Pilihan raya Presiden Afghanistan 2004

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pilihan raya Presiden Afghanistan 2004 diadakan pada 9 Disember 2004. Pilihan raya ini di bawah pemantauan tentera Amerika Syarikat yang mahu sistem pemerintahan demokrasi dilaksanakan di Afghanistan dan menamatkan pengaruh Taliban . Hamid Karzai yang disokong oleh Amerika Syarikat memenangi pilihan raya itu dengan 55.4% undi . 12 calon lain hanya mendapat 1% undi sahaja. 3/4 penduduk Afghanistan atau 10 juta pengundi berdaftar telah keluar mengundi. Pilihan raya diselia ini diselia oleh Badan Pengurusan Bersama Pilihan Raya dipengerusikan oleh Ray Kennedy.

Beberapa tuduhan penipuan diedarkan pada hari pilihan raya.15 calon mengumumkan mereka memulaukan pilihan raya. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengumumkan penubuhan panel 3 orang untuk menyiasat ketidakadilan yang dikatakan berlaku. Panel itu termasuk bekas diplomat Kanada,pakar pilihan raya Sweden dan seorang dari Kesatuan Eropah.

Tarikh pilihan raya dirancang pada 5 Julai 2004. Kemudian ditunda ke bulan September dan Oktober. Dua calon akan dilantik sebagai naib presiden.Calon dipilih dari tiga etnik utama di Afghanistan.Ini adalah pilihan raya pertama berdasarkan sistem demokrasi. Pada 1965 dan 1969 pilihan raya perundangan pernah diadakan tetapi pilihan raya itu dipertikaikan.

Calon dan isu[sunting | sunting sumber]

Seramai 23 calon bertanding tetapi 5 membatalkan hasrat ketika kempen bermula. Tokoh popular ialah presiden sementara iaitu Hamid Karzai. Karzai mendapat sokongan daripada beberapa parti politik, termasuk Mellat Afghanistan, sebuah parti demokratik sosial .

Pada mulanya, Abdul Rashid Dostum, panglima perang Pergerakan Islam Afghanistan menjuarai kempen.

Yunus Qanuni yang memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan turut bertanding.Qanuni menjadi pemimpin Perikatan Utara dan mendapat sokongan daripada Mohammed Fahim, naib presiden sementara yang telah digugurkan oleh Karzai.Qanuni mendakwa mewakili kepimpinan Ahmad Shah Massoud.

Calon lain ialah Mohammed Mohaqiq. Dia pemimpin Parti Islam Bersatu Afganistan.Dia pernah menjadi menteri di bawah Burhanuddin Rabbani dan Karzai dan menjadi orang kuar Abdul Rashid Dostum. Mohaqiq mengkritik Karzai sebagai pemimpin yang lemah dan gagal menamatkan perdagangan dadah.

Calon termuda berumur 41 tahun Abdul Hafiz Mansoor. Dia ahli Perikatan Utara dan menjadi pengikut Massoud. Kerjaya sebagai wartawan dan bekas Menteri Penerangan dan Kebudayaan.

Calon ugama ialah Ahmad Shah Ahmadzai . Dia pernah dibuang negeri ke Pakistan semasa pendudukan Rusia. Ahmadzai memimpin kumpulan Islamis yang aktif dalam Mujahedin , dan kemudian dalam Taleban dan Al-Qaida. Namun beliau menafikan terbabit dalam kedua-dua organisasi itu.

Hamyon Shah Aasifi mewakili golongan monarki terutama raja Mohammed Zahir Shah .

Abdul Satar Sirat pernah menjadi menteri pada 1970-an.Sirat dilantik sebagai sebagai duta .

Massouda Jalal, seorang doktor perubatan , adalah satu-satunya calon wanita. Calon wanita lain bagi naib presiden ialah Nelab Mobarez Safiqa Habibi.

Beberapa calon hak-hak wanita termasuk Karzai, dan Abdul Hasib Aarian.Abdul Hadi Khalilzai berumur 72 tahun merupakan calon tertua dan bekas guru dan peguam undang-undang syariah.

Latif Pedram, seorang wartawan dan penyair. Mohammed Ibrahim Rashid merupakan pejuang kepada pelarian Afghanistan. Sayed Ishaq Gailani merupakan cendekiawan Islam yang pernah bertempur semasa pendudukan Rusia. Beliau mewakili golongan Sufi minoriti Islam. Semua calon mendakwa akan membentuk perpaduan antara kaum dan puak yang banyak terdapat di Afghanistan.Ghulam Farooq Nejrabi adalah doktor pediatrik dan pensyarah perubatan yang menyeru dihapuskan diskriminasi keagamaan, etnik dan seksual dan mendakwa dapat bersatu dengan Taleban. Mahfuz Nedahi pernah menjadi Menteri Perlombongan dan Indutri dalam kerajaan sementara.Sayed Abdul Hadi Dabir merupakan peninju amatur dan bekas pejuang Mujahedin. Beliau mengkritik dasar nepotisme dan menggesa dibentuk negara berteraskan negara ulama .

Kempen pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Bagi mengelak penipuan undi, pengundi mestilah menurun cap ibu jari mengunakan dakwat. Pengundian bermula jam 6 am dan ditutup pada 4 pm.

Lebih 2 juta mengundi sebagai pengundi di kem pelarian di Iran dan Pakistan.di Peshawar, Pakistan dikendalikan oleh Stuart Poucher , sebuah pasukan kecil mewnguruskan 800,000 pelarian.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Ada tuduhan bahawa dakwat yang digunakan mudah sahaja dibuang.Calon seperti Gailani dan Aarian menegaskan bahawa mereka memulau pilihan raya.

Pemberontak Taliban bersumpah akan mengganggu pilihan raya, menuduh Amerika Syarikat hendak menguasai rantau itu. Semasa proses pilihan raya, lima tentera Afghanistan terbunuh dalam pertelingkahan dan akibat terpijak periuk api. 15 kakitangan jawatankuasa pilihan raya terbunuh dan 46 cedera .

Keputusan pilihan raya 2004[sunting | sunting sumber]

[bincang] – [sunting]
Summary of the 9 October 2004 Afghanistan presidential election results
Calon Etnik Parti Undi %
Hamid Karzai Pashtun - 4,443,029 55.4%
Yunus Qanuni (Tajik) Parti Baru Afghanistan 1,306,503 16.3%
Mohammed Mohaqiq (Hazara) Bebas (Parti Bersatu Islam Wahdat) 935,325 11.7%
Abdul Rashid Dostum (Uzbek) Bebas (Pergerakan Islam Kebangsaan) 804,861 10.0%
Abdul Latif Pedram (Tajik) Parti Kongres Kebangsaan 110,160 1.4%
Massouda Jalal (Tajik) - 91,415 1.1%
Sayed Ashaq Gailani (Pashtun) Pergerakan Persaudaraan Kebangsaan 80,081 1.0%
Ahmad Shah Ahmadzai (Pashtun) Bebas (Pergerakan Revolusi Islam) 60,199 0.8%
Abdul Satar Sirat (Tajik) - 30,201 0.4%
Hamyon Shah Aasifi (Pashtun) Bebas (Parti Bersatu Kebangsaan) 26,224 0.3%
Ghulam Farooq Nejrabi (Tajik) Afghan Independence Party 24,232 0.3%
Sayed Abdul Hadi Dabir (Tajik) - 24,057 0.3%
Abdul Hafiz Mansoor (Tajik) Bebas (Masyarakat Islam) 19,728 0.2%
Abdul Hadi Khalilzai (Pashtun) - 18,082 0.2%
Mir Mahfuz Nedahi (Pashtun) - 16,054 0.2%
Mohammed Ibrahim Rashid (Pashtun) - 14,242 0.2%
Wakil Mangal (Pashtun) - 11,770 0.1%
Abdul Hasib Aarian (Tajik) - 8,373 0.1%
Total Valid Votes (turnout 70%) 8,024,536 100.0%
Invalid Votes 104,404
Total Votes 8,128,940


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]