Piagam Kebebasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Piagam Kebebasan (Freedom Charter) ialah suatu kenyataan prinsip teras Perikatan Kongres Afrika Selatan, yang terdiri daripada Kongres Kebangsaan Afrika dan sekutunya South African Indian Congress, South African Congress of Democrats dan Coloured People's Congress.

Piagam ini telah digubal pada 1955 di Cliptown, Soweto, Afrika Selatan. Piagam ini menjamin hak asasi manusia terutamanya hak golongan majoriti iaitu kaum kulit hitam untuk mentadbir negara sendiri. Antara lain, rakyat Afrika Selatan berhak menikmati ekonomi negara secara sama rata dan tidak ditindas sama ada dari segi undang-undang, ekonomi mahupun pendidikan. Mereka juga berhak bermastautin di mana-mana sahaja dan tanah terbiar wajar diberi kepada orang yang memerlukannya. Sebarang undang-undang bermotif diskriminasi akan dimansuhkan. Selain itu, sebarang ceramah atau amalan yang menjurus kepada diskriminasi kaum atau warna boleh dikenakan tindakan jenayah. Piagam ini juga menjamin hak-hak pekerja termasuklah hak untuk membentuk kesatuan pekerja, gaji yang setara dengan bebanan kerja dan sebagainya. Di samping itu, amalan yang menindas seperti buruh kanak-kanak telah diharamkan. Rakyat yang lemah juga didahulukan dengan orang warga emas, anak-anak yatim dan orang kurang upaya akan diberi pembelaan oleh kerajaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]