Pertolongan cemas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Simbol pertolongan cemas

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.

Teknik[sunting | sunting sumber]

Sebelum memberi bantuan kecemasan, pastikan keselamatan anda juga terjamin dengan menimbang bahaya akibat dari kemalangan tersebut dengan mengetahui punca kecederaan mangsa, Seperti terkena renjatan elektrik dan lain-lain.

Pastikan anda tidak terus menyentuh mangsa, sebaliknya peka dan bertindak pantas menurut keperluan. Sekiranya mangsa terkena rencatan elektrik maka pastikan kadar bahaya elektrik yang mangsa hadapi. Sekiranya 240 Volt ke bawah gunakan penebat untuk meleraikan mangsa dari punca rencatan elektrik, seperti baju, tali pinggang dan lain lagi.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Untuk menyelamatkan nyawa: Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa.
  • Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.
  • Mendapat bantuan perubatan: Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.
  • Balutan: Adalah wajib untuk membalut luka, yang mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti doktor, supaya menghentikan pendarahan dan memastikan luka itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak. Pembalut mestilah di antikumankan, di simpan dalam bekas yang ketat dari udara. Ia sewajarnya dibuat dari kain putih, suci dari kekotoran. Tangan harus dibasuh dan dibersihkan sebelum menyentuh luka. Gunakan balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya. Tangani balutan hanya dari sisinya. Tambah pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut.