Pesta Tanglung Kuala Lumpur 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pesta Tanglung Kuala Lumpur 2009 diadakan di Pasar Budaya , Kuala Lumpur pada 26 September 2009 jam 8.00 malam - 12.00 malam. Seramai 20,000 menghadiri dan menyertai perarakan membawa pelbagai bentuk tanglung dari Pasar Budaya menuju ke Jalan Petaling. Jalan Petaling digelar 'Chinatown' kerana dipenuhi dengan pelbagai identiti , kebudayaan dan tulisan Cina.


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sudi hadir dan memotong kuih bulan berbentuk 1Malaysia seberat 80 kilogram. Majlis itu dianjurkan Kementerian Pelancongan , Majlis Tindakan Pelancongan Kuala Lumpur ,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan 100 NGO lain.

Pesta tanglung di Malaysia diadakan buat pertama kali di Kuala Lumpur.Tanglung gergasi setinggi 3.05 meter berbentuk logo 1Malaysia yang dinyalakan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dengan tarian serta pukulan gendang pelbagai kaum.

Antara jalan yang ditutup ialah Jalan Hang Lekir, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi dan Jalan Petaling bagi membolehkan perarakan pesta tanglung berjalan lancar.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]