Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Penubuhan: | 15 Ogos 1969 |
|---|---|
| Pentadbir: | G. Madhavan Nair (Pengerusi) |
| Belanjawan: | Rs.41 bilion rupee (2008) |
Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (Hindi: भारतीय अन्तरिक्ष अनुसंधान संगठन Bhāratīya Antariksh Anusandhān Sangaṭn) atau ISRO (Indian Space Research Organisation), (Hindi: इसरो Isarō) ialah agensi angkasa lepas kebangsaan India. Beribu pejabat di Bangalore, ISRO mempunyai kira-kira 20,000 pekerja, dengan belanjawan sekitar Rs. 41 bilion (AS$940 juta mengikut kadar pertukaran Ogos 2008).
Pada 0622 waktu tempatan 22 Oktober 2008, ISRO berjaya melancarkan misi angkasa lepas tanpa manusianya ke bulan yang pertama Chandrayaan-1 menggunakan roket PSLVC11 dari Pusat Angkasa Lepas Satish Dhawan di Sriharikota, Andhra Pradesh, kira-kira 80 kilometer ke utara Chennai di selatan India.[1][2]
[sunting] Rujukan
- ↑ "India selamat lancar kapal angkasa keliling bulan", Berita Harian, 22 Oktober 2008. Dicapai pada 24 Oktober 2008.
- ↑ P. Vijian. "India Lancar Misi Ke Bulan", Bernama.com, 22 Oktober 2008. Dicapai pada 24 Oktober 2008.