Piawaian emisi Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Carta dipermudah menunjukkan tahap kemajuan piawaian emisi Eropah bagi kereta diesel.
Carta dipermudah menunjukkan tahap kemajuan piawaian emisi Eropah bagi kereta Petrol. Sila ambil perhatian bahawa sehingga Euro 5, tiada had partikel halus.

Piawaian emisi Eropah menetapkan had yang boleh diterima bagi pengeluaran asap ekzos kenderaan kenderaan baru yang dijual di negara-negara ahli Kesatuan Eropah. Piawaian emisi ini ditakrifkan dalam satu siri arahan Kesatuan Eropah dengan pengenalan progresif bagi piawaian yang semakin ketat secara berperingkat-peringkat.

Buat masa sekarang, pengeluaran gas nitrogen oksida (NOx), jumlah hidrokarbon (THC), hidrokarbon bukan metana (NMHC), karbon monoksida (CO) dan partikel halus (PM) dikawal bagi kebanyakan jenis kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, bas, lori, kereta api, traktor dsb., tetapi tidak termasuk kapal laut dan kapal terbang. Bagi setiap jenis kenderaan, piawaian berbeza dikenakan. Pematuhan ditentukan dengan menjalankan enjin semasa kitar ujian. Kenderaan yang tidak lulus piawaian tidak dibenarkan untuk dijual di Kesatuan Eropah, tetapi piawaian baharu tidak dikenakan kepada kenderaan sedia ada di jalan raya. Tiada penggunaan teknologi khusus yang diwajibkan untuk memenuhi piawaian, walaupun teknologi sedia ada dipertimbangkan semasa merangka piawaian. Model baharu yang diperkenalkan mestilah lulus piawaian semasa atau yang sedang dirancang, tetapi rujukan model dengan kitar hayat pendek boleh terus ditawarkan dengan enjin pra-lulus.

Pelepasan CO2[sunting | sunting sumber]

Dalam Kesatuan Eropah, pengangkutan jalan raya bertanggungjawab kepada lebih kurang 20% daripada keseluruhan pelepasan CO2, dengan kereta penumpang menyumbang lebih kurang 12%.[1]

Sasaran yang ditetapkan semasa Protokol Kyoto ialah pengurangan sebanyak 8% pelepasan asap di kesemua sektor ekonomi berbanding paras tahun 1990 menjelang 2008-2012.

Pelepasan CO2 relatif bagi pengangkutan naik dengan pantas akhir-akhir ini, daripada 21% daripada jumlah pada tahun 1990 kepada 28% pada tahun 2004,[1][2][3] tetapi setakat ini tiada piawaian bagi mengehadkan pelepasan CO2 daripada kenderaan.

Kadar emisi CO2 kenderaan dalam EU kini dianggarkan lebih kurang 3.5% of daripada jumlah pelepasan CO2 global.

Pelepasan toksik: peringkat dan rangka kerja perundangan[sunting | sunting sumber]

Peringkat-peringkat tersebut selalunya dirujuk sebagai Euro 1, Euro 2, Euro 3, Euro 4 dan Euro 5 bagi piawaian Kenderaan Tugas Ringan. Siri yang sama bagi Kenderaan Tugas Berat pula menggunakan nombor Roman dan bukannya nombor Arab (Euro I, Euro II, dsb.)

Rangka kerja perundangan terdiri daripada satu siri arahan, iaitu setiap pindaan kepada Arahan 70/220/EEC 1970.[4] Berikut merupakan senarai rumusan piawaian, bila ia dikuatkuasakan, terpakai kepada kenderaan yang mana, serta arahan EU yang mana yang menyediakan definisi piawaian.

  • Euro 1 (1993):
    • Bagi kereta penumpang - 91/441/EEC.[5]
    • Juga kepada kereta penumpang dan lori ringan - 93/59/EEC.
  • Euro 2 (1996) bagi kereta penumpang - 94/12/EC (& 96/69/EC)
    • Bagi motosikal - 2002/51/EC (row A)[6] - 2006/120/EC
  • Euro 3 (2000) bagi mana-mana kenderaan - 98/69/EC[7]
    • Bagi motosikal - 2002/51/EC (row B)[6] - 2006/120/EC
  • Euro 4 (2005) bagi mana-mana kenderaan - 98/69/EC (& 2002/80/EC)
  • Euro 5 (2008/9) dan Euro 6 (2014) bagi kenderaan penumpang ringan dan komersial - 715/2007/EC[8]

Had-had ini memansuhkan arahan asal bagi had emisi 70/220/EEC.

Piawaian emisi bagi kereta penumpang[sunting | sunting sumber]

Asap ekzos kereta sekarang jauh lebih bersih dan kurang toksik berbanding beberapa tahun dahulu.

Piawaian emisi bagi kereta penumpang dan kenderaan komersial ringan dirumuskan dalam jadual berikut. Sejak peringkat Euro 2, peraturan EU memperkenalkan had-had emisi berbeza bagi kenderaan diesel dan petrol. Kenderaan diesel mempunyai piawaian CO yang lebih ketat tetapi membenarkan pelepasan NOx yang lebih tinggi. Kenderaan petrol dikecualikan daripada piawaian partikel halus (PM) sehingga peringkat Euro 4, tetapi enjin dengan suntikan terus tertakluk kepada had 0.005 g/km bagi Euro 5 dan Euro 6. Piawaian partikel halus merupakan sebahagian daripada Euro 5 dan 6, tetapi masih belum muktamad. Piawaian tersebut akan didefinisikan secepat mungkin dan paling lambat pun semasa penguatkuasaan Euro 6.[8]

Kesemua tarikh yang disenaraikan di dalam jadual merujuk kepada pengesahan jenis baharu. Arahan EC juga memperincikan tarikh kedua — setahun kemudian — yang terpakai pada pendaftaran pertama bagi model kenderaan sedia ada dan diluluskan sebelum ini.

Piawaian emisi Eropah bagi kereta penumpang (Kategori M*), g/km

Tahap Tarikh CO THC NMHC NOx HC+NOx PM P***
Diesel
Euro 1† Julai 1992 2.72 (3.16) - - - 0.97 (1.13) 0.14 (0.18) -
Euro 2 Januari 1996 1.0 - - - 0.7 0.08 -
Euro 3 Januari 2000 0.64 - - 0.50 0.56 0.05 -
Euro 4 Januari 2005 0.50 - - 0.25 0.30 0.025 -
Euro 5 September 2009 0.50 - - 0.180 0.230 0.005 -
Euro 6 (akan datang) September 2014 0.50 - - 0.080 0.170 0.005 -
Petrol
Euro 1† Julai 1992 2.72 (3.16) - - - 0.97 (1.13) - -
Euro 2 Januari 1996 2.2 - - - 0.5 - -
Euro 3 Januari 2000 2.3 0.20 - 0.15 - - -
Euro 4 Januari 2005 1.0 0.10 - 0.08 - - -
Euro 5 September 2009 1.0 0.10 0.068 0.060 - 0.005** -
Euro 6 (akan datang) September 2014 1.0 0.10 0.068 0.060 - 0.005** -
* Sebelum Euro 5, kenderaan penumpang > 2500 kg diluluskan sebagai kenderaan komersial ringan N1-I
** Terpakai hanya kepada kenderaan dengan enjin suntikan terus
*** Piawaian akan dimuktamadkan secepat mungkin, paling lambat ialah semasa penguatkuasaan Euro 6
† Nilai di dalam kurungan ialah had pengesahan pengeluaran (COP)

Piawaian emisi bagi kenderaan komersial ringan[sunting | sunting sumber]

Piawaian emisi Eropah bagi kenderaan komersial ringan ≤1305 kg (Kategori N1-I), g/km

Tahap Tarikh CO THC NMHC NOx HC+NOx PM P
Diesel
Euro 1 Oktober 1994 2.72 - - - 0.97 0.14 -
Euro 2 Januari 1998 1.0 - - - 0.7 0.08 -
Euro 3 Januari 2000 0.64 - - 0.50 0.56 0.05 -
Euro 4 Januari 2005 0.50 - - 0.25 0.30 0.025 -
Euro 5 September 2009 0.500 - - 0.180 0.230 0.005 -
Euro 6 September 2014 0.500 - - 0.080 0.170 0.005 -
Petrol
Euro 1 Oktober 1994 2.72 - - - 0.97 - -
Euro 2 Januari 1998 2.2 - - - 0.5 - -
Euro 3 Januari 2000 2.3 0.20 - 0.15 - - -
Euro 4 Januari 2005 1.0 0.10 - 0.08 - - -
Euro 5 September 2009 1.000 0.100 0.068 0.060 - 0.005* -
Euro 6 September 2014 1.000 0.100 0.068 0.060 - 0.005* -
* Terpakai hanya kepada kenderaan dengan enjin pancitan terus

Piawaian emisi Eropah bagi kenderaan komersial ringan 1305 kg – 1760 kg (Kategory N1-II), g/km

Tahap Tarikh CO THC NMHC NOx HC+NOx PM P
Diesel
Euro 1 Oktober 1994 5.17 - - - 1.4 0.19 -
Euro 2 Januari 1998 1.25 - - - 1.0 0.12 -
Euro 3 Januari 2001 0.80 - - 0.65 0.72 0.07 -
Euro 4 Januari 2006 0.63 - - 0.33 0.39 0.04 -
Euro 5 September 2010 0.630 - - 0.235 0.295 0.005 -
Euro 6 September 2015 0.630 - - 0.105 0.195 0.005 -
Petrol
Euro 1 Oktober 1994 5.17 - - - 1.4 - -
Euro 2 Januari 1998 4.0 - - - 0.6 - -
Euro 3 Januari 2001 4.17 0.25 - 0.18 - - -
Euro 4 Januari 2006 1.81 0.13 - 0.10 - - -
Euro 5 September 2010 1.810 0.130 0.090 0.075 - 0.005* -
Euro 6 September 2015 1.810 0.130 0.090 0.075 - 0.005* -
* Terpakai hanya kepada kenderaan dengan enjin pancitan terus

Piawaian emisi Eropah bagi kenderaan komersial ringan >1760 kg maksimum 3500 kg. (Kategori N1-III & N2), g/km

Tahap Tarikh CO THC NMHC NOx HC+NOx PM P
Diesel
Euro 1 Oktober 1994 6.9 - - - 1.7 0.25 -
Euro 2 Januari 1998 1.5 - - - 1.2 0.17 -
Euro 3 Januari 2001 0.95 - - 0.78 0.86 0.10 -
Euro 4 Januari 2006 0.74 - - 0.39 0.46 0.06 -
Euro 5 September 2010 0.740 - - 0.280 0.350 0.005 -
Euro 6 September 2015 0.740 - - 0.125 0.215 0.005 -
Petrol
Euro 1 Oktober 1994 6.9 - - - 1.7 - -
Euro 2 Januari 1998 5.0 - - - 0.7 - -
Euro 3 Januari 2001 5.22 0.29 - 0.21 - - -
Euro 4 Januari 2006 2.27 0.16 - 0.11 - - -
Euro 5 September 2010 2.270 0.160 0.108 0.082 - 0.005* -
Euro 6 September 2015 2.270 0.160 0.108 0.082 - 0.005* -
* Terpakai hanya kepada kenderaan dengan enjin pancitan terus

Piawaian emisi bagi lori dan bas[sunting | sunting sumber]

Sementara bagi kereta penumpang, piawaian ditakrifkan mengikut jarak perjalanan kenderaan, g/km, bagi lori pula ia ditakrifkan mengikut keluaran tenaga enjin, g/kWj, maka ia tidak boleh dibandingkan. Jadual berikut mengandungi rumusan piawaian emisi dan tarikh penguatkuasaanya. Tarikh di dalam jadual merujuk kepada pengesahan jenis baharu; tarikh bagi semua pengesahan jenis bagi kebanyakan kes ialah setahun kemudian (pengesahan jenis EU sah lebih lanma daripada setahun).

Nama rasmi kategori ialah enjin diesel tugas berat, yang secara amnya termasuk lori dan bas.

Piawaian Emisi EU bagi Enjin Diesel Tugas Berat, g/kWj (asal dalam m−1)

Tahap Tarikh Kitar ujian CO HC NOx PM Asap
Euro I 1992, < 85 kW

ECE R-49

4.5 1.1 8.0 0.612
1992, > 85 kW 4.5 1.1 8.0 0.36
Euro II Oktober 1996 4.0 1.1 7.0 0.25
Oktober 1998 4.0 1.1 7.0 0.15
Euro III Oktober 1999 EEV sahaja ESC & ELR 1.0 0.25 2.0 0.02 0.15
Oktober 2000

ESC & ELR

2.1 0.66 5.0 0.10
0.13*
0.8
Euro IV Oktober 2005 1.5 0.46 3.5 0.02 0.5
Euro V Oktober 2008 1.5 0.46 2.0 0.02 0.5
Euro VI 31 Disember 2013[9] 1.5 0.13 0.4 0.01
* bagi enjin kurang daripada 0.75 dm³ isipadu sesaran sesilinder dan kelajuan penarafan kuasa lebih daripada 3,000 putaran seminit. EEV ialah "Kenderaan Mesra Alam Tambahan".

Piawaian Emisi bagi Kenderaan Barangan Besar[sunting | sunting sumber]

Piawaian norma Eropah bagi kategori N3, EDC, (2000 ke atas)
Piawaian Tarikh CO (g/kWh) NOx (g/kWh) HC (g/kWh) PM (g/kWh)
Euro 0 1988–1992 12.3 15.8 2.6 tiada
Euro I 1992–1995 4.9 9.0 1.23 0.40
Euro II 1995–1999 4.0 7.0 1.1 0.15
Euro III 1999–2005 2.1 5.0 0.66 0.1
Euro IV 2005–2008 1.5 3.5 0.46 0.02
Euro V 2008–2012 1.5 2.0 0.46 0.02
Piawaian norma Eropah bagi kitar (lama) ECE R49
Piawaian Tarikh CO (g/kWh) NOx (g/kWh) HC (g/kWh) PM (g/kWh)
Euro 0 1988–1992 11.2 14.4 2.4 tiada
Euro I 1992–1995 4.5 8.0 1.1 0.36
Euro II 1995–1999 4.0 7.0 1.1 0.15

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "European Commission plans legislative framework to ensure the EU meets its target for cutting CO2 emissions from cars. Ref: IP/07/155 07/02/2007". Europa.eu. Diperoleh pada 2011-02-02. 
  2. Mulvey, Stephen (2007-02-07). "7 February 2007, EU car CO2 fight only beginning. by Stephen Mulvey". BBC News. Diperoleh pada 2011-02-02. 
  3. International Herald Tribune. EU to compromise on auto emissions - by Dan Bilefsky, Published: February 6, 2007
  4. "European Commission > Enterprise and Industry > Sectors > Automotive > Reference documents > Directives and regulations > Directive 70/220/EEC". Ec.europa.eu. 2010-08-31. Diperoleh pada 2011-02-02. 
  5. "91/441/EEC Council Directive 91/441/EEC of 26 June 1991 amending Directive 70/220/EEC on the approximation of the laws of the Member States relating to measures to be taken against air pollution by emissions from motor vehicles". Eur-lex.europa.eu. Diperoleh pada 2011-02-02. 
  6. 6.0 6.1 "Directive 2002/51/EC of the European Parliament and of the Council of 19 July 2002 on the reduction of the level of pollutant emissions from two- and three-wheel motor vehicles and amending Directive 97/24/EC". Eur-lex.europa.eu. Diperoleh pada 2011-02-02. 
  7. "Directive 98/69/EC of the European Parliament and of the Council of 13 October 1998 relating to measures to be taken against air pollution by emissions from motor vehicles and amending Council Directive 70/220/EEC". Eur-lex.europa.eu. Diperoleh pada 2011-02-02. 
  8. 8.0 8.1 "Regulation (EC) No 715/2007 of the European Parliament and of the Council of 20 June 2007 on type approval of motor vehicles with respect to emissions from light passenger and commercial vehicles (Euro 5 and Euro 6) and on access to vehicle repair and maintenance information". Eur-lex.europa.eu. Diperoleh pada 2011-02-02. 
  9. COMMISSION REGULATION (EU) No 582/2011 (Euro VI), date is for new registrations

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Di dalam media[sunting | sunting sumber]