Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pi Mai Pi Mai Tang Tu
Poster PM2TT Musikal.jpg
Genre Drama, Komedi
Pencipta Hatta Azad Khan
Pengarah Othman Hafsham
Dibintangi
Negara asal Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Penyiaran
Saluran asal TV3

Pi Mai Pi Mai Tang Tu merupakan sebuah sitkom yang pernah disiarkan di TV3. Sitkom ini merupakan idea daripada Hatta Azad Khan yang menceritakan mengenai kehidupan seharian penduduk di Flat Seri Wangi.

Kisah ini juga telah dipentaskan sebagai pementasan muzikal pada tahun 2006[1] serta dijadikan siri komik strip mingguan di dalam akhbar Berita Minggu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Imuda sebagai Budin (1985 - 2004)
  • Zami Ismail sebagai Pak Uda (1985 - 2004)
  • Muhammad Abudullah sebagai Pak Busu (1985 - 2004)
  • Wan Maimunah sebagai Mak Usu (1985 - 1997)
  • Khatijah Tan sebagai Mak Ngah (1998 - 2004)
  • Sabri Yunus sebagai Wan Ismail Golok (1992- 2004)
  • Ahmad Busu sebagai Mat Deris (1985 - 2004)
  • Sulaiman Yassin sebagai Mat Over (1993- 2004)
  • Marlia Musa sebagai Ana (1993- 2004)
  • Angeline Tan sebagai Lucy (1993- 2004)
  • Sathiya sebagai Ravi (1993 - 2004)
  • Accapan sebagai Singam (1988 - 1993)
  • Soo San Ho sebagai Suzie (1992 - 1997)
  • Afida Es sebagai Mak Uda (1992 - 1997)
  • Noriah Hitam sebagai Mak Uda (1985 - 1991)
  • Sabtu Hussain sebagai Mamak Maidin (1985 - 1991)
  • Din Mokhtar sebagai Salim (1985 - 1991)
  • Bokhari Ibrahim sebagai Selamat (1985 - 1991)
  • Majid Salleh (1985 - 1991)
  • Jazlan Ahmad Daud (1985 - 1991)

Rujukan[sunting | sunting sumber]