Peti dinding Ludlow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Isi kandungan

Sebuah muka surat dari brosur iklan Ludlow 1910

Di UK, peti dinding Ludlow adalah sebuah peti pos di mana surat dimasukkan untuk dikutip oleh Royal Mail dan dikirim ke alamat tertentu. Peti ini sentiasa dibina ke dalam tiang batu atau dinding bangunan dan tidak pernah ditemui berdiri sendiri. Ini kerana ia diperbuat dari kayu. Hampir semua peti ini diperbuat oleh syarikat yang sekarang tidak lagi wujud iaitu James Ludlow & Son of Birmingham, di mana namanya diambil. Reka bentuk mirip turut wujud sebagai artifak bersejarah di sesetengah negara Komanwel. Kotak jenis Ludlow telah digunakan sejak 1885 dan terus dikilangkan sehingga 1965.

Menurut Letter Box Study Group (LBSG), terdapat lebih dari 450 lokasi di UK dan Republik Ireland di mana peti pos Ludlow digunakan, disimpan atau dikekalkan. Dengan anggaran Royal Mail bahawa terdapat lebih daripada 100,000 peti pos di UK, peti jenis Ludlow mewakili sekumpulan yang sangat kecil namun tetap penting dari segi reka bentuknya.[1]

Galeri[sunting | sunting sumber]

James Ludlow telah membuat pelbagai jenis peti dan menghasilkan risalah berwarna bagi menerangkan reka bentuknya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]