Petronas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
ڤيتروليام ناسيونل برحد
Jenis Syarikat milik negara
Industri Minyak dan Gas
Ditubuhkan 17 Ogos 1974
Ibu pejabat Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat dibekalkan Malaysia
Perancang utama Tan Sri Shamsul Azhar bin Abbas, CEO dan Presiden
Produk Petroleum, gas asli, petrokimia
Hasil AS$100.744 bilion (2014)[1]
Pendapatan bersih AS$21.91 bilion (2012)
Jumlah aset AS$161.472 bilion (2014)[2]
Jumlah ekuiti AS$89.29 bilion (2012)
Pemilik Kerajaan Malaysia
Pekerja 39,236 (2010)
Laman web petronas.com.my

Petronas, ringkasan nama bagi Petroliam Nasional Berhad, [3] adalah syarikat minyak dan gas Malaysia sepenuhnya telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Dimiliki oleh kerajaan Malaysia sepenuhnya, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut.Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia.[4][5][6]

Semenjak diperbadankan, Petronas sudah membesar menjadi syarikat minyak dan gas dengan kepentingan perniagaan di dalam 31 negara. Sehingga akhir bulan Mac 2005, Kumpullan Petronas mengandungi 103 milik sendiri subsidiari-subsidiari, 19 syarikat kelengkapan-kelengkapan milik sebahagiannya dan yang dipunyai separuhnya dan 57 syarikat bersekutu. Bersama-sama ini, membuatkan Kumpulan Petronas, yang terlibat di dalam pelbagai aktiviti-aktiviti berasaskan minyak dan gas. Majalah Financial Times telah mengenal pasti Petronas sebagai satu daripada " "seven sisters" yang baru":[7] syarikat minyak dan gas milik kerajaan yang paling berpengaruh di luar OECD.

Kumpulan ini tertumpu kepada satu spektrum aktiviti petroleum yang luas, termasuklah eksplorasi huluan dan penghasilan minyak dan gas kepada hiliran penapisan minyak; pemasaran dan pengagihan produk petroleum; perdagangan; pemprosesan gas dan pencecairan; operasi rangkaian penghantaran gas talian paip ; pemasaran gas cecair semulajadi; pengilangan dan pemasaran petrokimia; perkapalan; kejuruteraan automotif; dan pelaburan hartanah.

Menara Berkembar Petronas telah dibuka secara rasminya pada Hari Kemerdekaan Malaysia ke-42, Ogos 31, 1998 - dalam perayaan hari ulang tahun syarikat ke-24.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 6 September 1974, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, telah mengumumkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas (Petroleum Nasional Berhad). Tun Razak berkata (terjemahan): "Di kalangan anak-anak muda yang berpotensi, saya telah berniat untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet. Akan tetapi saya mempunyai satu tugasan yang penting untuk beliau, iaitu satu tugasan penting yang sama seperti Menteri Kabinet. Saya telah memutuskan untuk melantik beliau sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas, yang setaraf seperti jawatan sebagai Menteri Kabinet." [8]

Tengku Razaleigh telah mendapat persetujuan dan restu dari Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Tun Abdul Razak dan kabinetnya mengenai usul Akta Kemajuan Petroleum untuk dibawa ke Parlimen. [9]

Pada 1 Oktober 1974, dengan termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum, Petronas telah diberi hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan di dalam mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia.

Sebelum 1974, operasi petroleum di Malaysia dijalankan oleh syarikat minyak multinasional menerusi sistem konsesi untuk mencarigali petroleum di perairan Sarawak, Sabah dan Terengganu. Antara syarikat-syarikat carigali minyak yang memegang konsesi ialah Shell dan ExxonMobil. Kilang penapisan minyak Shell di Port Dickson dibuka pada tahun 1962. Ketika itu minyak dibeli dari luar negara.

Penubuhan perbadanan minyak negara merupakan titik tolak kepada kawalan dan penglibatan negara yang lebih dalam industri petroleum. Antara pengerusi Petronas ialah Raja Mohar bin Raja Badiozaman.

Sejarah penemuan petroleum[sunting | sunting sumber]

Sejarah minyak di Malaysia bermula dalam abad ke-19. Rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menyedari wujudnya serapan minyak atau 'minyak tanah' seperti dikenali di setengah-setengah tempat terutamanya di sekitar kampung Miri.

  • Ogos 1910, Minyak dijumpai di Kampung Miri. Pada mulanya, sebanyak 8 tong minyak sehari telah dikeluarkan. Miri dapat dikatakan sebagai tapak bermulanya industri petroleum secara komersial di Malaysia.
  • 1929, pengeluaran 29000 tong sehari. Carigali minyak tertumpu di daratan bandar Miri sahaja.
  • Tahun 1941-1945, telaga minyak Miri rosak teruk. Pengeluaran gagal dijalankan dan terpaksa ditutup pada Oktober 1972 sehingga ke hari ini.
  • 1968, telaga minyak luar pantai yang pertama, West Lutong memulakan pengeluaran. 4000 tong minyak sehari dikeluarkan pada tahun 1968. 4 medan minyak telah diusahakan.

Sejarah petroleum di Sabah[sunting | sunting sumber]

  • 1885, Data geologi tanah telah diambil dan menunjukkan adanya potensi petroleum di dasar lautan.
  • 1905, Syarikat Eksplorasi British Borneo diberi hak istimewa untuk mengeluarkan segala hasil bumi di Sabah. Walaupun ada penemuan kesan-kesan minyak, tidak ditemui takungan minyak yang boleh dikeluarkan secara besar-besaran.
Mata gerudi yang digunakan bagi melombong minyak.

Sejarah petroleum di Semenanjung[sunting | sunting sumber]

Minyak turut digunakan untuk campuran membuat damar menampal sampan yang bocor Di Terengganu Penduduk kampung menggunakan 'minyak tanah' sebagai minyak panas terutama untuk mengurut bahagian luar yang sakit dan terseliuh. 'Semburan gas minyak' pernah dilaporkan di Bagan Datoh, Perak.

Sebelum 1950-an Jabatan Geologi tidak mendapati minyak terdapat di bahagian daratan Semenanjung Malaysia.

Sebab penubuhan Petronas[sunting | sunting sumber]

  • 1973 ialah Tahun Larangan Eksport Minyak OPEC .Krisis minyak 1973 menyedarkan kerajaan betapa perlunya mengawal sebuah industri yang mempunyai kepentingan ekonomi.
  • 1973 Sejumlah 19 buah medan minyak ditemui di perairan Malaysia. 90,000 tong minyak sehari dikeluarkan.

Peranan petroleum[sunting | sunting sumber]

Prestasi Petronas[sunting | sunting sumber]

Stesen minyak Petronas.

Petronas meraih keuntungan sebelum cukai RM76.3 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, peningkatan kira-kira 10 peratus daripada RM69.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya. Keuntungan itu diraih daripada pendapatan berjumlah RM184.1 bilion, juga meningkat 10 peratus daripada RM167.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, dengan operasi antarabangsa, tidak termasuk pendapatan eksportnya, menyumbang RM67.6 bilion atau kira-kira 40 peratus.

Sumbangan operasi antarabangsa Petronas meningkat 19.4 peratus daripada RM56.6 bilion pada tahun kewangan sebelum ini, sekali gus menunjukkan kehadirannya yang lebih kukuh dalam industri minyak dan gas dunia. Selepas ditolak cukai dan kepentingan minoriti, keuntungan bersih syarikat minyak negara itu adalah RM46.4 bilion, peningkatan 7.7 peratus daripada RM43.1 bilion.Dengan pencapaian itu, jumlah pembayaran Petronas kepada kerajaan dalam tahun kewangan dikaji meningkat kepada RM48.3 bilion daripada RM41.7 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, mewakili 35.4 peratus daripada pendapatan keseluruhan Kerajaan Persekutuan.

Ia adalah dalam bentuk cukai (RM21.8 bilion), dividen (RM16 bilion), royalti (RM8.5 bilion) dan duti eksport (RM2 bilion). Ini menjadikan jumlah pembayarannya kepada kerajaan sejak penubuhannya 33 tahun lalu sebanyak RM336 bilion. Nilai aset Petronas juga terus mengukuh kepada RM294.6 bilion, sementara dana pemegang sahamnya berkembang kepada RM170.9 bilion.

Syarikat ke-8 Teruntung Di Dunia[sunting | sunting sumber]

Menurut akhbar Malaysia, Berita Harian bertarikh 11 Julai 2008 yang memetik bahawa PETRONAS berada pada kedudukan kelapan syarikat paling untung di dunia tahun lalu dalam senarai Fortune Global 500 majalah perniagaan Fortune. Manakala di Asia pula, ia muncul syarikat paling untung, mengambil tempat pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota Motor dari Jepun, yang mendahului senarai itu pada 2006.[10]

Penajaan Petronas[sunting | sunting sumber]

Demi mengukuhkan namanya di persada antarabangsa, Petronas telah menaja pelbagai bidang. Di antaranya adalah di dalam bidang perlumbaan kereta di mana Petronas telah memberikan US$3 juta kepada pasukan Sauber yang diketuai oleh Peter Sauber.[11]

Petronas Gas Sdn. Bhd.[sunting | sunting sumber]

Petronas Gas Bhd. (Petronas Gas) mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM345.464 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2007, meningkat dari RM333.814 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Petronas Gas dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, keuntungan sebelum cukai yang tinggi itu adalah hasil daripada kos yang rendah.[12]

Garis Masa Perjalanan Sejarah Petronas[sunting | sunting sumber]

Logo lama
  • 1974 Akta Kemajuan Petroliam telah termaktub oleh Kerajaan Malaysia. Petronas ditubuhkan sebagai jentera bagi pihak kerajaan untuk melaksanakan kawalan di samping menyertai secara langsung dalam operasi petroleum dan lain-lain operasi berkaitan. Akta tersebut meletakkan hak kepada Petronas semua sumber-sumber petroleum dalam negara ini.
  • 1 September 1975 Petronas mula menghantar 358,000 barrel minyak mentah ke Jepun
  • 8 Disember 1976 Petronas bekerjasama dengan Exxon.
  • 6 Oktober 1981 Petronas memulakan operasi penjualan runcit GPC.
  • 6 Jun 1982 Petronas Carigali menemui minyak yang pertama di Dulang Barat di luar pantai Terengganu . Anak syarikat Petronas ini ditubuhkan yang diberi nama Petronas Carigali. Syarikat ini bekerjasama baik dengan syarikat minyak multinasional bagi menjalan kegiatan eksplorasi.
  • 9 Julai 1982 Permulaan kerja bagi Projek baja Urea ASEAN (Malaysia) dengan penawaran kontrak untama untuk pembinaan loji tersebut.
  • 21 Oktober 1982 Alat kemudahan autogas Petronas yang pertama dipasang di stesen servis Taman Tun Dr Ismail
  • 11 November 1982 Petronas menandatangani Perjanjian perkongsian Pengeluaran Dengan Elf Aquitaine
  • 6 Januari 1983 Pelancaran Parameswara, pelantar penggerudi pertama milikan Petronas.
  • 29 Januari 1983 Angkutan pertama sebanyak 57,000 tan metrik GAC ke Jepun dari Loji LNG di Bintulu.
  • 29 Januari 1983 Petronas Marine Sdn Bhd ditubuhkan sebagai sebuah anak sayarikat milik penuh Petronas yang ditugas untuk mengedalikan pelantar penggerudi yang meningkat sendiri.
  • 1 Mac 1983 Projek Penggunaan Gas Semenajung mula dilaksanakan dengan penandatangani kontrak yang pertama.
  • 2 Mac 1984 Petronas menadatangani Perjanjian Perkhidmatan Perundingan bagi Peringkat II Projek Penggunaan Gas Semenanjung (PGU) yang melibatkan pemasangan saluran paip bagi penyaluran gas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Global 500 2014". 1 1 JAN 2014. http://fortune.com/global500/petronas-69/. 
  2. "Global 500 2014". 1 1 JAN 2014. http://fortune.com/global500/petronas-69/. 
  3. Petronas Malaysia: Corporate News 2005 About PETRONAS
  4. "Global 500 2008:Petronas", Fortune Magazine. Dicapai pada 2008-07-16. 
  5. "Global 500 2008: Top Performers - Most Profitable", Fortune Magazine. Dicapai pada 2008-07-16. 
  6. "Global 500 2009: Full List", Fortune Magazine. Dicapai pada 2009-07-21. 
  7. The new Seven Sisters: oil and gas giants dwarf western rivals, by Carola Hoyos, Financial Times. 11 March 2007
  8. The Straits Times 7 September 1974 page 8, National Library, Singapore
  9. [[1]] Ucapan di Forum Royalti Minyak anjuran Majlis Peguam, 20 Mac 2011
  10. "Petronas ke-8 paling untung di dunia", Berita Harian. 11 Julai 2008
  11. F1 News. 29 Mei 1995
  12. "Petronas Gas untung RM345j", Utusan Malaysia. 15 Februari 2008

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]