Pesawat (kumpulan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pesawat (kugiran))
Pesawat
Pesawat beraksi di konsert Twisties Bingit pada Disember 2010
Latar belakang
Berasal dariAmpang, Selangor, Malaysia
Genre
Tahun aktif2005–kini
Syarikat rakaman
Pramugaru Music
AhliJipie
Kudux
Nizam Camel
Mann

PESAWAT merupakan sebuah kugiran indie rock Malaysia yang berasal dari Ampang, Selangor. Kugiran ini ditubuhkan pada tahun 2005 dan terdiri daripada lima orang ahli yang diterajui oleh Jipie (vocal, guitar, piano, keyboard). Ahli asal kumpulan ini termasuk Kudux (dram), Nizam Camel (gitar) dan Mann (Bass). Pada awal penubuhan PESAWAT, posisi gitar turut diisi oleh Edzly yang meninggalkan band pada tahun 2006. Pada tahun 2009, Danial telah menyertai kumpulan ini di posisi keyboard dan synthesizer namun telah menarik diri pada tahun 2016 dan posisi keyboard dan synthesizer telah diganti oleh Paul yang turut bertindak sebagai keyboardist kumpulan The Padangs. Pada tahun 2019, Kudux dan Nizam Camel membuat keputusan untuk bercuti dari sebarang aktiviti muzik manakala Paul mengambil keputusan yang sama pada tahun 2021. Kini PESAWAT masih bergiat aktif membuat persembahan dengan penambahan ahli sampingan di mana Jun dari band Qiara/The Bollocks mengisi posisi dram, gitar diisi oleh Jay dari band Pretty Ugly dan Mie dari band Metalisma/Joanna & co, Jipie mengambil alih posisi synthesizer manakala Mann kekal di posisi bass.

PESAWAT mula bergiat aktif di gig sekitar negara sejak 2005 dan turut melancarkan lagu demo mereka dari demo yang berjudul “Demo demo Kawe Kawe” yang memuatkan 6 buah lagu yang dijual dalam bentuk CD dan turut dimuatnaik ke laman MySpace. Kebangkitan PESAWAT bermula dengan pengeluaran single Melayu pertama mereka yang berjudul Mirage pada tahun 2008. Lagu tersebut telah menerobos ke carta-carta radio seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia setelah pertama kali diputar di Radio X-FreshFM dan FlyFM. Mirage telah mengusai beberapa carta utama di tangga pertama selama 4 bulan termasuk radio XFM, HotFM, EraFM dan SuriaFM. PESAWAT telah mencipta sejarah menjadi band pertama yang melancarkan muzik video diatas pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dengan kerjasama Channel [V] Asia, MAS, KLIA, Malaysia Airport, dan Astro.

Mengembangkan kejayaan mereka, PESAWAT menerbitkan single Bahasa Inggeris pertama mereka, "Excuse Me," pada tahun 2010, yang menjadi hit segera dan memenangi Song of the Year dan Best Local English Song di Hitz.FM. Kumpulan ini terus mengeluarkan single yang menduduki carta lagu, termasuk "Bingit," "Mesti Mau," "Rapuh," dan "Turbulence," dan menerbitkan album sulung mereka, "Take Off," pada Julai 2011 di bawah label muzik mereka sendiri, Pramugaru Music. Untuk meraikan keluaran album, PESAWAT mencipta satu lagi sejarah menjadi kumpulan pertama di Malaysia membuat persembahan secara langsung di atas talian kesemua lagu di dalam album, satu acara yang memecah tradisi dalam kerjasama dengan YES, di Lot10 yang turut dipancarkan di the Cube Lot10. Album ini mengandungi gabungan trek Melayu dan Inggeris, termasuk single hit mereka "Mirage," "Rasional Emosional," "Excuse Me," "Bingit," "Mesti Mau," "Brand New Day," "Turbulence," dan "Rapuh." "Take Off" mendapat sambutan yang baik dan malah dinominasikan untuk The Best Album di Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 19) pada November 2012.

Mereka pernah membuat persembahan dalam Urbanscapes 2008, Converse Century Project & Crossborders di Laundrybar.[1] Pada 9 September 2008, mereka telah melancarkan single sulung mereka yang bertajuk "Mirage".

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Demo[sunting | sunting sumber]

  • Demo Demo Kawe Kawe
  1. "Take off"
  2. "Derauan Terhiba"
  3. "Mirage"
  4. "Modula Oblongata" (live)
  5. "Rasional Emosional"
  6. "Bonus Track"

Single

  • Mirage (2008)
  • Excuse Me (2009)
  • Rasional Emosional (2009)
  • Bingit (2010)
  • Hitam (2011)
  • Bandaraya Ibukota (2011)
  • Turbulence (2012)
  • Rapuh (2013)
  • Brand New Day (2014)
  • Luluh (2017)
  • Euphoria (2023)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jen (2008, 1 Disember). Roket pelancar indie rock - Pesawat. Utopia, 143, 21.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]