Pierre Tendean

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambar rasmi Tendean

Pierre Andreas Tendean (Jakarta, 21 Februari 1939 – Jakarta, 1 Oktober 1965) ialah seorang mangsa Gerakan 30 September (G30S) dan pahlawan nasional Indonesia.

Beliau terkorban apabila disalah anggap sebagai Jeneral Abdul Harris Nasution semasa G30S, sedangkan beliau cuma edikong khas kepada Jeneral Abdul Harris. Atas jasanya, beliau diberikan pangkat Kapten selepas mati dan dimakamkan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta.