Peter Gay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Peter Gay (lahir 20 Jun 1923) ialah ahli sejarah Yahudi Amerika yang mengkhususkan gagasan sejarah sosial. Seorang penulis yang prolifik, beliau juga penyokong utama dalam bidang psikosejarah dan peminat Sigmund Freud.

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Berlin, Jerman dengan nama Peter Joachim Fröhlich, Gay menerima pendidikan awalnya di Gimnasium Goethe. Selepas menyaksikan Kristallnacht pada 1938, keluarganya melarikan diri dari Jerman Nazi pada tahun yang berikut. Nasibnya, keluarga Gay mengawalkan pelayaran mereka, walaupun ke Cuba, kerana kesemua penumpang dalam pelayaran SS St. Louis ke Amerika Syarikat (yang pada asalnya ditempah) gagal memperoleh visa. Gay tiba di Amerika Syarikat pada 1941 dan mengambil kewarganegaraan Amerika pada 1946 lalu menukarkan namanya daripada Fröhlich (bahasa Jerman untuk "bahagia").

Di Amerika Syarikat, Gay menyertai University of Denver dan menerima ijazah Sarjana Muda Sastera pada 1946. Beliau kemudian menyertai Columbia University dan menerima ijazah Sarjana Sastera pada 1947 lalu ijazah kedoktorannya pada 1951. Gay bertugas sebagai profesor sains politik di Columbia University antara 1948-1955 dan sebagai profesor sejarah antara 1955-1969. Beliau mengahwini Ruth Slotkin (maut 2006) pada 1959 dan disertai tiga orang anak tiri. Gay kemudian mengajar di Yale University antara 1969 sehingga persaraannya pada 1993.

Minat utama Gay ialah sejarah intelek. Bukunya, Politik Voltaire,[1] yang diterbitkan pada 1959 menyelidiki Voltaire sebagai ahli politik serta bagaimana politik Voltaire mempengaruhi gagasan yang diperjuangkan dalam karyanya. Kejayaan buku itu disusuli dengan buku, Zaman Kesedaran: Satu Tafsiran,[2] pada 1969 yang merupakan sejarah Kesedaran yang lebih luas. Buku itu menerima Hadiah Buku Negara pada 1967 [3] serta juga Hadiah Buku Mecher. Buku seterusnya, Budaya Weimar, yang berkenaan dengan sejarah budaya Republik Weimar diterbitkan pada 1968.

Mulai dari 1978, dengan terbitan Freud, Orang Yahudi dan Jerman Lain,[4] suatu kajian tentang kesan gagasan Freud pada budaya Jerman, Gay semakin minat akan bidang psikologi. Banyak daripada karyanya menumpukan kesan sosial psikoanalisis.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • AHA Award for Scholarly Distinction
  • Jewish Distinction Award
  • Civil Rights Awareness Award (dianugerahkan oleh NAACP)
  • Geschwister-Scholl-Preis (Munich, 1999)

Karya[sunting | sunting sumber]

  • The Dilemma of Democratic Socialism: Eduard Bernstein's Challenge to Marx, 1952
  • Voltaire's Politics: The Poet as Realist, 1959
  • The Party of Humanity: Essays in the French Enlightenment, 1964
  • The Enlightenment: An Interpretation: The Rise of Modern Paganism, 1966
  • The Loss of Mastery: Puritan Historians in Colonial America, 1966
  • Weimar Culture: The Outsider as Insider, 1968
  • The Enlightenment: An Interpretation: The Science of Freedom, 1969
  • The Bridge of Criticism: Dialogues on the Enlightenment, 1970
  • Historians at Work, 1972
  • co-written with R.K. Webb, Modern Europe, 1973
  • The Enlightenment; A Comprehensive Anthology, 1973
  • Style in History, 1974
  • Art and Act: On Causes in History—Manet, Gropius, Mondrian, 1976
  • Freud, Jews, and Other Germans: Masters and Victims in Modernist Culture, 1978
  • Education of the Senses, 1984
  • The Bourgeois Experience: Victoria to Freud - 5 jilid, 1984-1998 (termasuk The Education of the Senses dan The Cultivation of Hatred)
  • Freud for Historians, 1985
  • The Tender Passion, 1986
  • A Godless Jew: Freud, Atheism, and the Making of Psychoanalysis, 1987
  • Freud: A Life for Our Time, 1988
  • "The German-Jewish Legacy-and I: Some Personal Reflections" pages 203-210 from American Jewish Archives, Volume 40, 1988
  • Editor A Freud Reader, 1989
  • Reading Freud: Explorations & Entertainments, 1990
  • Sigmund Freud and Art: His Personal Collection of Antiquities, 1993
  • The Cultivation of Hatred, 1993
  • The Naked Heart, 1995
  • The Enlightenment and the Rise of Modern Paganism edisi semakan, 1995
  • Pleasure Wars, 1998
  • My German Question: Growing Up in Nazi Berlin, 1998 (autobiografi)
  • Mozart, 1999
  • Schnitzler's Century, 2002
  • Modernism: The Lure of Heresy, 2007

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Voltaire's Politics
  2. The Enlightenment: An Interpretation (1969)
  3. National Book Foundation Website award winners for 1967
  4. Freud, Jews and Other Germans
  • Toews, John "Historicizing Psychoanalysis: Freud in His Time and of Our Time" pages 504-545 from Journal of Modern History, Volume 63, 1991.