Pewarisan takhta Arab Saudi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Saudi Arabia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Arab Saudi



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Aturan pewarisan takhta DiRaja Arab Saudi dinilai, dan di dalam jangkauan DiRaja Saud. Ia mengikut kekananan agnatik, tetapi seorang putera mungkin boleh dilangkaui atau yang lain dinaikkan. Majlis Kesetiaan telah ditubuhkan pada tahun 2006 bagi memudahkan peralihan kuasa DiRaja.

Raja Abdullah adalah pemerintah terkini Arab Saudi. Waris takhta baginda adalah Putera Mahkota Nayef. Sekurang-kurangnya dua beradik, (Bandar danMusaid), lebih tua daripada King Abdullah, dan Mishaal lebih tua daripada Sultan. Akan tetapi setiap orang telah mengundurkan diri disebabkan masalah kesihatan, persetujuan keluarga, atau tidak bersetuju untuk melibatkan diri di dalam pentadbiran.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Raja Arab Saudi

Arab Saudi telah menjadi sebuah kerajaan beraja pada tahun 1932. Keluarga Al Saud telah mengawal sebahagian besar kawasan itu selama dua setengah abad. Kerajaan beraja Saudi runtuh dua kali pada tahun-tahun 1800-an disebabkan oleh perselisihan terhadap perwarisan. Pada 1890-an, keluarga Al Saud telah mengambil tempat sepenuhnya oleh sebuah suku musuh— Al Rashid. Keluarga ini telah mula menentang untuk mengembalikan dirinya menerusi King Abdul-Aziz dan penawanan Riyadh secara pengejut pada tahun 1902.[1]

Abdul-Aziz telah menawan Arabia dan membentuk sekutu-sekutu dengan perkahwinan kepada ahli-ahli kabilahnya yang terbesar. Ini menguatkan lagi kuasanya di dalam jangkauan Al Saud dan melebarkan kesahihannya di Arabia. Baginda mempengerusikan terhadap penemuan minyak di dalam kawasan itu. Baginda mangkat pada tahun 1953.

Kedua-dua anaknya yang paling tua, Sauddan Faisal, telah merebut kuasa selepas kemangkatannya. Lama kelamaan Faisal telah mengukuhkan takhtanya pada tahun 1964 dan membuang Saud daripada kekuasaan. Beliau telah menghadapi satu cabaran kecil daripada Pergerakan Pembebasan Putera sebelumnya, tetapi pegerakan pembaharuan dengan cepatnya dimusnahkan. Pemerintahan popular Faisal telah ditamatkan dengan cepatnya disebabkan pembunuhannya pada tahun 1975. Raja Khalid menaiki takhta dan memerintah sehingga kemangkatannya pada tahun 1982.

Raja Fahd, ketua puak Sudairi, telah memerintah dari tahun 1982 sehingga serangan jantungnya pada tahun 1995. Putera Mahkota Abdullah kemudiannya mengambil alih kawalan hal ehwal DiRaja dena dimahkotakan pada tahun 2005, selepas kemangkatan Raja Fahd. Semenjak kenaikan Fahd ke atas takhta pada tahun 1982, Tujuh Sudairi sudah menjadi sekutu yang paling berkuasa di dalam keluarga DiRaja Saudi.

Raja Abdullah adalah pemerintah terkini bagi Arab Saudi . Sehingga kemangkatannya pada 21 Oktober 2011, Putera Mahkota Sultan adalah pengganti selepasnya kepada takhta tersebut. Timbalan Menteri Kedua Putera Nayef, yang telah dilantik pada tahun 2009, sudah mula memegang banyak tanggungjawab di dalam kerajaan beraja.


Calon-calon[sunting | sunting sumber]

Selepas Nayef bin Abdul-Aziz, calon yang mungkin mengganti Raja Abdullah adalah abang tiri baginda:[2]

Cucunda-cucunda yang nampaknya mempunyai sokongan dan pengalaman yang diperlukan akan dipertimbangkan menjadi calon termasuklah:

Anakanda-anakanda Abdul-Aziz yang nampaknya tidak mendapat pengalaman, sokongan, keturunan, kesihatan, atau cita-cita tetapi sebaliknya berpengaruh di dalam proses pemillihan:[3][4]

Majlis Kesetiaan[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Oktober 2006, Raja Abdullah telah mengasaskan Majlis Kesetiaan.[1] Ia terdiri daripada 35 orang: Anakanda-anakanda Abdul-Aziz, anakanda-anakanda dari kakanda yang telah meninggal semenjak kemangkatan Abdul-Aziz, dan anakanda--anakanda Abdullah dan Sultan.[1] The Council is led by Prince Mishaal.[1] Puak Sudairi, yang mengawal satu perlima daripada kerusi-kerusinya, telah dipandang sebagai lemah kerana mereka mempunyai kuasa yang tidak seimbang di dalam kerajaan.[1]

Kuasa Majlis[sunting | sunting sumber]

Tujuan Majlis adalah untuk memastikan peralihan kuasa sempurna semasa peristiwa kemangkatan Raja atau Putera Mahkota.

Ini, bersama-sama dengan dektri sebelumnya oleh Raja Fahd, sudah membuka kemungkinan mepertimbangkan cucunda-cucunda Abdul-Aziz sebagai calon-calon yang sesuai. Melampaui masa, kriteria untuk pemilihan adalah:

  • Sokongan di kalangan Al Saud
  • Perkhidmatan di dalam kerajaan
  • Sekutu kabilah dan origins of a candidate's mother
  • Persona agama
  • Penerimaan oleh Ulama
  • Sokongan dari golongan peniaga
  • Populariti di kalangan warga Arab Saudi.

Majlis membuat undian oleh undian rahsia.[5]

Majlis juga ditubuhkan untuk menilai garis pewarisan selepas pemerintahan Abdullah dan Sultan. Di dalam bulan Oktober 2011, kemangkatan Sultan sebelum akhir pemerintahan Abdullah membuka persoalan samada majlis seharusnya mengundi untuk putera mahkota atau samada Putera Nayef automatik menjadi Putera Mahkota.[6]

Majlis juga mempunyai hak untuk menyingkirkan raja pemerintah di atas alasan kesihatan.

Pewarisan selepas Abdullah[sunting | sunting sumber]

Mengikut tradisi, takhta raja diberikan di antara raja-raja satu generasi keluarga Al Saud family sebelum turun ke generasi lain. Baru-baru ini DiRaja Saud berada di dalam ketakutan terhadap pewarisan. Masalah sebenarnya adalah majoriti baki 20 daripada 35- ditambah lagi dengan anakanda-anakanda Raja Abdul-Aziz samada terlalu tua, atau tidak mempunyai pengalaman, untuk menguruskan kerajaan beraja.[7]

Raja Abdullah adalah 87. Timbalan Perdana Menteri Kedua Putera Nayef adalah 78.[8]

Di dalam sejarah moden Arab Saudi, timbalan perdana menteri kedua biasanya berakhir sebagai Putera Mahkota.[7] Maka Nayef, Menteri Dalam Negeri, dijangka dinamakan sebagai Putera Mahkota yang baru.[8] Semenjak menjadi raja pada tahun 2005, pada mulanya Abdullah meninggalkan kedudukan ini kosong. Perlantikan segera Nayef pada tahun 2009 ke kedudukan Timbalan Perdana Menteri Kedua mungkin menandakan satu kesan segera yang meningkat di dalam keluarga di atas isu-isu pewarisan.[7]

Semenjak November 2010, tanpa apa-apa penjelasan kenapa, Nayef telah mula mempengerusikan mesyuarat Kabinet.[9] Abdullah memberikan kedudukannya sebagai Komander Pengawal Kebangsaan Arab Saudi kepada anakandanya, Putera Mutaib. Dari bulan Disember 2010 hingga Mac 2011, Abdullah telah pergi ke Amerika Syarikat untuk menjalani rawatan kesihatannya. Semuanya menunjukkan bahawa Abdullah mengurangkan bilangan tugas-tugasnya.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 "The Saudi succession: When kings and princes grow old". The Economist. Diperoleh pada 2011-10-22. 
  2. http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-15487965
  3. Posted by: Mohammed (2009-03-28). "Saudi Prince Nayef named second deputy premier". ArabianBusiness.com. Diperoleh pada 2011-10-22. 
  4. "Factbox: Key players in the ruling Saudi family". Reuters. Diperoleh pada 2011-10-22. 
  5. "Saudi king details succession law". BBC News. 2007-10-09. Diperoleh pada 2011-10-22. 
  6. [1][pautan putus]
  7. 7.0 7.1 7.2 "Saudi Arabia's Prince Nayef: A rising but enigmatic prince". The Economist. 2009-04-02. Diperoleh pada 2011-10-22. 
  8. 8.0 8.1 Standards, Saudi. "Foreign Policy: A Prince's Mysterious Disappearance : NPR." National Public Radio. NPR, 22 Oct. 2010. Web. 12 Mar. 2011.[2].
  9. "Saudi king suffers herniated disc". Google.com. 2010-11-12. Diarkibkan daripada asal pada 2010-11-21. Diperoleh pada 2011-10-22. 
  10. "Saudi king transfers National Guard duties to son". Washingtonpost.com. Diperoleh pada 2011-10-22. 

Templat:Orders of succession by country