Piala Emas Raja-Raja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Piala Emas Raja-Raja
Negara  Malaysia
 Singapura
Konfederasi Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia
Ditubuhkan 1922
Jumlah pasukan 16 (2013)
Juara semasa Perlis Perlis FA (2013)
Rakan TV Astro Arena
RTM
Soccerball current event.svg Musim 2013

Piala Emas Raja-Raja telah mula dipertandingkan pada tahun 1926 hingga 1946 yang pada awalnya dikendalikan oleh Persatuan Agri-Hortikultural Malaya (MAHA). Piala Emas Raja-Raja ini telah dihadiahkan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Al-Marhum Sultan Alang Iskandar Shah Kudusullah, Kebawah Duli Yang maha Mulia Sultan Selangor, Al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah Atikullah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Marhum Sultan Abdullah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad.

Mulai tahun 1947, kejohanan Piala Emas Raja-Raja ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung. Kini, nama Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung telah ditukar kepada nama baru iaitu Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.