Pilihan raya kecil Manek Urai 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihan raya Manek Urai 2009 merupakan pilihan raya kecil ke-7 yang diadakan di Malaysia selepas pilihan raya umum ke-12 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Haji Ismail Yaacob pada 5:55 pagi 22 Mei 2009 di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan.[1][2] Pada 28 Mei 2009, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah berkata bahawa ditetapkan pada 14 Julai 2009 ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai 2009, bermakna lapan hari tempoh berkempen telah diberikan.[3] Calon PAS yang dipilih adalah Fauzi Abdullah manakala calon BN masih adalah Tuan Aziz Tuan Mat.Akhirnya, kerusi DUN Manek Urai berjaya dikekalkan oleh PAS dengan kelebihan 65 undi.[4]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Manek Urai adalah salah satu daripada empat bahagian dewan undangan negeri (DUN) dalam parlimen Kuala Krai. Kedudukannya, di selatan bersempadan dengan DUN Paloh, Gua Musang, di timur adalah negeri Terengganu, di barat adalah DUN Dabong, di utara pula DUN Guchil dan Mengkebang, Kuala Krai. [5]

Profil DUN Manek Urai[sunting | sunting sumber]

DUN Manek Urai kosong ekoran kematian penyandangnya Ismail Yaacob pada 22 Mei 2009 kerana sakit jantung. Dun Manek Urai terletak di Manek Urai jajahan Kuala Krai Kelantan. Ia terbahagi kepada dua iaitu Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama. Majoriti penduduk di kawasan ini adalah Melayu.

Pada pilihan raya Umum ke-11, Barisan Nasional memenangi kerusi ini dengan majoriti 53 undi, tetapi pada pilihan raya umum ke-12, Barisan Nasional tidak dapat mempertahankan kerusi tersebut apabila di rampas kembali oleh PAS dengan majoriti 1,325 undi.

Pengundi[sunting | sunting sumber]

Sejarah Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tahun Adun Kelantan Parti Lawan Parti Lawan Majoriti
1986 Ismail Yaacob PAS PAS Haji Wan Zaid Hj Wan Abdullah Barisan Nasional BN-UMNO 594
1990 Ismail Yaacob PAS PAS Haji Wan Zaid Hj Wan Abdullah, Zakaria bin Awang Barisan Nasional BN-UMNO, Bebas 3,608
1995 Ismail Yaacob PAS PAS Ahmad bin Yusoff Barisan Nasional BN-UMNO 1,715
1999 Ismail Yaacob PAS PAS Haji Wan Zaid Hj Wan Abdullah Barisan Nasional BN-UMNO 1,518
2004 Mohamed Zulkepli bin Omar Barisan Nasional BN-UMNO Mohd Zamsuri bin Mat Lazim PAS PAS 53
2008 Ismail Yaacob PAS PAS Mohamed Zulkepli bin Omar Barisan Nasional BN-UMNO 1,352

DUN Manek Urai adalah kawasan politik tradisi PAS, kecuali tewas dua kali dalam tempoh 10 pilihan raya umum (1982 dan 2004).Sebelum 1970, ketokohan pimpinan PAS maka bermulalah pembukaan rancangan tanah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri, (LKTN). Pada tahun 1974, kemasukan PAS dalam BN, PAS berdepan calon Bebas. Pada tahun 1978, politik darurat, calon PAS tetap diterima rakyat. Pada tahun 1982 pula, UMNO kemuka calon baru orang kuat Kesedar, PAS berada di era pemulihan dan mengekalkan calon asal. Pada tempoh 1999 - 2004 Peralihan kepimpinan UMNO, harapan baru rakyat maka PAS menukar calon (kepada yang baru). Akhirnya pada tahun 2008, PAS menukar calon (kepada yang lama).

Berdasarkan rekod penerimaan rakyat kepada Almarhum Pak Su Wail(YB Ismail), budaya politik pengundi Manek Urai adalah mengutamakan pemimpin yang memahami kehidupan yang bergantung kepada tanah, hutan dan kebun.

Calon bertanding[sunting | sunting sumber]

Calon Barisan Nasional[sunting | sunting sumber]

BN pula dijangka mengumumkan calonnya pada hari Ahad, 28 Jun 2009. Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut. Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.[6] Pada 28 Jun, memang jelas bahawa Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi BN di Kampung Sungai Sok Luar.[7]

Calon Pakatan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Menurut Malaysiakini.com, Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah telah diumumkan dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai 2009. Selain Fauzi, tiga lagi nama ialah setiausaha PAS kawasan Kuala Krai, Mohamad Harun; bekas calon pada 2004, Mohd Zamzuri Mat Lazim dan ketua Pemuda kawasan, Mahadi Mohd. Zain.[6]

Suasana pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pra pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pada Ahad 28 Jun 2009, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman membuat dakwaan bahawa terdapat pihak (UMNO) yang menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi." [8] Bagaimanapun, tiada bukti dikemukakan atau laporan kepada SPR dibuat.

Hari penamaan calon[sunting | sunting sumber]

Hari pengundian[sunting | sunting sumber]

Pusat pengundian dibuka mulai 8 pagi . Terdapat 27 saluran dan diselia kumpulan pegawai lantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diketuai pegawai pengurus Adnan Hussin, yang juga ketua jajahan Kuala Krai.

Berikut ialah 9 pusat pengundian :

  1. SK Temalir (983 orang)
  2. SK Peria (2,019)
  3. SK Manek Urai (1,890)
  4. SK Manek Urai Baru (1,093)
  5. SK Sungai Sok (980)
  6. SK Chuchoh Puteri (1,517)
  7. SK Lata Rek (1,094)
  8. SK Kampung Karangan (1,049)
  9. SMK Laloh (1,643)

Jumlah keseluruhan pemilih, termasuk 25 orang melalui pos, 12,293 orang. SPR mensasarkan kira-kira 85 % keluar pengundi. Penjumlahan undi dilakukan di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. Keputusan diketahui sewal-awalnya 8 malam dan disiarkan melalui siaran televisyen utama.[9]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri: Pilihan raya kecil Manek Urai 2009
Parti Calon Undian % ±%
PAS PR-PAS Mohd Fauzi Abdullah 5,348 50.3% -
Barisan Nasional BN-UMNO Tuan Aziz Tuan Mat 5,283 49.6% -
undi rosak 117 0.1% -
Majoriti 65 0.61% -
Peratusan mengundi 10,631 87% -

Rujukan[sunting | sunting sumber]