Pilihan raya kecil Balingian 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihan raya kecil Balingian 2014 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Balingian pada peringkat DUN Sarawak. Hari penamaan calon bermula pada 17 Mac 2014 manakala undian pada 29 Mac 2014.[1] Sebelumnya, kawasan ini dipegang oleh Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud yang meletak jawatan pada 28 Februari 2014.[2] Kerusi tersebut diisytiharkan kosong setelah beliau mengambil alih peranan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak, menggantikan Abang Muhammad Salahuddin yang tamat tempoh menjawat pada 28 Februari.[3] Abdul Taib merupakan ADUN daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Beliau menjadi pengerusi parti tersebut setelah mendapat majoriti 5,154 undi menentang dua calon lain dalam pilihan raya 2011.[4]

Pilihan raya ini merupakan pertandingan satu lawan satu di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Yussibnosh Balo telah mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu sementara Abdul Jalil Bujang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Rakyat.[5][6] Kempen di kawasan ini telah dicemari oleh dakwaan bahawa Ketua Menteri yang baru, Adenan Satem menyalahgunakan kuasanya apabila empat pemimpin PKR telah dihalang daripada memasuki Sarawak sepanjang tempoh berkempen.[7]

Yussibnosh Balo berjaya mengekalkan kerusi BN dengan majoriti 6,911 undi.[8][9]

Keputusan[sunting | sunting sumber]

DUN Sarawak: Pilihan raya kecil Balingian 2014
Parti Calon Undian % ±%
BN Yussibnosh Balo 8,194 86.46 10.14
Pakatan Rakyat Abdul Jalil Bujang 1,283 13.54 2.84
Undian rosak 146 1.51
Majoriti 6,911 72.92 9.58
Peratusan mengundi 9,668 72.33 2.35
Barisan Nasional kekal Peralihan 3.65

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Balingian by-election on March 29, says Election Commission". The Malaysian Insider. 6 Mac 2014.
  2. ^ "Taib Mahmud: From Sarawak chief minister to governor". The Straits Times. 2 Mac 2014.
  3. ^ "Taib is Sarawak's new governor". The Star. 1 Mac 2014.
  4. ^ "Guan Eng: Pakatan sending strong message to Taib". Free Malaysia Today. 16 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-19. Dicapai pada 2014-04-10.
  5. ^ "Straight fight in Balingian". Free Malaysia Today. 17 Mac 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-17. Dicapai pada 2014-04-10.
  6. ^ "PKR fields Muslim missionary for Balingian by-election". The Malaysian Insider. 16 Mac 2014.
  7. ^ "Now PKR Wanita chief denied entry into Sarawak". The Malaysian Insider. 27 Mac 2014.
  8. ^ "Barisan retains Balingian seat". The Star. 29 Mac 2014.
  9. ^ "Barisan retains Balingian with bigger majority – Bernama". The Malaysian Insider. 29 Mac 2014.