Petunjuk ekonomi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Petunjuk ekonomi (atau petunjuk perniagaan) merupakan statistik tentang ekonomi. Petunjuk ekonomi membolehkan analisis pencapaian ekonomi dan ramalan pencapaian masa depan.

Petunjuk ekonomi termasuk pelbagai indeks, laporan perolehan, dan ringkasan ekonomi seperti pengangguran, perumahan, indeks harga pengguna, pengeluaran industri, keluaran dalam negara kasar, jualan runcit, inflasi, harga saham pasaran dan perubahan dalam bekalan wang.