergerakan bebas kumpulan perbekalan di sepanjang Laluan Ho Chi Minh. Khe Sanh pada mulanya diasaskan dalam tahun 1962 oleh satu kumpulan Green Beret dalam bulan Julai 1962. Dalam tahun 1964, pasukan Marin mula menghantar unit-unit ke Khe Sanh dan menjalankan operasi di kawasan sekitar. Dalam bulan Oktober 1964, kumpulan Striker (orang asli Montagnard yang diupah oleh Green Beret) mengesahkan pergerakan tentera PAVN di Laluan Ho Chi Minh, bukti kukuh pertama bahawa Vietnam Utara menyusup anggota ke Vietnam Selatan melalui Laluan Ho Chi Minh.

Dalam bulan September 1966, Pasukan Marin mengambil alih sepenuhnya pengkalan tempur Khe Sanh, dengan dilengkapkan dengan landasan terbang membolehkan pesawat pengangkut mendarat. Pengkalan tempur di Khe Sanh boleh mengancam Laluan Ho Chi Minh. Pengukuhan pengkalan Khe Sanh adalah untuk menarik PAVN menyerang pengkalan tersebut, membolehkan tentera Amerika menggunakan kesemua sumber perang untuk menewaskan PAVN. Pengkalan itu juga digunakan sebagai tempat pelancaran serangan ke atas Laluan Ho Chi Minh. Laluan ho Chi Minh juga dipasangkan dengan pengimbas elektronik yang membolehkan Amerika mengesan pergerakan di sepanjang Laluan Ho Chi Minh.

Pada kepimpinan Vietnam Utara, Khe Sanh adalah satu ancaman yang perlu diketepikan. Mereka melihat kebarangkalian untuk mengulangi kejayaan mereka di Dien Bien Phu semasa Perang Indochina Pertama untuk mengalahkan dengan teruk tentera Amerika. Selama beberapa bulan, pasukan Marin dan PAVN mengatur unit-unit mereka di sekitar Khe Sanh. Pada 21 Januari 1968, PAVN memulakan serangan besarnya yang pertama. Serangan demi serangan PAVN dapat dipatahkan dengan PAVN mengalami kerugian besar. PAVN juga diserang dengan hujan bom daripada pesawat pengebom B-52, bantuan udara terdekat oleh jet penyerang dan juga oleh bedilan artileri . Apabila Pengepungan Khe Sanh tamat dalam April 1968, 8,000 anggita PAVN terbunuh dan ramai yang lain cedera. Khe Sanh masih kukuh dan PAVN tidak dapat memutuskan perbekalan senjata dan bekalan ke Khe Sanh. Pengepungan Khe Sanh tamat apabila Divisyen Kavalri Udara melancarkan Ops Pegasus.

Berbeza dengan Dien Bien Phu, Amerika berupaya meneruskan pembekalan Khe Sanh kerana boleh menggunakan banyak pengangkut seperti C-119 Flying Boxcar, C-123 Provider, C-7 Caribou dan pesawat C-130 Hercules. Amerika juga mempunyai bilangan helikopter yang banyak dari jenis CH-47 Chinook dan helikopter UH-1 Huey. Pengepungan Khe Sanh memaksa AVN mengalihkan sumber daripada Serangan Tet dan mengurangkan kesan serangan tersebut.

Serangan Tet

Pada pengakhir tahun 1967, Jeneral Westmoreland yakin bahawa “dalam masa 2 tahun ataupun kurang, tentera Amerika tidak lagi akan diperlukan untuk Perang Vietnam” kerana tugas tersebut diserahkan secara beransur-ansur kepada tentera ARVN.

Menjelang 15 Disember 1967, pemerintah pasukan tentera Amerika di Saigon menyerahkan tanggungjawab pertahanan Saigon kepada pasukan ARVN. Tindakan ini adalah sebagai tanda keyakinan Amerika kepada kesediaan ARVN memikul tanggungjawab mempertahankan ibu negara tersebut. Tugas menjaga keselamatan Saigon. Keselamatan Saigon adalah tanggungjawab Kumpulan ke-5 Ranger ARVN dengan dibantu oleh Bn 2/13 Rejimen Artileri Tentera Amerika. Di luar kawasan Saigon, Pasukan Medan II Amerika mempunyai 39 batalion tempur yang sedang bersedia untuk menjalankan operasi tentera dekat dengan sempadan Kemboja.

Apabila menjelang hari Tet, hanya 14 batalion tentera berada di sekitar 29 batu sekeliling Saigon. Leftenan Jeneral Fredrick C. Weyand, tidak sedap hati melihat keadaan ini. Beliau nampak ada peningkatan trafik radio musuh di Saigon, sedangkan pertembungan dengan pasukan musuh berkurangan. Pada 10 Januari 1968, Weyand mendapat kebenaran untuk membawa masuk 13 batalion tempurnya ke Saigon.

Setelah diberitahu oleh pimpinan Tentera Amerika akan peningkatan keadaan keselamatan di Vietnam, rakyat Amerika amat terkejut apabila Viet Cong dan PAVN melanggar gencatan senjata pada perayaan Tết Nguyên Ðán tahun tersebut untuk melancarkan serangan di seluruh pelosok Vietnam Selatan menggunakan kumpulan-kumpulan tentera yang lengkap bersenjata.

35 buah bandar termasuk 13 ibu kota wilayah dirampas oleh anasir Viet Cong. Serangan Tet bertujuan merampas pejabat-pejabat penting kerajaan Vietnam Selatan untuk melumpuhkan kerajaan tersebut dan membolehkan Viet Cong menghasut rakyat ramai untuk memberontak menggulingkan kerajaan. Pemberontak beramai-ramai tidak berlaku. Sebaliknya, Serangan Tet menyebabkan pihak-pihak yang sebelum itu tidak memperdulikan politik berjuang di pihak kerajaan Vietnam Selatan.

Serangan-serangan dapat dipatahkan dengan cepat, kecuali di Saigon di mana pertempuran berlanjutan selama 3 hari dan di Hue di mana pertempuran berlanjutan sehingga sebulan lamanya. Semasa pendudukan Komunis ke atas bandar Hue, 2,800 orang dibunuh dengan kejam. Serangan ini mengakibatkan bilangan korban yang tinggi di kalangan pejuang Viet Cong dan PAVN. Ramai agen Viet Cong yang sebelumnya seperti orang awam yang enggan terlibat dalam aktiviti anti kerajaan menunjuk belang semasa serangan ini dan dihapuskan oleh askar-askar kerajaan.

1971[sunting | sunting sumber]

Ops Lam Son 719

  • Battle of An Lao
  • Operation Attleboro
  • Battle of Ba Gia
  • Battle of Ban Dong
  • Battle for Buon Ma Thuot
  • Battle of A Shau Valley
  • Battle of Phuoc Long
  • Battle of Binh Gia
  • Cambodian Incursion
  • Battle of Chan La
  • Operation Chenla I
  • Operation Chenla II
  • Operation Chopper
  • Operation Commando Hunt
  • Battle of Dak To
  • Buddhist Uprising
  • Operation Deckhouse Five
  • Operation Dewey Canyon
  • Battle of Dien Bien Phu
  • Battle of Dong Xoai
  • Eastertide Offensive
  • Operation Flaming Dart
  • Operation Frequent Wind
  • Battle of Go Cong
  • Gulf of Tonkin Incident
  • Battle of Hamburger Hill
  • Operation Hastings
  • Battle of Hill 723
  • Ho Chi Minh Campaign
  • Operation Hong Kil Dong
  • I Field Force, Vietnam
  • II Field Force, Vietnam
  • Battle of Ia Drang
  • Operation Igloo White
  • Battle of the Iron Triangle
  • Operation Ivory Coast
  • Operation Jefferson Glenn
  • Operation Junction City
  • Battle of Kampot
  • Battle of Khe Sanh
  • Battle of Kompong Speu
  • Operation Lam Son 719
  • Battle of Lang Vei
  • Operation Lea
  • Battle of Lima Site 85
  • Operation Linebacker
  • Operation Linebacker II
  • Battle of Long Tan
  • Operations Malheur I and Malheur II
  • Battle of Mao Khe
  • Operation Market Time
  • Operation Menu
  • Battle of Ong Thanh
  • Tri Thap Campaign
  • Operation Pegasus (1968)
  • Operation Prek Ta
  • Battle of Prey Veng
  • Operation Quyet Thang 202
  • Operation Ranch Hand
  • FSB Ripcord
  • Operation Rolling Thunder
  • Operation Sea Dragon
  • Operation Sealords
  • Battle of Song Be
  • Operation Starlite
  • Operation Swift
  • Operation Tailwind
  • Tết Offensive
  • Operation Union
  • Operation Union II
  • Battle of Vinh Yen
  • Vung Ro Bay Incident
  • Operation Masher/White Wing
  • Battle of Xuan Loc

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

[1]