Petro Poroshenko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Petro Poroshenko
Петро Порошенко
Petro Poroshenko

Petro Poroshenko in 2010


Mula berkhidmat
Jun 2014
Perdana Menteri Arseniy Yatsenyuk
Menggantikan Oleksandr Turchynov (memangku)

Menteri Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Ukraine
Tempoh berjawat
23 Mac 2012 – 24 Disember 2012
Perdana Menteri Mykola Azarov
Didahului oleh Andriy Klyuyev
Digantikan oleh Ihor Prasolov

Menteri Luar Negeri Ukraine
Tempoh berjawat
9 Oktober 2009 – 11 Mac 2010
Perdana Menteri Yulia Tymoshenko
Oleksandr Turchynov (memangku)
Didahului oleh Volodymyr Khandohiy
Digantikan oleh Kostyantyn Gryshchenko

Setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan
Tempoh berjawat
8 Februari 2005 – 8 September 2005
Presiden Viktor Yushchenko
Didahului oleh Volodymyr Radchenko
Digantikan oleh Anatoliy Kinakh

Tarikh lahir 26 September 1965 (48 tahun)
Tempat lahir Bolhrad, RSS Ukraine, Kesatuan Soviet
Parti politik Bebas
Pasangan Maryna Poroshenko
Anak Olexiy
Yevheniya
Oleksandra
Mykhaylo
Alma mater Universiti Kebangsaan Kyiv
Agama Kristian Ortodoks Ukraine
Tandatangan Tandatangan Petro Poroshenko

Petro Poroshenko Oleksiyovych (lahir 26 September 1965) adalah seorang bilionair Ukraine dan kini terpilih sebagai Presiden Ukraine. Poroshenko menjadi Menteri Luar Negeri 2009-2010 ,Menteri Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi 2012. Dari 2007-2012 dia memimpin Bank National Ukraine. Poroshenko memiliki perniagaan gula berskala besar dan digelar 'Raja Cokelat'. Dia terpilih sebagai Presiden Ukraine pada 25 Mei tahun 2014 kerana mendapat 54% undian. Beliau berjaya menewaskan pencabarnya, bekas Perdana Menteri Ukraine Yulia Tymoshenko yang hanya mendapat tempat kedua dengan undian sebanyak lebih 12 % .

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Poroshenko lahir di kota Bolhrad , Odessa Oblast , pada 26 September 1965 . Tetapi dibesarkan di kota Vinnytsia, tengah Ukraine. Ayahnya, Alexey Poroshenko seorang jurutera, lulusan Institut Pertanian Lviv (1959) dan bekerja sebagai ketua jurutera Bolhrad 1959-1974. Ibunya, Yevgenya Poroshenko (1940-2004), juga bekerja di Bolhrad. Pada tahun 1989 dia lulus di Kiev State University .

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Setelah lulus, Poroshenko mula berniaga biji koko.1990-an, dia berjaya monopoli / mengawal industri gula dan menjadi yang terbesar di Ukraine. Dia mendapat julukan "Raja Cokelat". Perniagaannya termasuklah bisnes mobil dan bus tanaman, kapal Leninska ,saluran TV dan lain-lain. Pada Mac 2012, majalah Forbes melaporkan dia memiliki RM3.2 bilion.

Pemilihan Presiden Ukraine 2014[sunting | sunting sumber]

Setelah Revolusi Ukraine 2014 dan menyingkirkan Viktor Yanukovych dari pejabat Presiden Ukraine, pemilihan presiden baru dijadualkan pada 25 Mei 2014. Vitali Klitschko turut menyokong beliau bertanding jawatan presiden. Pada 14 April, Poroshenko secara terbuka menyokong kem Parti Jaroslaw Gowin di Poland yang akan masuk ke Parlimen Eropah.

Beliau berjanji akan melawat timur Ukraine bagi mengakhiri 'perang dan kekacauan' yang dicetuskan oleh kumpulan pemisah pro-Rusia.Beliau sedia berunding dengan para penentang dan menawarkan pengampunan bagi mereka yang meletakkan senjata, namun menolak rundingan dengan golongan pembunuh dan pengganas. Poroshenko tidak mengiktiraf 'penaklukan Crimea' oleh Rusia. Beliau akan bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin kerana penglibatan Rusia sangat penting dalam mewujudkan kestabilan.

Rakyat Ukraine berhadapan dengan muflis, perpecahan dan perang saudara ekoran konflik di timur negara. Kumpulan pemisah pro-Rusia menyerang pusat pengundian di wilayah Luhansk selain menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab mereka. Hanya 20 peratus pusat pengundian beroperasi di wilayah Donetsk dan Luhansk, walaupun jumlah pengundi yang keluar di seluruh negara amat tinggi. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Oleksandr Turchynov
memangku
Presiden Ukraine
Bakal

2014-kini
Angkat sumpah 7 Jun 2014