Peta Kangnido

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Kangnido (1402)
KangnidoMap.jpg
Nama Korea
(Revised Romanization of Korean) Honilgangniyeokdaegukdojido
McCune-Reischauer
(Korea Utara)
Honilgangriryŏktaeguktojido
Hangul 혼일강리역대국도지도
Chosŏn'gŭl (Hangul Korea Utara) 혼일강리력대국도지도
Hanja 混一疆理歷代國都之圖
Nama Pendek Gangnido (Kangrido; 강리도; 疆理圖)

Peta Kangnido ("Peta Bersejarah Bersepadu Negeri-negeri dan Bandar-bandar"), dihasilkan di Korea berasaskan sumber China pada tahun 1402, oleh Gim Sa-hyeong (김사형:金士衡), Li Mu (이무:李茂) and Li Hoi (이회).

Pete tersebut menunjukkan secara sepenuhnya Dunia Lama, dari Eropah dan Afrika di barat, kepada Korea dan Jepun di timur dengan Cina terlebih besar di tengah, pada masa mendahului penjelajahan Eropah pertama,dan lebih awal berbanding Laksamana Cheng Ho, mencadangkan pengetahuan mendalam geografi dan penjelajahan semenjak awal lagi.

Asal[sunting | sunting sumber]

China mula menjelajah daerah di sebelah barat semenjak duta Zhang Qian pada tahun 126 BCE. Pelbagai negara dikenal pasti, seperti K'ang-chü (Sogdiana), Ta-Yuan (di Ferghana), An-shih (파사 pa-sa Parthia) dan Daqin (대진 Daejin Empayar Rom). China juga terbabit dalam pelayaran laut, terutamanya selepas penyebaran Islam di benua itu pada abad ke 8.

Menurut nota penjelasan pada peta tersebut, ia dihasilkan melalui gabungan dua peta awal China, peta, 聲教廣被圖 oleh Li Tse-min (李澤民) dihasilkan sekitar 1330 dan peta lain, 混一疆理圖 oleh Ch'ing Chün (清浚) dihasilkan sekitar 1370, kedua peta telah hilang kini. Kedua peta tersebut sampai ke Korea melalui tangan duta Korea, Gim Sa-hyeong (1341-1407), dan digabungkan pada tahun 1402 oleh Li Hoi dan Li Mu.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Perincian Afrika, Europah dan Timur Tengah.

Peta tersebut menunjukkan dengan jelas Empire China, termasuk juga Korea dan Jepun, walaupun perbandingan saiz dan kedudukan tidak tepat sepenuhnya. China dan Korea lebih besar, dan Asia Tenggara (dengan semenanjung terbentang dan banyak pulau) termasuk juga India dikumpulkan sebagai kelompok tanah sejagat. Di Barat, semenanjung Arab, Afrika dan Europah dilakarkan dengan teliti, walaupun benua tersebut ditunjukkan lebih kecil berbanding saiz sebenar. Terutamanya di Mediterranean jelas dilukis, termasuk juga semenanjung Iberian dan Itali dan Adriatic. Tedapat lebih 100 nama bagi negeri Eropah sahaja, termasuk "Alumangia" bagi perkataan Latin Alemania (Jerman).

Pengetahuan mengenai kontor sebenar Afrika menunjukkan penjelajahan awal kawasan tersebut, jelas lebih awal penjelajahan Vasco da Gama dari Eropah. Terutamanya, hujung selatan Afrika digambarkan dengan jelas., termasuk juga sungai yang berkemungkinan sungai Orange di Afrika Selatan. Ke utara benua Afrika, melampaui jisim tengah "hitam", pagoda melambangkan rumah api Alexandria, dan perkataan Arab "Misr" bagi Mesir diterjemah kebahasa Cina. Kebanyakan tulisan Cina bagi nama tempat dibarat daya Asia, Afrika dan Eropah di ambil dari asal Persia Arab, menunjukkan sebahagian besar Kangnido mungkin bergantung kepada pengetahuan dari Timur Tengah.

Versi peta[sunting | sunting sumber]

Hanya tiga salinan peta Kangnido diketahui, dan kesemua mereka didapati di Jepun. Dua peta Kangnido di bawa ke Jepun sebagai sebahagian daripada harta rampasan penjajahan Korea oleh Hideyoshi (1592-1598). Peta yang kini terdapat di Universiti Ryūkoku (龍谷大学) pada asalnya diserahkan oleh Hideyoshi kepada kuil Honganji. Satu lagi peta, yang kini terdapat di kuil Honmyōji, diserahkan oleh Katō Kiyomasa, juga selepas kempen Korea. Versi ketiga peta tersebut dianggap adaptasi daripada peta Honganji dan terletak di Universiti Tenri.

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Perbandingan antara peta Fra Mauro (1457) dan Kangnido (1402).

Peta Kangnido menunjukkan banyak persamaan dengan peta Fra Mauro, dihasilkan oleh Fra Mauro seorang paderi Venetian pada tahun 1457, kedua-dua dalam ketepatan dakwaan (hubungan antara Lautan Atlantik dan Lautan Hindi), dan dalam kesilapan mereka (sungai besar dari tengan Afrika memasuki Laut Merah, the flattened western coast of Africa, atau persisiran pantai Asia Tenggara). Kedua-dua berkongsi pemahaman yang serupa mengenai Dunia Lama dari segi struktur umum, walaupun terbalik mengenai perbandingan saiz negeri dan benua, dengan Eropah dan Afrika dibesarkan dalam peta Fra Mauro, dan Cina dan terutamanya Korea digambarkan dengan besar dalam peta Kangnido. Kedua peta dihasilkan sebelum penjelajahan pengembaraan Eropah dan mengelilingi Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) pada tahun 1488 oleh orang Eropah. Ia telah dicadangkan bahawa pengetahuan geografik yang terkandung dalam peta Kangnido dicipta oleh pelayar Muslim, India atau Cina (penjelajahan Laksamana Cina Zheng He), dan kemudian tersebar ke Barat, kemungkinannya melalui pedagang India atau Muslim, atau melalui pengembara ke Timur seperti Niccolo Da Conti dari Venetian .

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Joseph Needham, Science and Civilisation in China, vol. 3.
  • "Circa 1492. Art in the age of exploration", Washington National Gallery of Art, Yale University Press, ISBN 0300051670

Pautan luar[sunting | sunting sumber]