Pi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Simbol Pi, π

Pi atau pai, satu pemalar matematik π ≈ 3.14159... ialah nisbah ukur lilit sebuah bulatan kepada diameternya dalam ruang Euclid, dan sering digunakan dalam matematik, fizik dan kejuruteraan. Ia juga dikenali sebagai pemalar Archimedes (bukan nombor Archimedes) dan nombor Ludolph.

Pi merupakan nombor nyata, dengan nilai (dengan 8 tempat perpuluhan di sini) 3.14159265. Kadang-kadang nilai pecahan 22/7 digunakan sebagai penghampiran untuknya.

Beberapa rumus mudah yang membabitkan π :

  • Lilitan, p suatu bulatan berjejari, r
p = 2\pi{r}\!
  • Luas, l suatu bulatan berjejari, r
l = \pi r^2\!
  • Luas permukaan, l suatu sfera berjejari, r
l = 4\pi r^2\!
  • Isipadu suatu sfera berjejari, r
\mathrm{Isipadu} = \frac{4\pi r^3}{3}

Nilai sesuatu sudut boleh diukur dengan nisbah di antara bahagian lilitan bulatan yang dirangkuminya kepada jejari bulatan tersebut, yang disebut sebagai unit radian (simbol rad). Oleh itu sudut 180o adalah bersamaan π rad.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Jika diameter bulatan ialah 1 unit, maka ukur lilitnya ialah π unit.