Pilihan raya presiden Iran 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Iranian presidential election, 2009

← 2005 June 12, 2009 2013 →
 
Calon Mahmoud Ahmadinejad Mir-Hossein Mousavi
Parti Abadgaran Independent Reformist
Undian popular 24,527,516 13,216,411
Peratusan 62.63% 33.75%

 
Calon Mohsen Rezaee Mehdi Karroubi
Parti Independent Conservative Etemad-e-Melli
Undian popular 678,240 333,635
Peratusan 1.73% 0.85%

President sebelum pilihan raya

Mahmoud Ahmadinejad
Abadgaran

Terpilih

Mahmoud Ahmadinejad
Abadgaran

Pilihan raya Presiden Iran 2009 diadakan pada 12 Jun 2009 di seluruh negara Republik Islam Iran. Suruhan Pilihan raya Iran mengesahkan Mahmoud Ahmadinejad menang besar , 69 % undi.

Pengundian bermula 8 pagi - 6 petang (11.30 pagi waktu Malaysia).Seramai 46 juta pengundi berdaftar akan mengundi.Pengundian pusingan kedua pada 19 Jun 2009. Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menggesa rakyat keluar menunaikan kewajipan mereka sebagai pengundi. % tinggi yang keluar mengundi mungkin menandakan penyertaan ramai pengundi propembaharuan. [1]

Calon presiden[sunting | sunting sumber]

Presiden Mahmoud Ahmadinejad (52) ditentang sengit oleh 3 calon lain iaitu bekas Perdana Menteri Iran Mir-Hossein Mousavi (67), Mehdi Karroubi dan Mohsen Rezaee.

Empat calon ini membentuk dua blok aliran pemikiran politik dengan Ahmadinejad dan Mohsen mewakili kumpulan konservatif manakala Moussavi dan Karroubi mengetuai kumpulan reformis. Kumpulan konservatif sangat vokal serta tegas dalam menyuarakan masalah umat Islam sejagat dan disokong oleh Ayatullah Khameini.Kumpulan konservatif masih menguasai Parlimen yang memihak kepada Ahmadinejad. Beliau memperjuangkan keadilan dan maruah Iran dan di samping memiliki nilai-nilai Islam.

Kumpulan reformis menjurus kepada polemik setempat seperti pemulihan ekonomi serta kebebasan hak-hak wanita dan kerajaan.

Mahmoud Ahmadinejad[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya Iran 2005 dimenangi oleh Mahmoud Ahmadinejad dengan kemenangan mengejut dengan janjinya untuk memulihkan nilai-nilai Revolusi Islam Iran 1979.Barat khususnya Amerika Syarikat berharap Ahmadinejad dapat dikalahkan.

Rekod Mahmoud Ahmadinejad selama 4 tahun dinilai dalam pilihan raya. Pengurusan beliau terhadap ekonomi negara pengeksport minyak berhadapan masalah kadar inflasi dan pengangguran yang tinggi. Rakyat Iran masih mahukan pemimpin yang lantang dan berani dan konsisten mengkritik barat khususnya Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel.

Negara-negara Arab memerlukan Ahmadinejad untuk dijadikan kambing hitam dalam setiap konflik yang berlaku di Timur Tengah.Kebangkitan pejuang Hamas dan Hizbollah dikait dengan Ahmadinejad sebagai penaja keganasan.[2]

Mir Hossein Mousavi[sunting | sunting sumber]

Mir Hossein, 67, diharap dapat meredakan ketegangan antara Iran dengan Barat dan Amerika Syarikat berhubung Program nuklear Iran dan mencerahkan peluang untuk mengadakan dialog dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan memberi harapan semasa memberi ucapan di Universiti Kaherah, Mesir. Kemenangan Barack Obama memberi inspirasi baru di Iran supaya lebih sederahana.

Mir Hossein dilihat sebagai pejuang kebebasan hak-hak rakyat, mengutamakan kepentingan negara dan terbuka dengan dunia luar.Beliau mendapat sokongan daripada tokoh berpengaruh Iran, Mohammed Khatami. Mir cuba membetulkan corak pentadbiran Ahmadinejad sehingga dipinggirkan masyarakat antarabangsa .

Mohammed Khatami semasa menjadi Presiden Iran pernah melawat Washington dan mewujudkan dialog dengan Amerika Syarikat.

Mehdi Karroubi[sunting | sunting sumber]

Bekas Speaker Parlimen, Mehdi Karroubi satu-satunya ulama berani bertanding menentang Mahmoud Ahmadinejad.

Etnik Lor, Azeris, Baluchis, Kurdish, Arab dan Turkoman serta minoriti non-Parsi berjumlah hampir separuh daripada populasi Iran merasakan diri dipinggirkan dan dinafikan kebebasan.Bahasa masyarakat minoriti dilarang demi mempertahankan identiti kebangsaan Iran menerusi bahasa dan agama nasional.

Mohsen Rezai[sunting | sunting sumber]

Bekas ketua Kor Pengawal Revolusi, Mohsen Rezai mencuba nasib menentang Mahmoud Ahmadinejad.


Keputusan[sunting | sunting sumber]

{{Tnavbar-header|[[Jadual Keputusan Pilihan raya Iran 2009}}
Parti Calon Indi Peratus
Abadgaran Mahmoud Ahmadinejad 24,527,516 63.29%
Pergerakan Reformasi Iran Mir-Hossein Mousavi 13,216,411 34.10%
Bebas Mohsen Rezaee 678,240 1.75%
Etemad-e-Melli Mehdi Karroubi 333,635 0.86%
Undi sah 38,755,802 98.95%
Undi tak sah 409,389 1.04%
Jumlah 39,165,191 100.00%
Keluar mengundi
Source: BBC Persian[3] Note that the data is as of June 13, 9:13 AM Tehran time.
Last update: Julai 31, 2023 at 11:45 (UTC)

Kajian awal[sunting | sunting sumber]

Kajian awal telah dilakukan beberapa pihak tentang siapa yang akan menang dalam pilihan raya Iran ini.

Organisasi undian Tarikh Maklumat undian Calon
Mahmoud Ahmadinejad Mehdi Karroubi Mir-Hossein Mousavi Mohsen Rezaee
laporan oleh Rooz Online[4] sebelum 9 Jun 2009 Nationwide; 7900 orang 23% - 54%–57% -
Rahbord e Danesh, laporan oleh Tabnak[5] sebelum 9 Jun 2009 1743 orang 25.5% 6.1% 37.6% 30.8%
laporan oleh Alef [6] sebelum 8 Jun 2009 Bandar utama 61.7 - 28 -
laporan oleh Alef [6] sebelum 8 Jun 2009 Tehran 42 - 46 -
IRIB, laporan oleh Alef [7] sebelum 7 Jun 2009 Tehran 47.5 - 39.9 -
IRIB, laporan oleh Alef [7] sebelum 7 Jun 2009 Lebih 16,000 . 3 bandar utama setiap provinsi 62.7 - 25.7 -
laporan oleh Baznevis[8] sebelum 6 Jun 2009 16,945 orang 22.5% 7.5% 64% 4%
laporan oleh ILNA[9] sebelum 5 Jun 2009 Nationwide 300,000 orang 24.61% 10.72% 54.53% 10.14%
Rahbord e Danesh, laporan oleh Tabnak[10] sebelum 3 Jun 2009 1743 orang 29.5% 7.5% 37.5% 25.2%
Rayemelat[11] sebelum 3 Jun 2009 Tehran 33% 10% 50% 6%
laporan oleh Rajanews/Press TV[12] sebelum 1 Jun 2009 Bandar utama 53% - 36% -
Baznevis, laporan oleh Tabnak[13] sebelum 31 Mei 2009 Nationwide; 77,058 orang 33% 3% 36% 27%
Aftab News, laporan oleh Tabnak[13] sebelum 31 Mei 2009 Nationwide; 18,391 orang; (Who will you not vote for?) (62%) (7%) (28%) (4%)
Rahbord Danesh, laporan oleh Tabnak[13] 31 Mei 2009 Nationwide 32% 6% 36% 27%
laporan oleh Ghalamnews[14] sebelum 27 Mei 2009 1650 orang 35% - 54% -
laporan oleh Rayemelat[15] sebelum 27 Mei 2009 Tehran sahaja 36% 9% 48% 5%
Young Journalists Club (IRIB affiliated)[16] sebelum 30 Mei 2009 Nationwide; 30,000 orang 1st 2nd 3rd 4th
laporan oleh Ayandeh News[17] sebelum 26 Mei 2009 10 Bandar utama 34% - 38% -
Islamic Republic of Iran Broadcasting[17] sebelum 26 Mei 2009 Tehran sahaja 43% - 47% -
New America Foundation[18] sebelum 20 Mei 2009 Nationwide; 1001 orang 34% 2% 14% 1%
laporan oleh Rayemelat[19] 14 Mei 2009 Tehran sahaja 42% 6% 44% 4%
Etemad-e-Melli[20] sebelum 13 Mei 2009 Nationwide 1st 2nd 3rd 4th
Rahbord Danesh, laporan oleh Tabnak[13] 5 Mei 2009 Nationwide 38% 12% 32% 15%
laporan oleh Rajanews/Press TV[21][22] 3 Mei 2009–4 Mei 2009 62 bandar 59% - 22% -
Government[21] sebelum 3 Mei 2009 - 54% (45% in Tehran) - 22% (29% in Tehran) -
Rahbord Danesh, laporan oleh Tabnak[13] 4 April 2009 Nationwide 40% 8% 24% 1%
Worker's Statistical Institute[23] late Mac2009 Nationwide survey of workers 36% 8% 52% -
Rahbord Danesh, laporan oleh Tabnak[13] 5 Mac2009 Nationwide 44% 7% 13% 0%

Rusuhan dan bantahan selepas pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya itu mencetuskan kekacauan paling teruk di Iran sejak revolusi 1979 di mana pertumpahan darah, bantahan, penahanan dan tindakan terhadap media menggoncang negara pengeksport kelima terbesar dunia ini. Penyokong Mir Hossein Mousavi (34 %) tidak puas hati dengan kemenangan Ahmadinejad (62.6  %) mengadakan rusuhan dan bantahan bukan sahaja di Teheran tetapi juga di seluruh Iran malah di seluruh dunia. Setakat ini 8 orang terbunuh.[24]

Belia Iran di Teheran membakar tong sampah, bank dan tayar ketika polis pencegah rusuhan memukul mereka dengan belantan.Satu pos tentera diserang dengan niat mencuri senjatanya.[25] Ahmadinejad menuduh media asing melancarkan "perang psikologi" terhadap negaranya.[26] Bantahan ini menyamai bantahan semasa Revolusi Islam Iran 1979. Pengundi seramai 46.2 juta. Tetapi pengundi baru ini lahir selepas revolusi Islam 1979, detik pemerintah Shah Iran yang disokong Amerika Syarikat, digulingkan.

Pada 15 Jun 2009, lebih 700 rakyat Iran mengadakan tunjuk perasaan di Wisma Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) di Jalan Semanthan, Kuala Lumpur, Malaysia. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid menyatakan polis PDRM terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan lima bom asap kerana mereka enggan bersurai.Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri mengancam akan menarik balik visa jika pelajar Iran meneruskan demonstrasi.[27]

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyatakan bahawa terpulang kepada pengundi di Iran untuk memilih presiden mereka. Sebarang bantahan penipuan kertas undi tidak patut menyebabkan pertumpahan darah.Setiausaha Negara Amerika syarikat , Hillary Rodham Clinton menyatakan Amerika tidak dapat menerima kemenangan Ahmedinijad. [28][29]Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sangsi dengan undian tersebut.[30][31]

Pada 19 Jun 2009, 12 ahli Majlis Kawal Selia meneliti 646 aduan penyelewengan .Mousavi mahukan keputusan pilihan raya itu dibatalkan. Majlis bersedia mengira semula kertas undi yang dipertikaikan tapi menolak cadangan membatalkan pilihan raya. Penyokong Mousavi berkabung sehari bagi memperingati rakyat Iran yang terkorban dalam tunjuk perasaan yang diadakan bagi menentang keputusan pilihan raya yang didakwa mempunyai unsur penipuan.

Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berunding dengan wakil empat calon presiden yang bertanding di Teheran.Ali Khamenei menggesa Mousavi mematuhi undang-undang dan menyelesaikan isu itu secara aman. Beliau didesak menfaikan bantahan di mahkamah supaya dapat dibicarakan dan diadili.[32]

Sekatan dan tangkapan[sunting | sunting sumber]

Beberapa wartawan asing diminta keluar dari Iran kerana kerajaan tidak menyambung visa yang diperoleh bagi membuat liputan pilihan raya . Wartawan hanya dibenarkan membuat liputan dari pejabat sahaja, , melakukan temu bual melalui telefon dan memantau sumber rasmi seperti laporan televisyen kerajaan Iran.

Beberapa penyokong Mousavi termasuk Hamid Reza Jalaipour, seorang pakar sosiologi ditahan oleh polis Iran.Saeed Laylaz, seorang penganalisis politik dan ekonomi, juga ditahan di rumahnya.[33] Wanita berselendang juga turut turun ke jalan raya.

Kira-kira 170 anggota kumpulan reformis, termasuk 10 pemimpin mereka.Mereka dipanggil dan diberi amaran agar tidak menambahkan lagi ketegangan. Mereka kemudian dibebaskan.Mereka adalah ahli parti utama reformasi Iran, Mosharekat yang turut dianggotai Mohammad Reza, adik bekas [Presiden Iran]], Mohammad Khatami.Rajab Ali Mazroei menyatakan 10 anggota Barisan Penyertaan Islam Iran (IIPF) dan Pertubuhan Revolusi Mujahidin Islam ditahan .

Polis menahan Behzad Nabavi, seorang bekas timbalan Speaker Parlimen. Mohsen Midramadi yang mengetuai IIPF dan suruhanjaya dasar luar Parlimen di bawah Khatami .Khatami Abdollah Ramezanzadeh merupakan jurucakap kerajaan. Lain-lain ialah Mostafa Tajzadeh, Mohsen Aminzadeh, Zoherh Aghajari, Saeed Shariati dan Zahra Mojaradi atas kesalahan penganjuran bantahan . [34]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pilihan raya Presiden Iran bermula
  2. ^ []
  3. ^ "‭BBC ‮فارسی‬ - ‮ايران‬ - ‮ادامه اعلام نتایج انتخابات‬". BBC News. 2009-06-13. Dicapai pada 2009-06-13.
  4. ^ "Roozonline Poll Khordad 19".
  5. ^ "Rahbord e Danesh Poll Khordad 19".
  6. ^ a b "Poll Jun 8 laporan oleh Alef".
  7. ^ a b "IRIB Poll Jun 8".
  8. ^ "Banevis Poll Khordad 16".
  9. ^ "ميرحسين موسوي با 54 درصد در دور اول انتخابات پيروز خواهد شد".
  10. ^ "Rahbord e Danesh Poll Khordad 13".
  11. ^ "Rayemelat Poll Jun 06". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-09. Dicapai pada 2021-08-10.
  12. ^ "Ahamdinejad (sic) leading polls in Bandar utama". Press TV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-01. Dicapai pada 2009-06-01.
  13. ^ a b c d e f "وضعیت نامزدهای انتخاباتی در نتایج یک نظرسنجی". tabnak.ir. 2009-05-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-01. Dicapai pada 2009-06-01., from bar graph
  14. ^ "Mousavi's votes are increasing and Ahmadinejad's votes decrease". Ghalamnews. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-07. Dicapai pada 2009-06-13.
  15. ^ "رای ملت". Rayemelat.com. 2009-05-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-01. Dicapai pada 2009-06-01.
  16. ^ "Karroubi overtakes Moussavi in election poll". Press TV. 2009-05-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-30. Dicapai pada 2009-05-30.
  17. ^ a b "Moussavi takes lead in 10 Bandar utama: poll". Press TV. 2009-05-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-26. Dicapai pada 2009-05-27.
  18. ^ "New America Foundation Poll" (PDF)., (see p.8)
  19. ^ "رای ملت". Rayemelat.com. 2009-05-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-26. Dicapai pada 2009-05-29.
  20. ^ "Karroubi passes rival Moussavi in poll". Press TV. 2009-05-13. Dicapai pada 2009-05-24.
  21. ^ a b "Ahmadinejad leads election poll by big margin". Press TV. Dicapai pada 2009-05-29.
  22. ^ . Xinhua News Agency http://www.webcitation.org/5hDQB8V7E. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-06. Dicapai pada 2009-05-24. Missing or empty |title= (bantuan)
  23. ^ "Iran: Worker poll puts reformist presidential candidate ahead - Adnkronos Politics". Adnkronos.com. 2003-04-07. Dicapai pada 2009-05-29.
  24. ^ Tiga calon tewas diajak berbincang
  25. ^ Tujuh maut pertikai Ahmadinejad
  26. ^ Ahmadinejad pertahan kemenangan
  27. ^ KDN tarik balik visa penuntut Iran jika bersalah
  28. ^ Rakyat Iran berhak tentukan pemimpin mereka: Obama
  29. ^ AS tolak kemenangan Ahmadinejad
  30. ^ Mousavi sedia hadapi pilihan raya
  31. ^ Minda Pengarang: AS perlu hormati keputusan warga Iran pilih Ahmadinejad
  32. ^ Khamenei minta Mousavi fail bantahan rasmi
  33. ^ Protes undi di Iran berlarutan
  34. ^ 170 ahli reformis ditahan