Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari



Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu
United Pasok Nunukragang National Organisation
Ketua Dipertikaikan
Diasaskan 1978
Ibu pejabat Kota Kinabalu, Sabah
Ideologi Nasionalisme, Regionalisme
Tapak web
http://pasokranau.googlepages.com/
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu atau singkatannya PASOK merupakan sebuah parti politik di negeri Sabah, Malaysia. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1978 dan kini pendaftarannya ditarik [1]. Walaupun parti ini mempunyai platform etnosentrik Kadazan-Dusun, keahliannya adalah terbuka kepada semua kaum dan kepimpinannya mempunyai kewakilan berbilang kaum [2].

Istilah Nunukragang merujuk kepada Nunuk Ragang, tempat lahir tradisional budaya dan tamadun Kadazan-Dusun.

Political platform[sunting | sunting sumber]

PASOK subscribes to a 7 point political platform [3]:

  • Untuk menyuburkan dan mempromosikan satu kesatuan kebangsaan dan harmoni di kalangan bumiputera Sabah;
  • Untuk menyemai dan mempromosikan mutual confidence and goodwill amongst di kalangan rakyat Sabah yang berbilang kaum dan agama;
  • Untuk menjaga dan melindungi kedudukan, hak-hak dan pengetahuan di kalangan rakyat Sabah;
  • Untuk menyokong dan mempromosikan 5 prinsip Rukun Negara sebagai Falsafah Kebangsaan.
  • Untuk menjaga dan mempromosikan adat-adat dan kebudayaan kaum bumiputra dan mengekalkan kebebasan beragama;
  • Untuk menjaga dan mempromosikan prinsip-prinsip parlimen dan bentuk kerajaan demokratik menerusi perjanjian dan harmoni.
  • Untuk bekerja dengan organisasi politik yang lain yang mempunyai tujuan dan objektif yang sama di dalam within Malaysia sebagai melindungi pembangunan parti-parti politik yang sihat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

PASOK diasaskan pada 1978 oleh Orang Kaya Kaya G. S. Sundang, seorang ketua suku tempatan dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah sebagai landasan politik untuk orang Kadazan, Dusun dan Murut. Pada 1985, PASOK menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam kerajaan campuran selepas PBS memenangi pilihan raya DUN[4]. PASOK memenangi kerusi DUN tunggalnya sehingga kini apabila presidennya Ignatius Stephen Malanjum memenangi kawasan Moyog[1].

Perkembangan terbaru[sunting | sunting sumber]

PASOK dihalang dari bertanding menggunakan nama dan simbolnya pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 disebabkan pertelingkahan mengenai jawatan presiden yang masih belum selesai[5]. Calon PASOK yang sebelum ini merancang bertanding terpaksa memilih untuk bertanding sebagai calon bebas atau menarik diri terus.

Ini kerana pada 28 Februari 2008, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengeluarkan notis pembatalan pendaftaran kepada PASOK dengan menyebut kegagalan parti tersebut menyelesaikan kemelut pucuk pemimpinannya yang melibatkan Cleftus Mojinggol, John Richard Jayasuria dan Hendry Sabagang Rumpit. Parti itu seterusnya dibatalkan pendaftarannya pada 27 Mei walaupun salah seorang pihak menuntut mendakwa dia masih tidak mendapat notis tersebut dan kemelut tampuk pimpinan parti telahpun diselesaikan melalui satu persidangan perwakilan yang telah pemegang jawatan baru 23 Mei. Akan tetapi, senarai pemegang jawatan baru itu cuma diisytiharkan kepada umum di laman webnya pada 7 Jun.

PASOK bagaimanapun masih boleh merayu keputusan membatalkan pendaftarannya dalam tempoh 30 hari keputusan itu dibuat dan nasihat perundangan sedang dirujuk mengenai hal ini[6].

Anggota parti terkemuka[sunting | sunting sumber]

Meskipun ia tidak memiliki rekod kejayaan dalam pilihan raya, PASOK dilihat mempunyai beberapa anggotanya yang terkemuka mengikut kedudukannya [1]:

Ketua Tradisional, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Pasok-Momogun dan Timbalan Ketua Menteri Sabah (1965-1967)
Huguan Siou (ketua etnik) komuniti Kadazandusun, bekas Ketua Menteri Sabah (1985-1994) dan pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Exco Pembangunan Luar Bandar Sabah.
Ahli Parlimen Tuaran
Bekas Timbalan Speaker DUN Sabah
Presiden Pertubuhan Hal Ehwal Pengguna bagi Sabah dan Labuan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 "Pasok de-registered". Daily Express. 2008-06-26. Diperoleh pada 2008-06-26. 
  2. PASOK: Party Leadership
  3. PASOK: Aims and Objectives
  4. Cho, George (1990). The Malaysian Economy Spatial Perspectives: Spatial Perspectives. New York: Routledge. ms. 242. ISBN 0415020964. 
  5. "'Pasok was cheated by EC' claim". Daily Express. 2008-02-25. Diperoleh pada 2008-06-26. 
  6. "Sabah's oldest party Pasok deregistered". The Borneo Post (The Borneo Post Sdn. Bhd.). 2008-06-26. Diperoleh pada 2008-06-26. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]