Philip Pullman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Philip Pullman

Philip Pullman menandatangani
senaskhah Lyra's Oxford
Info kelahiran 19 Oktober 1946 (67 tahun)
Norwich, England
Pekerjaan Penulis novel
Genre Khayalan

philip-pullman.com

Philip Pullman, CBE (lahir 19 Oktober 1946) ialah seorang penulis novel berbangsa Inggeris. Beliau ialah penulis laris untuk His Dark Materials, sebuah trilogi novel khayalan, serta beberapa buku yang lain.

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Pullman dilahirkan di Norwich kepada Alfred Outram, juruterbang RAF, dan Audrey Evelyn Merrified. Keluarganya pindah-randah mengikut kerja ayahnya, termasuk ke Rhodesia Selatan (kini Zimbabwe), di mana beliau menghabiskan masanya di sekolah. Ayahnya terkorban dalam sebuah nahas kapal terbang pada tahun 1953 ketika Pullman berumur tujuh tahun. Ibunya berkahwin semula dan melalui perpindahan ke Australia datangnya penemuan Pullman terhadap buku-buku komik (termasuk Superman dan Batman), perantara yang didukungnya secara berterusan. Pada tahun 1957, beliau menyertai Sekolah Ysgol Ardudwy yang terletak di bandar Harlech, Gwynedd dan menghabiskan masanya di Norfolk bersama-sama datuknya, seorang paderi. Pada sekitar masa ini, Pullman menemukan Paradise Lost, sebuah novel oleh John Milton, yang kemudian menjadi pengaruh utama untuk triloginya, Bahan-bahan Tersembunyinya (His Dark Materials).

Pada tahun 1963, Pullman menyertai Kolej Exeter, Oxford dan menerima ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) Kelas Ketiga pada tahun 1968. Dalam sebuah wawancara dengan majalah Pelajar Oxford, beliau mengatakan bahawa beliau "tidak gemar akan kursus bahasa Inggeris" dan menambah: "Saya berpendapat bahawa saya mencapai keputusan yang baik sehingga saya mendapat ijazah kelas ketiga dan kemudian menyedari bahawa prestasi saya tidak baik — tahun itu merupakan tahun yang kolej menghentikan pemberian ijazah kelas keempat, kalau tidak saya akan mendapatkannya juga". [1] Beliau menemukan ilustrasi-ilustrasi William Blake pada sekitar tahun 1970 yang kemudian juga amat mempengaruhinya.

Pullman berkahwin dengan Judith Speller pada tahun 1970 dan mula mengajar kanak-kanak dan menulis drama sekolah. Karya pertama yang diterbitkannya ialah Ribut Berhantu (The Haunted Storm) yang menjadi pemenang bersama "Anugerah Penulis Muda Perpustakaan Inggeris Baru" pada tahun 1972. Bagaimanapun, beliau enggan membincangkannya. Galatea, fiksyen khayalan dewasa, diterbitkan pada tahun 1978 tetapi drama-drama sekolah adalah yang mengilhami novel Count Karlstein, buku kanak-kanaknya yang pertama, yang diterbitkan pada tahun 1978. Pullman menghentikan kerja pengajarannya pada sekitar masa penerbitan Batu Delima di dalam Asap (The Ruby in the Smoke), buku kanak-kanaknya yang kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Latar buku ini yang berdasarkan Zaman Victoria membayangkan minat Pullman terhadap zaman itu.

Pullman menjadi pensyarah sambilan di Kolej Westminster, Oxford antara tahun-tahun 1988-1996, serta meneruskan penulisan cerita kanak-kanaknya. Beliau memulakan penulisan Bahan-bahan Tersembunyinya (His Dark Materials) pada sekitar tahun 1993. "Cahaya-cahaya Utara (diterbitkan sebagai Kompas Keemasan (The Golden Compass) di Amerika Syarikat) diterbitkan pada tahun 1996 dan memenanginya Pingat Carnegie, salah satu anugerah fiksyen kanak-kanak British yang paling berprestij, serta juga Anugerah Fiksyen Kanak-kanak Guardian.

Pullman menulis sepenuh masa sejak dari tahun 1996, tetapi masih meneruskan penyampaian syarahannya dan kekadang juga menulis untuk akhbar The Guardian. Beliau dianugerahkan Golongan Empayar British (CBE) dalam senarai Penerima Anugerah Tahun Baru pada tahun 2004. Pullman juga mula memberikan syarahan tentang bahasa Inggeris dalam sebuah seminar di alma maternya, Kolej Exeter, Oxford, pada tahun 2004. [2][3] Beliau kini mengerjakan Buku tentang Habuk (The Book of Dust), susulan kepada trilogi Bahan-bahan Tersembunyinya.

His Dark Materials[sunting | sunting sumber]

His Dark Materials terdiri daripada:

Northern Lights, jilid pertama trilogi, memenangi Pingat Carnegie untuk fiksyen kanak-kanak di United Kingdom pada tahun 1995. The Amber Spyglass, jilid terakhir, dianugerahkan dengan dua anugerah, iaitu:

Trilogi ini mendapat sanjungan yang popular pada akhir tahun 2003 dan mendapat tempat ketiga dalam tinjauan pendapat Big Read yang dikendalikan oleh BBC. Pada tahun 2005, Pullman diisytiharkan sebagai pemenang bersama Anugerah Peringatan Astrid Lindgren untuk kesusasteraan kanak-kanak.

Lyra's Oxford (Oxford Lyra), gu karya ringkas yang mengandungi perkara-perkara menarik, serta sebuah cerpen kini juga diterbitkan, dengan The Book of Dust (Buku tentang Habuk), sebuah gu novel yang lebih besar, kini ditulis.

Sudut pandangan falsafah dan keagamaan[sunting | sunting sumber]

Pullman ialah Penyokong Unggul Persatuan Penyokong Humanisme British dan Ahli Bersekutu Kehormat Persatuan Sekular Nasional.

Buku-buku "Bahan-bahan Tersembunyinya" (His Dark Materials) telah menjadi inti perbalahan, khususnya di kalangan sesetengah kumpulan Kristian, termasuk juga Peter Hitchens, yang mendakwa bahawa beliau sedang mengejar agenda anti-Kristian secara aktif. [4] Para penyokong pandangan ini memetik rencana-rencana kritisnya terhadap siri Babad Narnia yang ditulis oleh C. S. Lewis (yang Pullman mengutuk sebagai propaganda keagamaan), serta penggambarannya terhadap "Gereja" dalam Bahan-bahan Tersembunyinya yang biasanya bersifat negatif .

Kedua-dua siri itu mempunyai setakat persamaan, iaitu kedua-duanya menonjolkan kanak-kanak menghadapi pilihan moral dewasa, dan terdiri daripada dongeng teladan, alegori keagamaan, dunia-dunia selari, dan kebimbangan terhadap nasib muktamad kedua-dua dunia tersebut. Singa, Perempuan Sihir, dan Almari Pakaian (The Lion, the Witch and the Wardrobe), buku Narnia pertama yang diterbitkan, bermula dengan seorang budak perempuan menyembunyikan diri di dalam almari pakaian. Permulaan ini adalah serupa dengan buku Cahaya-cahaya Utara (Northern Lights yang diterbitkan sebagai Kompas Keemasan di Amerika Syarikat), buku pertama dalam siri Bahan-bahan Tersembunyinya. Kritikan Pullman terhadap buku-buku Narnia dikongsi oleh sesetengah pengulas liberal seperti Polly Toynbee. [5]

Sesetengah orang termasuk Hitchens sekali lagi, memperlihatkan Bahan-bahan Tersembunyinya sebagai suatu pematahan terhadap siri C. S. Lewis. [6] Pullman juga mengkritik cara Lewis tidak merangkumi watak Susan dalam adegan-adegan 'syurga' yang akhir dalam novel Pertempuran Terakhir (The Last Battle), dan mengatakan bahawa Susan telah ditolak kerana sifat keduniaannya yang semakin berkembang. [7] Peminat-peminat Lewis mendebatkan bahawa Pullman telah menganalisis secara terlalu mendalam tentang perkara ini; Lewis tidak membuat sebarang pernyataan tentang takdir Susan, dan tidak menghapuskan sebarang kemungkinan tentangnya kemudian menyertai semula kawan-kawannya di syurga, apa lagi mereka telah mati tetapi Susan masih hidup.

Bagaimanapun, Pullman telah mendapat sokongan daripada sesetengah orang Kristian yang lain, terutamanya Rowan Williams, Ketua Biskop Canterbury. Kumpulan-kumpulan dan individu-individu menunjukkan bahawa bidasan Pullman menumpukan perhatian pada kekangan dogmatisme serta penggunaan agama untuk menindas, bukan tentang agama Kristian pada dirinya. Dr. Williams juga berani mencadangkan bahawa novel Bahan-bahan Tersembunyinya diajar sebagai sebahagian pendidikan agama di sekolah. Tambahan pula, para penulis karya yang mengkhususkan dalam penilaian kritis tema-tema keagamaan karya Pullman telah memerihalkan Pullman sebagai pasangan perdebatan yang ramah. [8].

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Buku-buku tidak bersiri[sunting | sunting sumber]

Geng New-Cut[sunting | sunting sumber]

Sally Lockhart[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan Tersembunyinya[sunting | sunting sumber]

Buku Panduan[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Buku Bukan Fiksyen[sunting | sunting sumber]

Sumber: Laman web FantasticFiction

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.oxfordstudent.com/tt2006wk7/Features/growing_pains
  2. Laman web UCE
  3. Lama web Exeter
  4. Hitchens, Peter. "'Inilah penulis yang paling berbahaya di Britain'" (Mel rencana Ahadpublisher=The Mail on Sunday). http://home.wlv.ac.uk/~bu1895/hitchens.htm. Capaian 2006-09-21. 
  5. Toynbee, Polly. "'Narnia mewakili setiap perkara yang paling dibenci tentang agama'" (Guardian article), The Guardian. Dicapai pada 2006-09-21. 
  6. Hitchens, Peter. "Dibuat kerana benci" (Rencana Spectator), Laman web Spectator. Dicapai pada 2006-09-21. 
  7. Pullman, Phillip. "Sebelah Narnia Tersembunyi", The Guardian, diarkibkan dalam Laman web Cumberland River Lamp Post, 1 Oktober 1998. Dicapai pada 2007-01-30. 
  8. Robert Butler. "The Perdebatan Bahan-bahan Tersembunyi: Kehidupan, Tuhan, dan Alam Semesta...", The Telegraph, 17 Mac 2004. Dicapai pada 2007-04-28. 

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Lenz, Millicent (2005). His Dark Materials Illuminated: Critical Essays on Phillip Pullman's Trilogy. Percetakan Universiti Negeri Wayne. ISBN 0-8143-3207-2. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]