Pertubuhan IKRAM Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Ibu pejabatNo. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan,
 Malaysia
Penubuhan
Identiti
FokusHal Ehwal Islam
BidangDakwah, Kebajikan, Tarbiah[1][Nota 1]
MotoUkhuwah Teras Kegemilangan
Laman sesawangwww.ikram.org.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ialah sebuah pertubuhan Islam bukan kerajaan Malaysia. Ditubuhkan pada 22 Oktober 2009, IKRAM ialah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. Ia berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

IKRAM diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 22 Oktober 2009, dan dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 5,500 orang pendokongnya di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC), The Mines Resort, Seri Kembangan, Selangor, pada 20 Jun 2010.[2] Pertubuhan ini merupakan penggemblengan tenaga-tenaga yang sebelum ini aktif di dalam beberapa buah organisasi seperti Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)[1], Musleh, Aqsa Syarif[3], Medical Interest Group (MIG), Majlis Syura Muslimun (MSM) UK dan Ireland[4] (kini dikenali IKRAM UKE), dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS).[5]

Presiden & Timbalan Presiden IKRAM[sunting | sunting sumber]

Presiden Mula Khidmat Tamat Khidmat Timbalan Presiden Mula Khidmat Tamat Khidmat
Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad 2009 2022 Dr Mohamed Hatta Shaharom 2009 2014
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus 2014 2015
Haji Zaid bin Kamaruddin 2015 2018
Hj Badlishah Sham Baharin 2018 2022
Hj Badlishah Sham Baharin 2022 Kini Prof. Dato’ Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan 2022 Kini

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Matlamat IKRAM ialah:

  1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak
  3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
  4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
  5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
  6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Institusi berkaitan Pertubuhan IKRAM Malaysia

  1. Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE): Aktiviti bantuan kemanusiaan yang mempunyai agensi-agensi seperti Aqsa Syarif (Palestin http://www.aqsasyarif.org.my), i4Syria, Salam Iraq, Rose2Rose, Nusantara Centre of Excellence (NICE) dan Palestine Centre of Excellence (PACE).
  2. IKRAMTeens - Aktviti pembangunan remaja
  3. IKRAM Junior - Aktiviti pembangunan kanak-kanak
  4. i-Bantu - Aktiviti khidmat masyarakat
  5. KIMB - Koperasi Islah Malaysia Berhad http://www.kimb.com.my/
  6. Persatuan Belia Harmoni Malaysia - Aktviti mahasiswa http://www.beliaharmoni.org.my
  7. IKRAM MUSLEH - Pendidikan melalui rangkaian sekolah Islam
  8. IKRAM Health - Aktiviti kesihatan dan perubatan
  9. Hidayah Centre - Aktiviti dakwah non-Muslim

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Menurut Undang-undang tubuh Pertubuhan IKRAM Malaysia, IKRAM adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran Islam."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "JIM dibubar setelah 22 tahun terlibat dakwah". Harakah Daily. 2 Januari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-04. Dicapai pada 2 Januari 2013.
  2. ^ Hari bersejarah Pertubuhan IKRAM Malaysia, Berita. IKRAM. Diambil pada 15 Januari 2011.
  3. ^ Kenali Kami, "...menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia.", Aqsa Syarif. Diambil pada 17 Januari 2011.
  4. ^ Pelancaran IKRAM, IKRAM UKE. Diambil pada 17 Januari 2011.
  5. ^ AUSIS Menyertai IKRAM, AUSIS. Diambil pada 17 Januari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]