Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo parti PKMS.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura atau PKMS adalah sebuah parti politik di Singapura.

Parti ini pada asalnya merupakan cabang kepada parti UMNO dari Malaysia, tetapi berpecah daripada UMNO apabila Singapura merdeka pada 1965. PKMS mengambil bahagian dalam setiap pilihanraya umum dari 1968 hingga 1991 tetapi gagal untuk memenangi sebarang kerusi. PKMS tidak mengambil bahagian pada pilihanraya umum tahun 1997. Sejak tahun 2001, PKMS merupakan anggota Perikatan Demokratik Singapura, sebuah parti politik yang terdiri daripada gabungan parti-parti bukan pemerintah di Singapura.

Parti PKMS telah mengadakan Mesyuarat Agung (AGM) pada 8hb Ogos 2010. Pemangku Presiden parti PKMS kini ialah Encik Abu Bin Mohamed, manakala Setiausaha Agung parti PKMS ialah Encik Muhd Azhar Kaharudin.

PKMS merupakan antara parti politik yang tertua di Singapura namun penerimaan masyarakat Melayu terhadap parti ini agak dingin. Parti PKMS lebih dilihat sebagai parti politik pendukung watak di dalam pemilihan calon politik ketika pilihanraya diadakan.

Pautan luar [sunting]

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura