Pilihan raya umum Malaysia 1974

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 yang merupakan pilihan raya umum Malaysia yang keempat diadakan pada Ogos 1974. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sejak tahun 1971, keahlian Parti Perikatan yang terdiri daripada tiga parti komponen telah diperluas oleh Tun Abdul Razak untuk merangkumi 10 parti politik, termasuk Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan dinamakan Barisan Nasional. Bagaimanapun, menjelang pilihan raya, terdapat banyak pertikaian terhadap peruntukan kerusi yang mewujudkan ketegangan hubungan antara parti-parti komponennya sehingga ramai orang berpendapat bahawa parti campuran Barisan Nasional tidak akan kekal lama.

Pesaing utama dalam pilihan raya ini ialah sebuah parti campuran pembangkang yang diketuai oleh Lim Kit Siang, pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP). Amat berbeza dengan Barisan Nasional, parti campuran pembangkang ini tidak mempunyai mana-mana satu parti atau tokoh yang paling berpengaruh dan oleh itu, dengan pantasnya menunduk kepada pertikaian-pertikaian ideologi serta peribadi.[1]


Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Walaupun kemenangan Barisan Nasional merupakan sesuatu yang sudah pasti, parti campuran ini mencatat satu pencapaian yang tertinggi sejak kemerdekaan. Pemerolehan 135 kerusi yang merupakan 87.7% daripada jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat adalah melebihi pencapaian sebanyak 85.6% yang dicapai pada tahun 1964. Jumlah undi sebanyak 60.7% juga merupakan satu perbaikan sebanyak 23.1% berbanding tahun 1969 yang hanya mencatat 49.3% jumlah undi. Pencapaian ini mungkin disebabkan keinginan rakyat untuk keamanan dan kestabilan selepas kejadian Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969.

Majoriti sebanyak 87.7% jelas jauh melebihi dua pertiga Dewan Rakyat yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan. Barisan Nasional juga memenangi semua kerajaan negeri, termasuk Kelantan, disebabkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) kini merupakan sebahagian parti campuran Barisan Nasional.

Sebaliknya, parti-parti pembangkang pada keseluruhannya mengalami kekalahan yang amat teruk dan mencatat rekod yang terendah sejak kemerdekaan dengan jumlah undi hanya sebanyak 39.3%. Bilangan kerusinya sebanyak 19 hanya merupakan 12.3% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Ini merupakan satu penurunan sebanyak 63.7% dalam bilangan kerusinya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia (Sejarah Malaysia), m.s. 293 (1982). ISBN 0-333-27673-6


Didahului oleh:
1969
Pilihan Raya Umum Malaysia Diikuti oleh:
1978