Pilih Kasih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilih Kasih
FormatRancangan televisyen realiti
PengarahRosyam Nor
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Penerbitan
Tempoh siaran60-90 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV2
Siaran asalMei 2009 – Januari 2012
Pautan luar
[[1] Laman sesawang]

Pilih Kasih ialah sebuah pertandingan lakonan drama pentas teater yang dianjurkan oleh pelakon Rosyam Nor.[1] Pertandingan ini bertujuan untuk mengasah bakat lakonan tidak kira teater, muzikal, drama, filem, Monolog dan lain-lain lagi. Rancangan ini dihoskan oleh tiga orang pengacara iaitu Pasya Rahim yang mengacarakan diari pilih kasih dan gandingan dua pengacara hebat iaitu Raja Azura dan Reza Mohamed.[2][3]

Format[sunting | sunting sumber]

Pilih Kasih diwujudkan bagi sebagai sebuah platform bagi melatih bakat-bakat baru menceburi bidang seni lakonan. Ia diterbitkan ekoran kesedaran untuk memberi peluang, ruang dan batu loncatan kepada rakyat Malaysia untuk mengasah bakat mereka dalam seni lakonan, tidak kira teater, muzikal, drama, filem, monolog dan sebagainya.[4]

Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah bekerjasama sebagai penerbit bersama sementara Telekom Malaysia selaku penaja utama. Kedudukan setiap peserta ditentukan menerusi undian SMS.

Berbanding musim pertama yang menampilkan 20 peserta, musim kedua[5] dan ketiga[6] Pilih Kasih mempunyai 16 peserta.

Pada 2012, Rosyam Nor mengumumkan bahawa musim ketiga Pilih Kasih merupakan yang terakhir.[7]

Musim[sunting | sunting sumber]

Musim 1 (2009)[sunting | sunting sumber]

Musim Juara Naib Juara Tempat Ketiga Saguhati / Anugerah Khas Peserta Bilangan Peserta
Musim 1
  • Iqbal Mazlan (Iqbal)
  • Indera Hafiz (Indera)

Shania Zulkifli (Shania), Ray Redzuan (Ray), Ana Dahlia (Ana), Aris Yamin (Aris), Ayu Haizah (U.Haizah), Zara Suriana (Zara), Aman Sharoni (Aman), Ahdan (Ahdan), Emelie Hanif (Emelie), Khafie (Khafie), Fiona Benard (Fiona), Farah Azleenda Aziz (Zulin), Diwan Nawi (Diwan), Bea Rameshan (Bea), Sofian Bujang (Sofian)

20

Musim 2 (2010)[sunting | sunting sumber]

Musim Juara Naib Juara Tempat Ketiga Saguhati / Anugerah Khas Peserta Bilangan Peserta
Musim 2
  • Yuzwan Yunus (Yuz)

Bil Azali, Afiq Meadin, Bodt Sharade, Fizi Ali, Leyla Krisya, Shasha Al-Khred, Kris Cempaka, Nur Jannah, Lia Natalia, Rosana Ainudin, Raffamie Karama

16

Musim 3 (2011)[sunting | sunting sumber]

Musim Juara Naib Juara Tempat Ketiga Saguhati / Anugerah Khas Peserta Bilangan Peserta
Musim 3
  • Hakim Yazid (Hakim)
  • Marina Jose (Ena)

Yizee Ariff, Ai Iqmal, Fareth Ajang, Saiful Nizen Ayob*, Heri Aszmo, Airil Reffa, Jalius Jaibin, Mieza Azura, Hiera Hasan, Theera Alias, Aada Zara, Naqia Nasution

16
  • (*) Menunjukkan peserta telah meninggal dunia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rancangan realiti pencarian bakat serupa:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hardi Effendi Yaacob (28 Jun 2009). Rosyam Nor nafi bersikap pilih bulu Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 27 Jun 2009. Dicapai pada 12 Februari 2010.
  2. ^ Niezam Abdullah (26 Ogos 2009). Pilih Kasih menjadi milik siapa Diarkibkan 2018-04-23 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 22 April 2010.
  3. ^ Amirah Amaly Syafaat (19 April 2009). Cabaran tiga Pengacara Pilih Kasih Utusan Malaysia. Diperoleh pada 22 April 2010.
  4. ^ Rosyam: Pemilihan 20 finalis PILIH KASIH telus mStar Online (25 Mei 2009). Dicapai pada 23 April 2011.
  5. ^ Amirah Amaly Syafaat (12 Disember 2010). Pilih Kasih musim kedua bermula Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Ogos 2018.
  6. ^ Pilih Kasih musim ketiga bermula Diarkibkan 2018-07-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia (5 Februari 2012). Dicapai pada 29 Ogos 2018.
  7. ^ Feride Hikmet Atak (26 Januari 2012). ‘Pilih Kasih 3’ program realiti terakhir mStar Online. Dicapai pada 1 Februari 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]