Pilihan raya Presiden Mesir 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya Presiden Mesir 2014

← 2012 26–28 Mei 2014 2018 →
 
Calon Abdel Fattah al-Sisi Hamdeen Sabahi
Parti Bebas Arus Popular Mesir
Undian popular 24,143,447(tak rasmi) 844,915 (tak rasmi)
Peratusan 96.6% (tak rasmi) 3.4% (tak rasmi)

Presiden sebelum pilihan raya

Adly Mansour
(memangku)
Bebas

Terpilih

Abdel Fattah al-Sisi
Bebas

Pilihan Raya Presiden Mesir 2014 diadakan pada 26 dan 28 Mei 2014 atas arahan Abdel Fattah al-Sisi selaku ketua tentera yang merampas kuasa daripada Presiden Morsi. Pada 29 Mei 2014, Bekas ketua tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menang dalam Pilihan Raya Presiden Mesir 2014 selepas memperoleh kira-kira 96.3 % daripada kiraan undi .Hampir 21 juta pengundi memilih bekas ketua tentera yang menggulingkan bekas Presiden, Mohammed Mursi pada Julai 2013, selepas undi 312 daripada 352 pos pengundian dikira.[1]

Ada dua calon presiden yang bertanding iaitu mantah jenderal tentera Abdel Fattah el-Sisi sendiri dan calon sayap kiri Hamdeen Sabahi . Pemilihan ini diadakan selepas setahun kejadian Revolusi Mesir 2013 pada 30 Jun 2013 dimanan Presiden Mohamed Morsi digulingkan, dan diikuti dengan Referendum Konstitusi Mesir Januari 2014 .

Presiden interim Adly Mansour mengumumkan pada 26 Januari 2014 bahawa pemilihan presiden akan diadakan sebelum pemilihan parlemen. Sebuah jawatankuasa lima anggota akan memantau pemilihan presiden itu. [2]

Kurang sambutan[sunting | sunting sumber]

Lebih 21 juta pengundi membuang undi mereka atau hampir 39 peratus daripada 54 juta pengundi berdaftar. Statistik itu sekali gus kurang daripada 40 juta undi atau 80 peratus undian .Jumlah keluar mengundi yang rendah itu mengancam untuk melemahkan kredibiliti Abdel Fattah sebagai pemimpin negara dunia Arab yang mempunyai ramai penduduk itu serta mengandaikan kegagalan Abdel Fattah meraih sokongan rakyat.

Pada 29 Mei 2014, pilihan raya ini dilanjutkan buat hari ketiga setelah gagal menarik pemilih untuk membuang undi mereka, sekali gus bakal mengancam kredibiliti bekas ketua tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, yang merupakan calon popular untuk memenangi pemilihan itu.

Calon[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Mesir 2014 .Dua calon itu ialah Abdel Fattah el-Sisi dan Hamdeen Sabahi . Abdel Fattah el-Sisi mengesahkan bahawa dia akan masuk bertanding pada 26 Mac 2014 .Sisi mendapat 188.930 dukungan dan merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan .

Hamdeen Sabahi pernah bertanding Pilihan raya Presiden Mesir 2012 . Beliau mengumumkan bertanding pada 8 Februari 2014. Namun kem Sabahi mengkritik undang-undang pemilihan presiden kerana tidak telus dan tiada ruang keadilan. Sabahi mendapat 31.555 dukungan.

Sementara Parti Nourtidak mencalonkan sesiapa untuk bertanding kerana tidak yakin dengan ketelusan pilihan raya yang dikawal dan dikendalikan oleh tentera itu. Parti New Wafd juga mengumumkan tidak bertanding pada sidang media 27 Januari 2014. Presiden parti itu, Adly Mansour menyatakan bahawa tidak akan berlaku pemilihan sebenar. Calon Amr Moussa yang menduduki tempat ke-5 dalam Pemilihan Presiden 2012 juga tidak menawarkan diri. Abdel Moneim Aboul Fotouh yang menduduk tempat ke-4 dalam pemilu 2012 juga tidak menawarkan diri. Pada 13 Mar ,Leftenan Jenderal Sami Anan mengumumkan tidak bertanding.Khaled Ali , seorang mantan calon presiden juga menarik diri pada 16 Mac kerana pemilihan presiden kali ini sangat 'kelakar'. Ahmed Shafiq yang menduduki tempat ke-2 juga mendapati pemilihan ini cukup kelakar kerana al-Sisi mengumumkan tidak akan bertanding terapi menawarkan diri pada saat akhir. Murad Muwafi mantan pengarah perisikan Mesir mengumumkan pada 30 Mac bahawa beliau tidak akan mencalonkan dirinya. Pengacara Mortada Mansour mengumumkan menarik diri dari bertanding dan mengarahkan pengundi mengundi al-Sisi.Mohammed ElBaradei juga akhirnya tidak menawarkan diri untuk bertanding.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Keputusan tidak rasmi dan reaksi[sunting | sunting sumber]

Menurut keputusan tidak rasmi, daripada 54 juta penduduk Mesir yang layak mengundi, cuma sekitar separuh, 25.6 juta yang keluar mengundi walaupun terdapat ancaman denda.[3] Daripada 25.6 juta itu, Al-Sisi diundi oleh 23.9 juta, berbanding 756,000 yang menyokong Sabahi,[4] malah jumlah undi yang diterimanya kurang daripada jumlah undi tidak sah[3] (1.07 juta).[5]

  • Jumlah pengundi 53,515,058
  • Jumlah undi 25,039,378
  • Undi sah 24,016,606
  • Undi tidak sah 1,022,772
  • Kehadiran 46.8%

Sehari selepas pilihan raya, Sabahi mengaku kalah namun menyatakan jumlah kehadiran terlalu tinggi dan merupakan "penghinaan terhadap kecerdikan orang Mesir". Beliau mempertikaikan keputusan pilihan raya itu pada hari berikutnya, sebelum keputusan rasmi diumumkan suruhanjaya pilihan raya awam.[6] Rayuannya ditolak sehari selepas itu.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Abdel Fattah al-Sisi menang pilihan raya Presiden". Utusan Malaysia. 29 Mei 2014.
  2. ^ "Ex-army chief El-Sisi ahead of sole competitor Sabahi before presidential race". Al Ahram. 21 April 2014. Dicapai pada 23 April 2014.
  3. ^ a b "Egypt election: Sisi secures crushing win". BBC. 29 Mei 2014. Dicapai pada 29 Mei 2014.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Live tidak disediakan
  5. ^ "Egypt: El-Sissi wins election by landslide". The Monitor. 29 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-29. Dicapai pada 29 Mei 2014.
  6. ^ Reuters. Egypt's Sabahi contests presidential elections results, says rules were broken JPost. 31/5/2014
  7. ^ Elections commission rejects Sabahi's appeal Ahram Online. 1 Jun 2014.