Peta Beatus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Salinan Peta Beatus dari biara Saint-Sever, Perancis. Peta menghadap ke timur, dan tidak ke utara seperti dalam kartografi moden. Oleh sebab itu peta dikatan 'terhala'.[1]

Peta Beatus atau Peta Beatine ialah satu daripada karya kartografi terpenting Eropah pada Zaman Pertengahan. Pada asalnya ia dilakar seorang rahib Sepanyol, Beatus dari Liebana, berlandaskan kisah-kisah yang diceritakan Saint Isidore dari Seville, Ptolemy dan Bible. Peta Beatus juga menjadi konsep Peta T-O (Latin, orbis terrarum, orb atau bulatan tanah-tanah).

Tujuan utamanya bukan menggambarkan kartografi tepat dunia tetapi menggambarkan Diaspora of the Apostles.

Pandangan dunia dari sudut orang Eropah[sunting | sunting sumber]

Mengikut rujukan utama Beatus, Bible khususnya (Book of Genesis) Bumi dikatakan satah (rata), bagi menampung kekubah langit, di mana Matahari, Bulan, dan banyak lagi badan-badan bercahaya yang lain seperti bintang dan planet, bergerak. Terdapat dua jenis kumpulan air: Air di atas, yakni cakerawala, yang diterkandung di dalam kekubah langit dan yang kadangkala, apabila pintu banjir dibuka, jatuh ke Bumi sebagai hujan, dan air di bawah yang menjana sungai, anak sungai dan kumpulan besar air masin.

Dalam Mapa Mundi ini, dunia dibayangkan sebagai satu cakera yang dikelilingi lautan. Dunia dibahagika kepada tiga benua: Asia, Afrika dan Eropah. Longgokan benua dipisahkan oleh sungai dan lautan dalam seperti: Mediterranean (Eropah-Afrika), Sungai Nil (Afrika-Asia) dan Bosporus serta Lautan Aegean (Eropah-Asia). Ditengah-tengah dunia terletak Baitulmuqaddis yang dianggap suci oleh penganuat agama Yahudi dan Kristian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Manuskrip ini dikarang ca. 1050 M di bawah arahan ketua biarawan, Gregori de Montaner