Pewarisan (pengaturcaraan berorientasi objek)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam pengaturcaraan berorientasi objek (OOP), pewarisan ialah satu cara untuk mengguna semula kod bagi objek-objek sedia ada, mewujudkan subjenis daripada objek-objek sedia ada, atau kedua-duanya, bergantung kepada sokongan bahasa pengaturcaraan. Dalam pewarisan klasik, pada mana objek ditakrifkan oleh kelas, kelas boleh mewarisi sifat dan perilaku (iaitu algoritma yang dikodkan sebelumnya berhubungan dengan sesuatu kelas) daripada kelas sedia ada yang dipanggil kelas asas, kelas super, kelas induk, atau kelas moyang. Kelas-kelas baru dikenali sebagai kelas terbitan, subkelas, atau kelas anak. Hubungan antara kelas menerusi pewarisan membawa kepada hirarki. Dalam pengaturcaraan berasaskan prototaip, objek-objek boleh ditakrifkan secara langsung daripada objek lain tanpa perlu menakrifkan kelas-kelas tertentu. Ciri ini dipanggil pewarisan kebezaan.

Pewarisan rumit, atau pewarisan yang digunakan dalam rekaan yang kurang matang, mungkin akan membawa kepada masalah yo-yo.

Konsep pewarisan telah dicipta pada tahun 1968 untuk Simula.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dahl, Olaf Owe (2004). From object-orientation to formal methods : essays in memory of Ole-Johan Dahl (edisi ke-1st ed.). Berlin [u.a.]: Springer. ms. 1. ISBN 9783540213666.