Pilihan raya Presiden Turki 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Turkey

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Turki



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Pilihan raya Presiden Turki 2007 diadakan untk memilih Presiden Republik Turki ke-11. Sebelum ini Presiden Turki ialah Ahmet Necdet Sezer. Dalam pilihan raya pusingan pertama yang diadakan pada 27 April 2007 dan 6 Mei 2007, Abdullah Gul dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) gagal meraih kemenangan yang memuaskan. Tetapi dalam plihan raya pusingan kedua ini, Abdullah Gul meraih kemenangan .

Jabatan Presiden Turki dianggap menjaga sistem sekular yang diamalkan di Turki. Turki yang terletak dalam lingkungan Kesatuan Eropah, sentiasa memerhati jiran Islamnya ini . Kepimpinan Turki berkali-kali mahu menyertai Kesatuan Eropah tetapi ditolak dengan pelbagai alasan.

Isu isteri Abdullah Gul yang memakai tudung yang berciri Islamis dianggap menentang sistem sekular. Sistem sekular dilihat sebagai penyelamat kemerdekaan negara Turki sejak sistem republik dilaksanakan oleh oleh Bapa Pembangunan Turki, Mustafa Kamal Ataturk.

Pilihan raya pusingan pertama diboikot oleh parti pembangkang. Mahkamah Perlembagaan Turki memutuskan majoriti dua pertiga diperlukn untuk membentuk kerajaan yang stabil di Turki. AK kemudian mengadakan satu lagi pilihan raya bagi menentukan parti mana menjadi pilihan majoriti. Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) telah mencalonkan Abdullah Gul sebagai calon presiden. Akhirnya beliau terpilih sebagai Presiden Turki ke-11 selepas pilihan raya pusingan ke-3. Pusingan pertama diadakan pada 20 Ogos 2007. Pusingan kedua diadakan pada 24 Ogos dan pusingan ketiga diadakan pada 28 Ogos 2007. Apa yang penting , Parti Tindakan Nasionalis (MHP) tidak memboikot pilihan raya ini.

Prosedur[sunting | sunting sumber]

Undi presiden dibuat di kalangan ahli parlimen melalui undi sulit. Setiap calon memerlukan dua pertiga majoriti iaitu 367 undi dalam dua pusingan pertama. Jika masih tidak ada calon yang mendapat majoriti undi, maka yang mendapat majoriti mudah (276 undi) akan dipilih.

Pilihan raya pusingan pertama[sunting | sunting sumber]

Parti Kerusi
Elected At dissolution
Justice and Development Party (Adalet ve Kalkınma Partisi, AKP) 363 351
Republican People's Party (Cumhuriyet Halk Partisi (CHP) 178 151
Motherland Party (Anavatan Partisi, ANAP) 0 20
Democratic Party (Demokrat Parti, DP) 0 5
Social Democratic People's Party (Sosyaldemokrat Halk Partisi, SHP) 0 1
People's Ascent Party (Halkın Yükselişi Partisi, HYP) 0 1
Young Party (Genç Parti, GP) 0 1
Independents (Bağımsız) 9 11
Vacant Seats (Boş) 9
Total 550 541

Kempen[sunting | sunting sumber]

  • Abdullah Gul selaku Menteri Luar Turki dan Timbalan Perdana Menteri Turki dan bekas Perdana Menteri dan merupakan calon dari Parti Pembangunan dan Kradilan (AKP) dilihat calon paling sesuai. Beliau dilihat calon terbaik dari AKP dan paling layak menyandang jawatan Presiden Turki ke-11. Tetapi 6 Mei 2007, beliau dikeluarkan dari senarai calon kerana gagal mendapat kuarum kali kedua.
  • Ersönmez Yarbay dari Parti AKP menarik diri sejak awal sebelumpun pencalonan.

Bantahan awam[sunting | sunting sumber]

  • Pada 14 April 2007, seramai 300,000 penunjuk perasaan berarak di ibu negara Ankara dan melaungkan slogan 'kekalkan sistem sekular', 'kita tidak mahu imam menjadi presiden' yang ditujukan kepada Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan dan sekutunya Abdullah Gul.
  • Perhimpunan pada 29 April 2007, seramai 1,370,000 yang dianjurkan oleh Parti Pembangunan dan Keadilan. slogan yang dikeluarkan ialah ' Turki sebuah negara sekular dan akan terus sekular'. Slogan ini bagi melenyapkan kebimbangan penduduk Turki yang bimbang dengan kebangkitan Islam di Turki dan cubaan untuk menghapuskan sistem sekular.
  • Perhimpunan kali ke-3 diadakan di bandar Manisa, Çanakkale Bodrum turut mahu mempertahankan sistem sekular di Turki.
  • Perhimpunan kali ke-5 diadakan Dataran Gündoğdu , Izmir.
  • Perhimpunan kali ke-6 diadakan di Samsun.
  • Kali ke-7 di Denizli.

Pengaruh tentera dalam pilihan raya Turki[sunting | sunting sumber]

  • Pada 12 April 2007, Jeneral Yaşar Büyükanıt yang menjadi Panglima Tentera Turki menyarankan presiden Turki yang baru hendaklah terus mempertahankan sistem sekular. Mereka haruslah menghayati prinsip-prinsip republik. Sebarang percubaan menukar sistem sekular kepada sistem Islam akan mempengaruhi suhu politik di negara-negara Islam yang lain.

Angkatan Tentera Turki bimbang dengan perkembangan mutakhir yang dilihat cenderung mengambil alih kuasa sebagaimana sebelumnya bagi tindakan pembetulan . Hujah utama ialah sekularisme. Sebarang komen negatif terhadap sekularisme pasti mendatangkan masalah kepada tentera Turki, yang dilihat mempertahankan kemerdekaan Turki selama ini. Sistem sekular telah brjaya mempertahankan kemerdekaan Turki dari dijajah oleh Barat. Sesiapa yang menentang fahaman Mustafa Kamal Ataturk, mereka adalah musuh Republik Turki. tugas tentera Turki untuk mempertahankan ciri-ciri Republik Turki adalah mutlak.