Pesta Gendang Nusantara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pesta Gendang Nusantara ke-13 diadakan di Dataran Bandaraya, Ayer Keroh, Melaka jam 8.00 -12.00 malam. Ia diadakan sempena sambutan ulang tahun ketujuh perisytiharan Bandaraya Melaka Bersejarah. Bandaraya Melaka dibangunkan sebagai Bandaraya Warisan Dunia.

Kira-kira 20,000 penonton hadir menyaksikan persembahan. Tetamu kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan isteri Toh Puan Zurina Kassim. Lain-lain ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman, duta dan pesuruhjaya tinggi asing.

Peserta[sunting | sunting sumber]

Seramai 1,300 artis budaya daripada 28 kumpulan kebudayaan dalam dan luar negara terlibat. Mereka termasuklah dari Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Korea, India, China, Singapura dan Uzbekistan. Penyertaan antarabangsa ini dapat merapatkan hubungan negara luar dengan Malaysia.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah sebagai anggota lembaga pengarah Pertubuhan Bandaraya Warisan Dunia yang beribu pejabat di Quebec, Kanada bagi tempoh 2009 hingga 2011.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]